“Untunglah, orang tu straight
A’s!” Nafis datang
menghampiri Raden.
“Ha’ah. Sama lah dengan ‘boyfriend’
dia!” Farhan bersuara pula.
“Ha’ah lah baru aku perasan! Haha.”
Aina menumbuk lengan Raden.
“Kauorang ni.” Raden mengeluh.
“Alah, kauorang, pun straight A’s juga, kan?”
“Betul tu betul!” Hilal dan Wong
bersuara.
“Ahah, taiko sekolah dengan penolong
dia dah datang dah!” Nafis memerli mereka.
“Amboi, perli kitaorang ke?” Hilal;
ketua pemimpin pelajar sekolah ketawa kecil begitu juga Wong; penolong ketua
pemimpin pelajar 1.
“Wah, exco-exco semua meraikan
kejayaan bersama-sama! Tak ajak kami pula tu!” Mereka ketawa.
“Alah, saja tak nak ajak kauorang!
Celebrate sendiri-sendiri sudah!” Farhan buat rolling eyes. Mereka ketawa lagi.
“Eh, Encik Shan ucap tahniah pada
batch pemimpin pelajar tingkatan 5 tahun ni sebab kebanyakannya mendapat
straight A’s.”
“Oh, sayang Encik Shan!” Fadzlin dan
Ainatul tergelak kecil. Raden hanya menggelengkan kepala melihat gelagat
rakan-rakan seperjuangannya. Dia pasti akan merindui mereka. Zaman persekolahan
sudah pun tamat. Terasa sekejap sahaja dia sudah mencecah umur 18 tahun. Dia
juga pasti akan merindui sekolahnya. Akhirnya, dia juga akan belajar di
universiti atau kolej seperti alongnya.
“Errr…Raden?” Raden menoleh ke
belakang.
“Oh, Aliff! Apahal?”
“Takde. Saja nak ucap tahniah dekat
kau.” Aliff tersenyum meleret. Raden pula tergelak kecil. Ait, gelak pula budak
ni! Getus hati kecil Aliff.
“Terima kasih bunga kantan, Aliff
Alexander.” Raden masih menghabiskan sisa gelaknya. Aliff turut tergelak.
Rakan-rakan mereka yang berada di situ hanya melihat mereka bergelak ketawa tak
tahu mengapa.
“Aliff…” Raihana menyapanya dari
belakang. Tawa mereka terhenti. Raden meminta diri.
“Oh, Raihana.”
“Tahniah.” Raihana tersenyum manis.
“Terima kasih. Keputusan Raihana
berapa?”
“Alhamdulillah, 7A. Takdelah sehebat
you.”
“Alhamdulillah, okay lahtu.” Aliff
hanya tersenyum. Nampaknya berlaku sedikit perubahan pada Raihana. Sekarang dia
bertudung dan cara bercakapnya juga tidaklah selembut dahulu yang boleh
mencairkan hati lelaki. Dia terlihat sederhana tidak seperti dahulu. “Datang
seorang?” Dia menggeleng.
“Mama dengan papa I ada dekat
kereta. Lepas ambil keputusan, I datang sini nak jumpa Amir. Alang-alang dah
dekat sini, jumpa lah you sekali.”
“Oh…”
“Okaylah. I nak gerak dulu.
Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
“Sebelum itu, nah!” Sekalung rantai berloketkan
cincin perak yang berukir ukiran-ukiran cantik diserahkan ke Aliff. “You ambil
balik hadiah you ni. I tak nak simpan.” Raihana tersenyum lalu dia berlari anak
meninggalkan Aliff. Aliff juga begitu. Raihana sempat menoleh ke belakang.
“Selamat tinggal, Aliff.”
*
Rantai
berloketkan cincin perak dengan ukiran cantik itu diamatinya. Dia masih
ingat lagi. Dia memberikan rantai itu kepada Raihana pada hari jadinya. Waktu
itu mereka baru berumur 12 tahun. Pada masa itu, mereka masih belum kenal. Papa
dan mama Rai adalah rakan bisnes ayahandanya. Bondanya yang memilih hadiah
tersebut. Ketika di hari jadi Raihana yang ke-12, mereka tidak bersua muka
kerana dia sibuk ingin pulang awal kerana ingin bermain permainan video bersama
abangnya, Amirul. Mereka bersua muka ketika di parti hari jadi Raihana yang
ke-15. Ketika itu memang dia akui, dia agak popular di sekolahnya kerana dia
banyak menyertai sukan dan rupa parasnya yang menarik. Jadi, itulah sebabnya
Raihana boleh jatuh hati terhadapnya. Raihana memberi impak yang besar
kepadanya sepanjang percintaan mereka. Pub dan club yang dahulunya memang haram
untuk dimasuki, dah macam keluar masuk rumah sendiri sejak bercouple dengan
Raihana. Tapi masih okay lagi sebab tak ambil benda-benda haram. Pergi sana
sebab teman Raihana jumpa kawan-kawan dia dan releasekan tension.
Alhamdulillah, kini dia cuba menghindari semua tu. Ingat lagi pesan abangnya,
Ami, nak release tension baca al-Quran atau tafsir. Ambil wudhuk. Toksah pergi
pub atau club. Buat sesak otak ada lah. Bukannya releasekan tension pun, tengok
orang buat maksiat, berjoget macam orang tak waras, dan bersesak-sesakan dengan
orang pelbagai jantina. Bila difikir balik, ada betulnya juga cakap abangnya
itu. Maaflah bang, adindamu ini dahulunya orang zaman Jahiliah, mana tahu tu
semua. Tengok orang keluar masuk pub atau club macam best. Muzik dia pun dulu
layan je. Dia tersenyum sendiri.
Lamentos
De Vampiro-Sleeping Sorrows menggantikan Stolen-Butterfingers. Mata masih fokus
pada komik One Piece isu 64. Rutin membaca komik-tolong along dekat studio-surf
internet-duduk menghadap dinding macam nak tembus diamalkan setiap hari. Novel
cintan-cintun yang dibeli along untuknya langsung tidak disentuh. Paketnya juga
tidak dibuka. Along ni pun satu, dah tahu aku ni jenis yang tak baca novel
cintan-cintun ni pun dibelinya juga. Kalau beli Percy Jackson ke, Harry Potter
ke, novel-novel seram english ke takpe juga. Orang minta lain, lain yang dapat.
Dia mengomel seorang diri. Sumpah Pendekar-Sekumpulan Orang Gila mula berlagu.
Bunyi seruling pada permulaan lagu mendamaikan jiwa sedikit. Lagu ni kalau jadi
lagu patriotik pun best juga. Masa bulan kemerdekaan keluar lagu ni kan bagus.
Orang macam aku ni mesti layan habislah. Heish, mimpi je tu Rad. Dia masih
menghabiskan bacaannya. Kalau jadi Monkey D. Luffy ni pun bagus. Budak getah.
Kalau nak capai apa-apa dekat tempat tinggi, senang. Tolong along dekat studio
nanti pun senang. Memang rasanya macam didera dek Ajam, Afiq dan Lekiu di
studio tu. Kalau mereka ada, macam-macam diaorang suruh buat. Buat teh lah,
kopi lah, belikan roti canai dekat kedai bawah lah. Nasib baik diaorang bukan
abang-abang kandung terhormat aku selain along. Along lagi mengada, gedik dan
seangkatan dengannya. Minta urut bahu lah itulah, inilah. Macam babysitter
campur bibik dah. Dah lah, tiap-tiap hari kena kemas studio tu. Hurrrrrrr,
sabar jolah Raden. “Raden!!” Ajam menerjah biliknya.
“Tak
reti bagi salam ke cik along oi?” Main terjah je bilik aku. Mandat dah besar
sangat lahtu.
“Assalamualaikum
cik adik manis.” Ajam dengan sengih manisnya.
“Waalaikummussalam.
Hmm, ada apa along yang comel?”
“Eh,
baru sedar along comel lahtu kan?” Ajam ketawa mengekeh. “Takdo apo, along
tongah gombiro sekarang ni.” Hancus habis loghat Nogori kau, Ajam.
“Gembira?
Apsal? Akak Zahra meminang along ke?” Raden buat muka selamba badaknya. Eh, ke
situ pula budak ni.
“Takde
ah. Along gumbira tak terkata sebab surat ni.” Raden mengambil surat tersebut.
“Tawaran
ke Lim Kok Wing London untuk jurusan fotografi?” Ajam mengangguk. “Wah,
bestnya!” Raden tersenyum. “Bila along apply?”
“Dulu,
lecturer along yang sarankan.” Senyum Ajam masih belum lekang. Hatinya berbunga
ceria apabila mendapat surat tersebut. Cita-citanya kini tercapai. Bukan senang
untuk minta scholarship ni.
“Dah
tanya ayah?” Alongnya mengangguk lagi.
“Ayah
okay je. Dia kata janji along buat betul-betul.” Raden tersenyum lagi. Memang
jauh beza kasih sayang dan perhatian ayah terhadap along dan dia. Along sangat
dimanjakan sejak kecil lagi. Sebab tu sampai la ni perangai dia macam
budak-budak lagi walaupun umur dah lanjut. Kalau ada apa-apa mesti merengek
dekat dia juga. Dia pula kalau dulu salah sikit, merengek sikit dah kena
tempik, libas dan macam-macam lagi. Kata ayahnya, janganlah cembeng sangat. Tak
kuat nanti. Oh, nostalgia datang kembali.
“I am
happy for you, my sweet along.” Dia memeluk alongnya.
“Awwwhh,
thanks Raden.” Raden tidak tahu hendak mentafsir apa perasaannya sekarang.
Gembira? Memang lah tapi rasa sedih ada juga. Dia dan alongnya akan berjauhan
tak lama lagi. Raden menangis. “Kenapa nangis ni? Alah, janganlah sedih. Tak
lama pun along duduk sana. Insya-Allah, kalau ada tawarn kerja terus dekat sana
barulah along lama dekat sana. Ee, ni mesti takut duduk sorang kan? Ataupun
takut kehilangan tempat bermanja?” Ajam ketawa mengekeh.
“Bukan
Raden yang takut tapi along tu haa. Siapa yang nak dengar along bising nanti,
siapa nak masakkan untuk along nanti, siapa nak dengar rengekan along tiap
malam kalau rindu Raden nanti, siapa nak gosokkan baju along nanti dan siapa
nak kemas bilik along nanti?” Raden teresak-esak. Alongnya pula mencebik. Ish,
budak ni! “Siapa pula yang nak teman Raden malam-malam study dan buatkan Raden
kopi atau hot chocolate masa tengah study atau layan movie?” Raden bersuara
rendah namun masih boleh didengar Ajam. Juraian air mata mengalir masih tak
henti. “Along mungkin akan lupakan Raden
kalau dah dapat awek dekat sana.” Ajam mengusap kepala adiknya.
“Along
takkan lupakan Raden lah. Along pun sedih nak tinggalkan Raden dekat sini.
Kalau ada orang usha, ayat atau buli adik along sorang ni nanti, bahaya tau.
Dah lah pelindung dia dekat London.” Memang. Ajam sememangnya berat hati
meninggalkan adiknya.
“Mudah-mudahanlah
MARA ambil Raden. Kalau dapat sambung medic dekat UK boleh jumpa along.”
“Amin.”
Mereka tertawa.
*
“Lekiu, tolong carikan aku maid, boleh?”
“Pahal
pula?”
“Jaga
adik aku lah. Dia nanti sorang je dekat rumah.”
“Weh,
Lekiu kan ada.” Afiq menyiku lengan Lekiu.
“Oh,
menyampuk kau kan? Jangan menyampuk lah, pak cik!” Afiq mencebik. Lekiu dan
Ajam tertawa melihat gelagat rakan mereka itu. Raden memberi salam lalu membuka
pintu studio.
“Wah,
tuan puteri lambat sampai harini?” Ajam menyakat adiknya.
“Dah
ada pelindung tu telefon tak angkat, lupa nak jemput princess dia dekat rumah
sampai princess dia kena datang sini naik bas.” Hambik kau! Ah, tak kiralah
mandat kau besar ke tak besar ke along! Ajam menggaru belakang kepala yang tak
gatal. Adush! Macam mana boleh lupa nak jemput Raden ni? Yang dua lagi di
sebelahnya hanya menjeling. Uish, jeling-jeling pula! Aku debik kang! Ajam
memberi isyarat mata.
“Sorrylah,
princess-ku!”
“Apa
sorry-sorry?! Hari ini, Raden nak duduk je. Along and the gang pula yang kena
layan Raden macam anak raja. Buat semua kerja Raden yang kauorang suruh Raden
selalu buat. Kauorang tak boleh duduk sampai tutup studio. Rehat hanya setengah
jam. Ada faham?” Raden senyum jahat. Ha ha! Aku buli kauorang balik! Amacam?
1-1. Baru fair.
“Eh!
Kitaorang pun kena sekali?” Afiq bersuara. Bertuah punya Ajam, sebab kau, aku
dengan Lekiu kena sekali.
“Eh,
menjawab pula? Nak Raden tambah kerja lagi ke?” Afiq, Lekiu dan Ajam terpaksa
akur dengan kehendak Raden. Raden mengambil tempat duduk alongnya. Yay! Harini
bersantai! “As for along.....” Alamak, princess yang baik hati ni bila bertukar
jadi evil witch memang menggerunkan. Tengok tu, tak habis-habis dengan senyum evil
dia. “Along ada kerja tambahan!” Aduh duh duh... Dah agak.
“Cik
puan nak apa?”
“Seperti
biasa, along kan selalu suruh Raden urut bahu along kan? Jadi...”
“Along
kena urut bahu cik puan muda kehormat.” Ajam menghabiskan ayat Raden.
“Pandai
pun!” Kejam tak kejam. Haa, macam ni lah
rasanya kauorang buat aku dulu. Afiq dan Lekiu yang sibuk mengemas kotak-kotak
yang berisi pelbagai barang ketawa melihat Ajam. Ajam memberi jelingan maut
kepada mereka. Oh, gelakkan aku! Raden hanya melihat gelagat mereka. “Abang
Afiq pula kena buatkan Raden hot chocolate. 5 minit je. Lepas 5 minit, kena
denda. Abang Lekiu pula tolong belikan Raden roti telur tak nak bawang dekat
kedai bawah. Okay?” Adus! Inilah padahnya gelakkan orang. Lekiu menepuk dahi.
Afiq mengeluh malas.
“Baik
cik puan!” Mereka membuat mock salute. Raden hanya tersenyum riang. Padan muka
kauorang! Rasakan! Raden hanya tergelak kecil.
*
Masa setengah jam yang diberikan untuk
berehat sangat berharga. Mereka duduk berlunjur di bawah. Raden pula sedang
membaca komik Doraemon. Sekali-sekala, Raden melirik melihat mereka yang
kelelahan. Dia bangun lalu menuju ke dapur bersama begnya. Ketiga-tiga pemuda
tadi masih duduk buat tak kisah dah dengan sekeliling kerana terlampau penat
dibuli ‘cik puan’ baru mereka. Raden mengeluarkan tupperware yang berada di
dalam begnya. Spaghetti meatballs yang sudah sejuk dipanaskan ke dalam oven.
Dia membancuh sejag kopi susu lalu mengambil tiga buah mug. Dia mengambil
mangkuk dan tiga buah pinggan. Dia membawa jag dan mug lalu membawa
pinggan-pinggan pula. Ketiga-tiga pemuda itu hanya pelik melihat Raden.
Spaghetti meatballs yang telah dipanaskan itu dimasukkan ke dalam mangkuk lalu
dia membawa mangkuk ke depan.
“Wah,
Raden bawa spaghetti dari rumah?!” Ajam menghidu bau semerbak spaghetti buatan
adiknya.
“Tak
lah, beli.” Sudah gaharu, cendana pula; sudah tahu, bertanya pula.
“Yalahtu,
beli.” Afiq menyampuk.
“Buat
lah! Takde masa nak pergi beli!” Haish, aku debik sorang demi sorang nanti.
Raden menyuakan pinggan-pinggan yang berisi spaghetti kepada mereka. Seorang demi
seorang. Lalu, dia menuangkan kopi susu ke dalam mug masing-masing. “Makanlah.
Kauorang penat kan?” Lalu dia mengambil komik Doraemon dan menyambung bacaannya
sambil menyertai mereka bersila di bawah.
“Terima
kasih princess!” Ajam senyum meleret.
“Sama-sama,
raksasa hijau!” Afiq dan Lekiu hanya tertawa.
“Eh,
Raden! Apa kelas baca komik Doraemon!” Ajam mengejek adiknya yang sedang
membaca komik Doraemon yang dianggap komik untuk kanak-kanak berumur 6 tahun-12
tahun padahal adiknya sudah berumur 18 tahun.
“Sibuk
lah! Suka hati lah!” Raden mencebik. Pintu pejabat dibuka.
“Assalamualaikum.”
Seorang pemuda menyapa mereka. Ajam dan yang lain hanya melihatnya.
“Waalaikummussalam.
Maaf encik, kami dah hampir tutup.” Raden memberi penjelasan. Ajam mengamati
pemuda. Seperti pernah aku jumpa pemuda itu. Hmmmmmm, muka dia familiar lah.
“Oh,
maaf. Saya betul-betul urgent ni. Esok syarikat kami ada event yang besar jadi
kami harus mencari seorang jurufoto. Malangnya, jurufoto kami berada di
overseas kerana ada hal. Saya mohon sangat-sangat bantuan kamu semua. Studio yang
lain tak nak ambil. Studio awak yang paling last. Tolonglah.” Pemuda itu
merayu. Seperti kenal sahaja lelaki tu.
“Kami ambil!” Ajam bersuara dengan
penuh semangat. Afiq, Lekiu dan Raden hanya ternganga. Bersemangat betul Ajam
kali ni. Selalunya dialah yang paling liat nak keluar ambil gambar untuk
majlis-majlis yang pernah dihadiri. Selalunya Afiq, Lekiu dan Raden yang
bersemangat.
“Terima
kasih. Saya Iqbal daripada K.U Sdn. Bhd. Tapi sejak kecil, nickname saya Iqy.
So, panggil Iqy.” Dia berjabat tangan dengan Ajam.
“Iqy?”
Seperti pernahku dengar nama tu. “Saya Raden Kamarul Azam, panggil Ajam je.
Selamat datang ke Ganbatte Studio.”
“Wait!
Raden Kamarul Azam? Ajam? The HOHO? Raksasa Hijau?” Iqy membulatkan mata. Wait,
jangan-jangan....
“Iqy
cermin mata bulat?!” Iqy mengangguk. “Apa khabar, kawan lama?!” Ajam menumbuk
lembut lengan Iqy. Iqy tersenyum girang.
*
Mata masih tak lepas pada tv. Aya-chan
dan anjing comelnya, Mari. Pada mulanya, ootoosan tak setuju Aya-chan ingin
membela Mari. Datuknya sangat kasihan melihat Aya. Mari!!! Comel!! Raden
menonton tv sambil bertemankan Doraemonnya. Wah, tongkat magic yang dihadiahkan
oleh Aya, Mari dan Ryota! Pandai Mari! Kejadian gempa bumi tiba-tiba melanda di
kawasan kampung Aya. Hoho! Kesian atuk Aya. Wah, ootoosan dengan mak cik tu ada
apa-apa hubungan ke?
“Hoi!
Senyum sorang-sorang!” Ajam menarik rambut adiknya yang diikat ekor kuda.
“Ish!
Cerita The Tale of Mari and The Three Puppies ni best lah! Tengok! Kesian Aya
dengan atuk dia.”
“Kalau
Raden nangis tengok cerita ni, along tangkap gambar tunjuk dekat Lekiu!” Ajam
senyum jahat. Along ni.
“Kalau
along nangis pula?” Raden mengangkat kening.
“Takde
apa-apa.” Ajam jongket bahu. Uish, tak adillah macamtu. Raden merengus.
“Eh,
tak boleh! Kalau along nangis, adalah Raden nak buat.” Dia senyum jahat kuasa
dua. Hambik kau!
“Okay!
Okay! Haa, tengok tu Mari! Kawaii!” Ajam mengambil Doraemon yang duduk di
sebelah Raden lalu diletak di bawah.
“Along!
Apa letak Doraemon Raden dekat bawah ni?!” Raden memukul alongnya dengan
kusyen.
“Eh,
Raden sayang along lebih atau Doraemon lebih?!” Ajam sibuk mengunyah Hershey’s
kisses.
“Doraemon!” Raden mencebik. Kasihan Doraemon
kesayangannya itu terpaksa duduk di bawah. Sesedap oren je along ambik tempat
Doraemon! Huh!
“Ish!
Budak ni kan! Geletek nanti!” Alongnya dah keluar senyum jahat kuasa tiganya.
“Okay
okay! Sayang along lebih.” Raden mengangkat tangan tanda surrender.
“Bagus.”
Adik-beradik itu menghabiskan masa menonton The Tale of Mari and The Three
Puppies. Dia, along dan Doraemon.
Petang
nanti, along ajak keluar. Maklumlah, semalam dapat banyak duit daripada klien.
Lagipula, nak cari barang-barang along. Along ni memanglah. Belanja keperluan
sendiri pun nak adik dia temankan. Raden masih ingat masa perkenalan kali
pertamanya dengan kawan-kawan alongnya.
“Wuu, tak sangka Ajam dah ada bini!” Afiq
menyiku lengan Lekiu.
“Sejak bila pula aku kahwin tak
jemput kau, haa?” Ajam menarik Raden yang daripada tadi berada di belakang.
“Tu...” Lekiu menunjuk ke arah
Raden.
Huh? Raden tersentak. Hotak hang!
Aku adik dia lah. Ish, tulah along! Pergi belanja sendiri kan bagus?! Ini
tidak! Asyik nak harapkan aku.
“Ni Raden lah.” Ajam sengih.
“Hok aloh, aku ingat bini hang!”
Afiq menepuk dahi. Raden hanya tersenyum meleret.
Along...
Along... Gonna miss you so bad, along ku sayang.
Ajam
perasan bahawa Raden daripada tadi hanya memerhatikannya macam nak makan. Tapi
dia buat cool je. Dahlah senyum sorang-sorang. Ish, adik aku ni. Angau lahtu
dengan Laksamana Hang Lekiu dia sampai aku pun disangka dia juga. Ish, ish,
Ajam kau ni main buat spekulasi sendiri je. “Raden?”
Raden
tersentak. Alamak, kantoi sudah! Buat donno je. Fokus pada Mari yang kawaii tu,
Rad! “Hmm?”
“Apsal
tengok along macam nak makan along je?”
“Peghasan!”
“Yolahtu.”
*
Muahahahahahahaha,
along nangis time Mari dengan Aya-chan terpaksa berpisah! Raden masih menatap
skrin iPhonenya. Gambar alongnya menitiskan air mata dan memegang sekotak tisu
sebagai persediaan diamati. Hehehehehehehehehe, habislah kau long kena gelak
sakan dengan geng esok dekat studio!
Aphal
adik aku senyum sorang-sorang lagi tu? Ada apa dekat iPhone dia tu? Ni yang
curious ni! “Raden!”
Tersentak
Raden dibuatnya. “Along!” Hish, along ni!
“Haa,
buat apa tu?” Ajam cuba menjenguk.
“Takdo
buat ghapo nyo.”
“Apa
ah! Dengan along sendiri pun nak main rahsia-rahsia!” Alongnya buat muncung
tikus mondok.
“Esok,
along tahu lah! Dah lah, along nak ajak Raden pergi mana ni?”
“Jumpa
ayah!” Ajam berkata dengan penuh semangat sambil tersenyum kepada adiknya.
“What?!”
Raden memandang alongnya. Ajam hanya mengangguk. “Kata nak beli barang-barang
along.”
“Along
tipu je.” Ajam menghidupkan enjin kereta. “Along dah beli semalam dengan Afiq.”
Raden hanya memandang alongnya yang buat senyum tak bersalah.
Bertuah
punya along!!!!
*
Encik Zamri sedang bersantai membaca
surat khabar di halaman rumahnya. Haish, budak-budak ni kata nak datang! Dah
pukul berapa ni, tak sampai-sampai lagi. Dihirupnya teh buatan maknya. Uuuu,
segar! Selamanya memang teh buatan mak yang paling best!
“Zam,
katanya cucu-cucu aku tu nak datang?” Encik Bahar duduk di sebelah Encik Zamri.
Lelaki yang berumur dalam lingkungan 60-an itu turut membawa secawan kopi
buatan isterinya.
“Entahlah,
abah. Belum tiba lagi ni.” Telefon bergegar. Ada mesej masuk.
“Ayah, kitaorang dah nak sampai ni. Opah masak sedap kan? Wuuuu, dah lama
kitaorang tak makan masakan opah. Uuuuu, terliur lah pula. Lapar ni. Hehe. :P”
“Siapa
tu?”
“Siapa
lagi kalau bukan....”
“Cucu-cucu
kesayangan aku?” Encik Bahar dah menyambung dulu ayat Encik Zamri.
“A
tambah untuk ayah!” Mereka tertawa.
*
Raden bingung. Sebenarnya along ni nak
pergi mana? Ish, ni macam jalan nak ke..... “Along! Along text siapa tu? Kak
Zahra ya?”
“Eh,
takde kerja along nak text dia! Adalah.” Haa, Raden boleh main rahsia-rahsia
dengan along kan? Ingat along tak boleh ke?
“Along,
ni macam jalan nak balik kampung je?” Ajam angguk.
“Rumah
opah?” Angguk lagi.
“Rumah
opah dengan tok?!” Angguk lagi.
“Kata
nak jumpa ayah!”
“Ayah
dekat sana lah.”
“Biar
betul?!” Angguk lagi.
“Yay!
Makan masakan opah! Pak Ngah dengan Pak Lang ada ke?” Ajam geleng. Aish, banyak
tanya lah adik aku ni.
“Opah!!!!!!!”
Raden memeluk opahnya. Uuuuu, I miss you so much, Opah!
“Assalamualaikum
Raden...” Puan Fatimah; opahnya menyindir. Raden tersengih. Alamak, lupa bagi
salam.
“Assalamualaikum
opah.” Raden bersalaman dengan opahnya.
“Waalaikumsalam.”
Ajam mengunci
kereta. Ceh, bagus punya Raden! Aku along, aku yang patut peluk opah dulu!
“Opah!!!!!!!!” Ajam berlari anak sambil tangannya terbuka luas untuk
memeluk opah tetapi malangnya Encik
Bahar; atoknya sudah menghalang jalannya dahulu. Jadi, Ajam dengan tidak
sengaja memeluk tok bukan opah kesayangannya. “Tok! Apa ni?! Nak peluk opah!”
“Oh, kau dah
tak sayang aku dah? Takpa, esok kau jangan ikut tok pi dusun. Raden je ikut.”
Toknya pura-pura merajuk.
“This is
unfair, tok!” Ajam menghentak kakinya.
“Funfair apa
kebendanya? Funfair dekat pekan je ada. Sini mana ada!”
Giliran Raden
pula memeluk toknya. Aloh, tok ni! Funfair pulok dah! Ajam menepuk dahi. Mereka
tertawa.
“Ayah.” Raden
bersalaman dengan ayahnya.
“Tahniah,
anakku!” Ayahnya mengelus lembut bahu Raden.
“Terima
kasih, ayah!” Raden mengalirkan air mata. Buat pertama kali melihat ayah
tersenyum kepadanya.
“Drama
nostalgia pula! Opah, jom berpeluk-pelukan buat drama nostalgia juga!” Mereka
tertawa lagi.
“Dengan tok
tak nak?”
Ajam geleng.
“Esok, memang
tak boleh ikut pi dusun dan makan rambutan dusun tok!”
“Alah, tok!
Favourite Ajam pula tu!”
“Tok, Raden
boleh kan?” Raden senyum manis terhadap toknya.
“Raden boleh.
Ajam...tak leh!”
“Tok!!!”
Raden jelir
lidah terhadap alongnya. Padan muka! Mereka tertawa lagi.
bersambung....
ps: u_u