Tingkatan 5; form 5; 17 tahun; SPM; senior; raja di sekolah
dan sebagainya...
Sejujurnya, ayat-ayat yang ada di atas selalu bermain di fikiran aku sejak dulu lagi. Yalah, siapa yang tak seronok dan excited bila nak naik jadi form 5 kan? (hahahahahahahaha) Jadi senior, siapa yang tak seronokkan? Dah makin hampir untuk meletakkan title pelajar sekolah yang comot kan? (unless kalau masuk sekolah balik jadi form 6 lah)
Banyaklah juga nasihat-nasihat daripada beberapa orang yang dahulunya bergelar pelajar sekolah yang comot. Antaranya, nak apply U mana, baik ambil asasi atau matrikulasi, masuk PLKN apa rasanya dan macam-macam lagi nasihat berkaitan yang berguna untuk menjalani kehidupan pasca SPM. Cewah.
Pelbagai aktiviti akan dijalankan oleh pihak sekolah untuk para pelajar yang bakal menduduki SPM. Motivasi, lawatan ke U, lawatan keinsafan, qiamullail, kem dan sebagainya. Dah mula fokus pada pelajaran(sejujurnya, masa form 4, aku bukanlah seorang pelajar yang cemerlang di sekolah hehe).
Macam-macam yang bermain di fikiran, apabila diri dah mula sedar yang aku seorang pelajar tingkatan 5 tahun ini.
Tahun ni ambil lesen kereta, tahun depan nak kerja tak ya?, nak mohon pertukaran pelajar AFS tu ke tak ya?, kerja sekolah nampaknya makin banyak hmmm, nak apply u mana?, dapat masuk PLKN ke tak?, jadi doktorkah aku satu hari nanti?, duit makin penting sekarang, dah senior ni, bla bla bla bla
Itulah yang selalu bermain di fikiran ini apabila aku telahpun mula meninggalkan kesan tapak kaki di atas landasan tingkatan 5 dan akan menuju ke pelbagai destinasi.
Persoalannya sekarang, aku akan berhenti di destinasi mana? Kerja terus? Universiti tempatan? Universiti luar negara? Dapat biasiswa?
Walaupun aku dah ada matlamat, namun, agak merunsingkan juga. Kadang-kadang things don't go the way we want.
Kira bernasib baik jugalah, apabila ada seorang penceramah ni datang dari INTI dan sampaikan beberapa kata-kata semangat kepada aku dan rakan-rakan yang lain.
Think positive
Tegakkan matlamat anda
Set minda anda 10 tahun lagi anda akan jadi apa
Terima kasih kepada cikgu kaunselor yang menjemput penceramah tersebut. Agak berkesan pada diri aku. Apabila penceramah itu bertanya apakah halangan untuk anda mencapai apa yang anda ingini, aku pun beranikan diri menjawab
"Surrounded by negative thinking schoolmates"
This is a true story.
Penceramah itu pun menjawab "Change them into positive. Be positive yourself."
Aku pun terharu mendengar jawapan beliau.
Memang, dalam hidup, tak semua orang suka kita tapi bersyukur masih ada orang yang suka akan kita. Cewah.
Things don't go the way we want.
Walaupun aku dah sasarkan hidup form 5 ku akan menjadi debut zaman sekolah menengah namun sebaliknya dan yang sebaliknya tulah yang membuatkan aku belajar jadi seorang dewasa.
Sepanjang beberapa minggu setelah bergelar pelajar tingkatan 5 ni aku pun sedar yang, walau senior macam mana pun kita, junior tetap anggap kita ni sebaya dengannya(tak sanggup nak cakap bahasa kasarnya di sini kehkeh)
Apatah lagi apabila diri ini bergelar prefect/ pemimpin pelajar.
Memanglah mencabar diri ini yang dikatakan agak emosi. Dengarlah juga daripada beberapa orang rakan yang mengalami situasi yang agak sama denganku dimana pelbagailah perkara tidak elok dan ejekan diberikan oleh para junior yang agak peka dengan diri kami ini. Memang betullah para junior kesayanganku ini seorang pemerhati yang baik. Aku kadang-kadang fikir kalau aku jadi mak dan perangai anak-anak aku macam junior ni. Haa, tak ke haru. Haha. Kadang-kadang kenalah anggap adik-adik ni (walaupun dah masuk sekolah menengah, dah form 4 pun) macam kanak-kanak istimewa. Macam Alia Yo kata "Nak tegur diorang jangan direct marah-marah, just take it easy and slow"
Terpaksalah aku undur diri kerana memikirkan masa yang bagai emas berharga RM 1 juta. Cewah
See you soon!
Assalamualaikum w.b.t
Fatain