Tuesday, 14 May 2013

Pada suatu masa dahulu

Tika itu aku lihat dia. Dia menjadi Imam. Aku tertanya-tanya siapakah dia. Selepas maghrib bermulalah sesi tazkirah.
"Baiklah. Sekarang, saya nak minta setiap sekolah sediakan satu tazkirah ya? Terima kasih." Dia berkata.
Setelah banyak sekolah dipilih, tibalah giliran sekolahku. Aku menjadi wakil.
Setelah selesai, dia datang kepadaku.
"Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam."Aku dan Nurin berpandangan.
"Sekolah KGV kan?" Dia senyum. Kami angguk.
And the rest is history.....
*
"Lupalah nak tanya nama dia."
"Takpa, esok tanya."
Keesokan hari...
"Awak, nama siapa?"
"Syahirah. Panggil sahaja SyeSye." Dia senyum.
"Saya Fatyn." Kami salam.
*
SyeSye, mungkin perkenalan kita singkat. Tapi ketahuilah. Saya sudah anggap awak sebagai seorang sahabat sejati. Awak ingatkan saya. Saya masih ingat lagi awak bertanya tentang sekolah kami. Saya hanya menggeleng. "Sekolah kitaorang biasalah. Maklumlah bukan sekolah agama." Awak jawab. "Awak, dekat akhirat nanti Allah takkan asingkan kita. Kita sama je. Allah takkan asingkan budak sekolah agama, masuk syurga. Budak sekolah biasa, 50-50." Saya tersedar. "Awak, sekolah awak ada BADAR kan?" Awak angguk. "BADAR tu macam pemimpin pelajar ke?" "Semua orang ahli BADAR." "Oh.." Saya angguk. "Cikgu awak yang melawat sekolah saya tu dia kata dia teringin nak buat BADAR di sekolah awak." Awak kata. "Hehe. Saya pun teringin tapi tulah. Saya ada ke keberanian nak tegur budak-budak yang buat maksiat di sekolah tu nanti? Awak pun tahu kan apa yang saya maksudkan." Saya kata. "InshaAllah. Berubah untuk jadi baik memanglah susah dan sakit tapi hasilnya manis dan menyenangkan." Saya senyum awak pun senyum.

Mungkin aku tak dapat tangkap kau guna lensa,
Tapi,
Aku dapat tangkap kau guna kornea mata dan hati kecil ini.

Memory.
JPAM,Jalan Labu. 
[170413-180413]

Seremban.
[1927:140513]


No comments:

Post a Comment