Dia:
"Okay. Biy nak gerak lah ni. Haa,tak gatal dengan perempuan lain. Haa,ya ya. Ya. Ya. Haa. Okay." Dia letakkan telefon bimbit dia ke dalam kocek seluar.
Kaca mata vintajnya ditanggal lalu dilap dengan kain. Kaki menendang tin minuman. Muka selamba. Memang bau stesen ni teruk. Tahan jelah. Dia mengeluarkan sekotak rokok daripada kocek sebelah lagi. Diambil sebatang rokok. Panas nak mati harini. Dia nyalakan pemetik api. Dia halakan pemetik api ke rokok. Dia hisap rokok sambil menunggu seseorang di stesen KTM,Seremban. Matanya merewang entah mencari apa. Banyaknya lahai manusia hari ini. Oh ya, budak-budak balik sekolah. Budak-budak asrama balik rumah haa.
Telefon berdering lagi.
"Biy!!!" Jantung hati mula memekik.
"Ya.." Dia melayan malas.
"Bila nak sampai?!! Entah-entah biy gatal dengan perempuan lain tu yang tak sampai-sampai lagi kan?! Kau memang!"
"Mana ada." Tiba-tiba dia nampak seorang gadis berdiri tidak jauh dari dia.
"Tak payah tipu lah kau!" Si jantung hati mula memaki hamun dia.
"Ya Tuhan. Tidak sayang." Tudung bawal biru gelap. Kaca mata vintaj. Tee The Padangs. Kardigan hitam. Gelang kulit. Beg sandang hitam dan beg kamera. Cargo pants biru gelap besar gedabak. Vans. Pegang majalah ROTTW. Ini baru hipster gila. Gadis itu tiba-tiba seperti ingin menuju ke arahnya.
"Kau takyah nak bersayang-sayang sangat dengan aku lah! Kau dah menggatal dengan perempuan lain, cakap jelah." Dimaki lagi dia. Dia mendengus lalu panggilan dimatikan. Dia mengubah destinasi. Niatnya ingin berjumpa dengan jantung hati terbatal lantas dia cuba mengekori gadis hipster itu. Beg gitar disandang dengan betul.
Laju gila budak hipster ni jalan.
Sekejap sahaja gadis hipster itu dah lesap macam pelesit. Konyol! Konyol! Cenggitu pun boleh hilang. Dia berjalan pulang dengan perasaan hampa.
Gadis hipster:
Ini semua tipu! Arggh! Screamer Suicide Silence dah tarak. Gadis hipster lihat jam tangan. Faruq dengan Justin ajak join gig malam ni. Dah lama gak aku tak scream. Getus hati gadis hipster.
Telefon bimbit jerit sakan lagu Slipknot.
"Bro! Lu pahal tak datang lagi ni?" Suara di talian pekik dulu.
"Wa on the way lah ni Justin."
"You better hurry!"
"I will."
"I laf you till dead. Muahx."
"I laf you till mampus." Ketawa pecah. Gadis hipster geleng-geleng kepala. Justin, Justin.
Dah lama rasanya tak lepak chill dengan budak-budak tu. Screamer band Black Magic ni mempercepatkan langkahnya. Ish,macam ada orang ikut. Argh, peduli pula aku.
Dia:
"Kau nak pergi tak gig harini?"
"Siapa perform?" Dia senyum.
"Banyak lah juga."
"Baguslah kalau banyak. Boleh exercise kepala harini."
"Kau ni Faris. Haha."
"Apa?" Dia; Faris senyum lagi.
Gadis hipster:
"Wehehehe! Akhirnya lejen kembali!" Faruq tumbuk lengan gadis hipster.
"Miss you guys, bloody hella!"
"Awwh, we miss you too sayang!" Ketawa sakan.
"Bak datang Er Hu!" Justin buat muka kucing.
"Mana tahu aku pandai main Er Hu?"
"Kalau tak Matt cerita kat aku, takdenya aku tahu."
"Ok. Talk to the hand!" Gadis hipster kibas-kibas kertas. Panas lahai. "Mana Matt dengan Zafir?"
"On the way." Justin tune gitar kapok. Faruq hirup hot chocolate. Justin letak gitar dan kaca mata vintajnya.
"Kau ni Fairuz. Apa lagi yang kau tak pandai? Violin pandai, piano pandai, Er Hu pandai, gitar pun pandai, drum pun boleh, apa lagi yang kau takde dekat rumah?" Faruq duduk di sebelah gadis hipster; Fairuz.
"Sape!"
"Huh?"
"Ala, orang sarawak punya."
"Oh, baba tak ajar?"
"Ayah sibukszszs."
"Rempit gila." Faruq sepak Vans Fairuz.
"Hehe."
"Sepupuku paling bertuah!" Faruq hanya lihat Fairuz gelak.
Telefon jerit sakan lagu Maddthelin pula.
"Fairuz!!!!! Kenapa tak cakap nak datang Seremban?!"
"Nenda, Fairuz nak buat kejutan lah! Mana nenda tahu?" Faruq ambil drumstick lalu pukul meja.
"Ibu dan ayah."
"Alah, spoil lah ibu dengan ayah!" Ketawa pecah. Faruq letak drumstick lalu disambarnya telefon bimbit Fairuz.
"Nenda bila nak text Faruq?!" Ketawa pecah. Justin geleng-geleng. Apabila sepupu bertemu sepupu bercakap dengan nenda mereka=barai.
"Oh, nenda nak turun tengok kitaorang tak? Huu, nenda layan metal gak ke? Eleh. Justin? Ada. Matt dengan Zafir je tarak lagi. Tah." Justin datang dekat.
"Wo ai ni, nenda!" Justin tiba-tiba teriak sakan.
Faris;Dia:
Banyak juga dak-dak datang gig ni. Woho, patutlah. Black Magic ada gak. Pergh, screamer dia dah lama tak nampak.
Fairuz;Gadis hipster:
"Justin~~"
"Apa sayang?"
"Kau ingat tak harini hari apa?"
"Tak." Yang lain pun menyahut juga.
"Okay!"
Faris:
"Damn sickening! Black Magic masuk!" Teriak salah seorang anak muda.
"Wa dengar Fairuz ada harini." Bisik seorang lagi anak muda.
"Dah lama doh tak nampak dia. Rindu gila dengan girl aku tu."
"Gilos. Dia girl aku lah." Dua orang anak muda gelak sakan.
"Fairuz si comey tu dah balik dari Japan!" seorang lagi. Faris hanya berdiri menunggu. Bersama Azib dan Firdaws.
"Black Magic!" Tiba-tiba semua senyap. Hanya bunyi Er Hu yang kedengaran. Keyboard in. Meremang gilak. Zafir ini gilak! Perlahan-lahan Justin, Matt dan Faruq masuk.
"THIS IS SICKENING!!!!!!!!!!!!" Fairuz start screamo dan gila headbanging lah semua orang.
Cuma dia.
Cuma Faris.
Dia beku.
Gadis hipster.
Gadis hipster, seorang screamer.
Gadis hipster dan Black Magic.
Gadis hipster=Fairuz.
Fairuz=Gadis hipster.
Faris hanya terkedu.
"Pahal kau ni Faris?!" Rakan yang sibuk layan tiba-tiba berhenti.
Faris geleng.
Fairuz:
"Before we end our performance! Let us cheer for Fairuz; our baby girl!!"
"Justin, cut it out!" Fairuz dah blushing. Penonton mula cheering.
"Happy birthday, baby girl!!" Dan mereka mula menyanyikan lagu 'happy birthday' buat Fairuz.
"You guys..." Fairuz terharu.
Birthday cake dibawa masuk oleh Foo gitaris Darken.
"You are like a sunshine to us~~" Gitar dipetik.
Justin, Matt, Faruq dan Zafir tiba-tiba menyanyikan sebuah lagu untuk Fairuz. Macam boy band.
"Blow the candle. Before that, make a wish!"
Fairuz hampir nak menangis. Dia make a wish lalu lilin ditiup.
Faris:
"Kau pahal Faris?" Firdaws yang memandu melirik-lirik ke arah temannya
"Tah Faris. Aku tengok kau ni lain macam je." Azib di sebelah turut begitu.
Masih tiada jawapan. Faris hanya lihat ke luar jendela kereta.
"Hello?"
Tiada jawapan lagi.
"Faris!" Dua-dua dah bunyi.
"Haa?!"
"Mengelamun apa?"
"Takda apa lah."
Fairuz:
"Fairuz!" Justin menergah dari belakang.
"Ish! Justin!"
"Nah!" Justin menyerahkan sebuah bungkusan.
"Apa ni?"
"Teka lah." Hehe :P
"Okay then." Fairuz; gadis hipster membuka pembalut bungkusan tersebut.
"Oh tidak! Jangan kata!" Justin kening.
"Happy birthday, sweetheart!" Justin senyum. Haih, nak je aku cium dahi kau tu Fairuz.
"Sweetnya bro aku!" Novels, tee Maddthelin dan Massacre Conspiracy, animes, topi panda(haha) and...
"Lol, anti-christ button badge?" Justin senyum.
"I have mine too." Justin tunjuk button badge anti-christ dia.
"Justin, this is too Black Metal kay?" Justin angkat bahu. Fairuz geleng kepala. Takpelah. Jangan pakai. Simpan. Fairuz belek-belek lagi dan...
"Bracelet? A ring?" Gelang silver dgn bertarahkan "Hipster" berkilau terkena cahaya.
"I have mine too." Justin tunjuk cincinnya.
"Awwh, somebody is trying to be so sweet right now! Haha. Thanks bro!" Justin hanya senyum.
"Oh ya, ni Faruq, Zafir dengan Matt bagi." Macbeth! Fairuz memang rasa nak nangis.
"Thanks bros!"
Tiga tahun kemudian..
Faris:
Dia datang ke stesen KTM Seremban lagi. Sudah tiga tahun kejadian terserempak dengan gadis hipster tu. Masih segar di ingatannya. Hari yang sama. Waktu yang sama. Fairuz of Black Magic. Screamer. Budak metal. Kali ni manalah tahu dia akan bertemu dengan gadis hipster itu lagi. Nak try usha gak. Getus hati. Haih. Dia berdiri di posisi yang sama dengan 3 tahun lepas. Dia sudah single dan lepas daripada kawalan ex-nya.
Tapi...
Yang berdiri di tempat gadis hipster itu berdiri...
Orang lain..
Tapi...
Gadis hipster itu..
Lain..
Kaca mata vintaj dan Vans. Beg sandang hitam. Beg kamera. Tafsir al-Quran. Still ROTTW.
Tapi...
Jubah gedabak dan tudung labuh.
No weird bracelet just a silver bracelet yang berkilau.
No The Padangs tee or cargo pants besar gedabak.
No tudung bawal.
But..
Cincin? Cincin?!!! What?! and..
Is that....?! Argh!
Dia ingin mengekori gadis itu lagi.
Tapi niatnya terbatal.
Fairuz:
"Assalamualaikum. Oh, Faruq! Alhamdulillah, kami sihat. Harini? Kenapa? Oh, reunion Black Magic. Boleh tapi.. faham-faham jelah. Tanya dia dulu ya? Baiklah. Assalamualaikum."
Panggilan dimatikan.
"Haa, siapa tu?" Fairuz berpaling ke belakang. Lelaki yang mencecah tinggi 176 cm, rambut kemas dan mata sepet sedingin ais di balik kaca mata vintajnya. Menyandang beg gitar. Memegang dua tin Milo. Diserahkan satu tin Milo ke Fairuz.
"Faruq."
"Ingatkan Justin tadi."
"Eleh."
"Awak, ingat harini hari apa?"
"Tak." Lelaki itu tersenyum. Fairuz tarik muncung. Haha. Comelnya Fairuz. Getus lelaki itu.
Faris:
"Harini ada gig. Reunion Black Magic. Jom ah join!"Azib dah tarik lengan Faris.
"Alah..."
"Weh, aku rindu nak tengok Fairuz!"
"Kay."
"Sayang kau!"
Fairuz:
"Assalamualaikum!" Faruq memberi salam.
"Waalaikummussalam warrahmatullahi wabarakatuh." Dua pasang mata beralih daripada gambar ke Faruq.
"Wah, Zafir dengan Matt?" Faruq bertanya.
"Diaorang on the way." lelaki itu menjawab.
"Justin mana?" Faruq sengih. Yang lagi dua angkat kening.
Faris:
Harap sangat yang tadi tu bukan gadis hipster.
Fairuz:
"Kita bawa lagu soft je."
"Okay."
"Fairuz nak main Er Hu atau keyboard."
"Zafir nak main apa pulak nanti?"
"Kita berempat main gitar."
"Okay!"
"Deal!"
Faris:
"Weh, kira okay lah ni."
"Diorang main lagu soft."
"Alhamdulillah, dah berubah. Nak tengok Fairuz dengan..."
Cakap-cakap anak muda. Dia hanya pekakkan telinga.
Fairuz:
Bunyi Er Hu masuk. Bunyi gitar kapok pun masuk.
Faris:
Memang dia... Memang dia dah berubah... :']
Fairuz:
"Thanks guys for coming! Walaupun genre sekarang dah tukar, kauorang memang awesome!" Faruq berkata-kata. "Selamat hari lahir juga buat baby girl kami yang dah makin tua. Hehe. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmatmu." Amin. Semua mengaminkan. "Selamat ulangtahun perkahwinan juga buat Mr dan Mrs Justin ataupun nama baru Mr and Mrs Fadlurrahman! Semoga bahagia selalu! InshaAllah." Amin. "Mari kita tutup majlis ini dengan tasbih kifarah dan Surah Al-Asr."
Faris:
Ya Allah Ya Tuhanku, aku bahagia melihat dia berubah.
Fairuz:
"Fairuz.."Justin; Fadlurrahman menegur. Fairuz menoleh ke belakang.
"Mrs. Fadlurrahman please?" Fairuz senyum.
"Oh, dah pandai? o.O" Fadlurrahman menghulurkan sebuah bungkusan. Fairuz ketawa kecil.
"Apa ni?"
"Teka lah." Hehe. Fairuz membuka bungkusan.
"Subhanallah! Terima kasih awak!" Al-Quran pelangi yang diidamkan dia. Suaminya tahu sahaja apa yang dia sedang idamkan. dan...
"Dua button badges anti-christ?!"
"Mrs Fadlurrahman, saya cuma nak awak tengok yang saya akan buang button badges ni dan gantikan dengan yang ini." Fadlurrahman mengeluarkan sebuah kotak lalu membukanya. Gelang silver bertarah "Fadlurrahman's" dipakaikan oleh dia di pergelangan tangan isterinya. Lalu, dia cium dahi Fairuz.
Fairuz tahan nangis.
"Saya pun ada sesuatu nak bagi dekat awak!" Fairuz menyerahkan sampul surat ditangannya. "Nah."
"Apa ni?"
"Teka lah." Hehe.
"Amboi, mengajuk!" Fadlurrahman tarik hidung Fairuz.
"Ya Allah! Alhamdulillah! Dah..."
"2 months! Hihi." Fairuz buat tanda peace. Mereka berpelukan. Dia mencium pipi isterinya berkali-kali.
"Congratulations Mr and Mrs Fadlurrahman!" Matt, Faruq dan Zafir tiba-tiba kacau daun.
"Oh, stalk kitaorang ke?" Pelukan dileraikan. Ish, Justin ni. Basah pipi aku. :P Getus hati Fairuz.
"Kitaorang datang wrong time. Takde kerja nak stalk."
"Eleh."
"Wuwuwuwuw, kami bakal jadi pak cik..."
"Uncles-wanna-be please don't cry~"Fairuz memujuk lalu ketawa kecil.
"Baby girl a.k.a ex-screamer dah nak jadi ummi."
"Justin a.k.a Fadlurrahman a.k.a ex-dak-metal-sejati dah nak jadi ayah."
Ketawa pecah.
Faris:
*Pap*
"Maaf, tak sengaja langgar!"
"Maaf juga." Gadis berbaju kurung pun berlalu. Faris, apa tengok perempuan macamtu. Astaghfirullahhalazim. Dia lihat ada something tertinggal. Gadis baju kurung tu punya.
"Naurah~"
Fairuz:
Usia kandungan dah 4 bulan. Encik suami terchenta makin sibuk. Gang lain pun makin sibuk. Dia pun sibuk. Patients banyak pula bulan ni.
Dia merenung ke luar jendela. Dia lihat langit.
Ya Allah, terima kasih kerana telah menyedarkan aku daripada lena semalam.
Semalam mungkin aku dan suami, jahiliah.
Tapi
Hari ini,kami bersyukur kerana sudah menggapai cahaya iman dan hidayah-Mu, Ya Allah.
Seremban
[11052013]
[MORNING0112]