Friday, 29 April 2016

tanglung di hati


Assalamualaikum w.b.t
Kenapa tajuk macamtu? Entah, mungkin hanya ingin mengikut kesesuaian gambar yang diselit bersama.
Mungkin juga
Ada kena-mengena dengan apa yang bakal aku tulis.
Ok.

"Asal jumpa kau je mesti happy."(Maksudnya, cara aku tegur orang dalam keadaan yang happy. Faham tak?)

Antara salah satu ayat yang pernah diperkatakan oleh seorang kawan kepada aku. Of course lah,berbunga hati bila dia cakap macamtu sebab yalah, menyebarkan satu benda yang positif itu perkara yang baik, bukankah begitu?

Macam tanglung yang menyebarkan cahaya untuk menerangi manusia dalam kegelapan.

"People like to be around those who give off positive energy."
-Erin Heatherton

Tuesday, 26 April 2016

I was reading our old text messages last night

          and....

:-)
:-/
:'-(







Thursday, 21 April 2016


Fav song of 2012-now

"Dia bukan segalanya, cinta telah mati, biar apa pun kata hati, realitinya kau harus pergi."

T_T

Wednesday, 20 April 2016

Hati-hati

Hati-hati
Jangan sampai terkena duri

Hati-hati 
Jangan sampai terjatuh lagi

Hati-hati
Jangan sampai terpesong ke kiri

Hari-hari
Kita cuba
Untuk hati-hati
Aku cuba
Tapi kenapa masih kau
Yang aku ingin?

Aku tak perlu duit kau yang banyak
Untuk aku hidup di dunia ini
Aku tak perlu cinta yang kau jaja
Untuk aku berjalan di dunia ini

Aku hanya perlu teman
Yang tahu buruk aku
Tapi masih mahu
Yang tahu jatuh aku
Tapi masih bantu

Yang tahu segalanya pasal aku
Dan masih mahu panggil aku

Bukan sekadar kunci pendua.

Monday, 18 April 2016

Saturday, 16 April 2016

Crush

Aku tahu aku suka orang itu
Bila aku sudah mula fikir pasal dia
Bila aku sudah mula tulis puisi buat dia
Bia aku mula menggambar dia
Bila aku sudah mula rasa insecure semula
Bila aku sudah mula risaukan dia
Bila aku sudah bersedia hati luka

Aku tahu aku perlu jalan ke depan
Aku pilih untuk berbuat demikian

Terima kasih untuk setiap kata-kata
Terima kasih untuk setiap masa
Yang kau bazirkan untuk aku
Tanpa jemu

Mungkin ini yang akhir kalinya
Aku janji
Biar sakit begini
Jangan risau
Aku yang minta

Jika kau membaca ini,
Semoga kau bahagia

Tuesday, 12 April 2016

PUJUK yourself

"Sayang diri sendiri dulu, baru sayang orang lain." -Mak

Sunday, 10 April 2016

Hello 3rd Semester

Walaupun semester 3 dah lama bermula, aku masih ingin mengucapkan selamat datang padanya sebab aku tahu;
 
Semester 3 dah mula bila aku dah boleh move on daripada laki-laki itu
Semester 3 dah mula bila aku dah jumpa soulmates yang selalu menceriakan hari-hariku 
Semester 3 dah mula bila aku dah malas nak fikir pasal datang awal ke kelas atau tak
Semester 3 dah mula bila aku rasa aku makin malas nak kemas bilik
Semester 3 dah mula bila aku rasa assignments makin menggunung
Semester 3 dah mula bila aku masih aku yang dulu CUMA dihiasi orang-orang baru :)

Selamat datang semester 3. Aku dah move on.