Friday, 28 December 2012

Change Part II


“Untunglah, orang tu straight A’s!” Nafis datang menghampiri Raden.
            “Ha’ah. Sama lah dengan ‘boyfriend’ dia!” Farhan bersuara pula.
            “Ha’ah lah baru aku perasan! Haha.” Aina menumbuk lengan Raden.
            “Kauorang ni.” Raden mengeluh. “Alah, kauorang, pun straight A’s juga, kan?”
            “Betul tu betul!” Hilal dan Wong bersuara.
            “Ahah, taiko sekolah dengan penolong dia dah datang dah!” Nafis memerli mereka.
            “Amboi, perli kitaorang ke?” Hilal; ketua pemimpin pelajar sekolah ketawa kecil begitu juga Wong; penolong ketua pemimpin pelajar 1.
            “Wah, exco-exco semua meraikan kejayaan bersama-sama! Tak ajak kami pula tu!” Mereka ketawa.
            “Alah, saja tak nak ajak kauorang! Celebrate sendiri-sendiri sudah!” Farhan buat rolling eyes. Mereka ketawa lagi.
            “Eh, Encik Shan ucap tahniah pada batch pemimpin pelajar tingkatan 5 tahun ni sebab kebanyakannya mendapat straight A’s.”
            “Oh, sayang Encik Shan!” Fadzlin dan Ainatul tergelak kecil. Raden hanya menggelengkan kepala melihat gelagat rakan-rakan seperjuangannya. Dia pasti akan merindui mereka. Zaman persekolahan sudah pun tamat. Terasa sekejap sahaja dia sudah mencecah umur 18 tahun. Dia juga pasti akan merindui sekolahnya. Akhirnya, dia juga akan belajar di universiti atau kolej seperti alongnya.
            “Errr…Raden?” Raden menoleh ke belakang.
            “Oh, Aliff! Apahal?”
            “Takde. Saja nak ucap tahniah dekat kau.” Aliff tersenyum meleret. Raden pula tergelak kecil. Ait, gelak pula budak ni! Getus hati kecil Aliff.
            “Terima kasih bunga kantan, Aliff Alexander.” Raden masih menghabiskan sisa gelaknya. Aliff turut tergelak. Rakan-rakan mereka yang berada di situ hanya melihat mereka bergelak ketawa tak tahu mengapa.
            “Aliff…” Raihana menyapanya dari belakang. Tawa mereka terhenti. Raden meminta diri.
            “Oh, Raihana.”
            “Tahniah.” Raihana tersenyum manis.
            “Terima kasih. Keputusan Raihana berapa?”
            “Alhamdulillah, 7A. Takdelah sehebat you.”
            “Alhamdulillah, okay lahtu.” Aliff hanya tersenyum. Nampaknya berlaku sedikit perubahan pada Raihana. Sekarang dia bertudung dan cara bercakapnya juga tidaklah selembut dahulu yang boleh mencairkan hati lelaki. Dia terlihat sederhana tidak seperti dahulu. “Datang seorang?” Dia menggeleng.
            “Mama dengan papa I ada dekat kereta. Lepas ambil keputusan, I datang sini nak jumpa Amir. Alang-alang dah dekat sini, jumpa lah you sekali.”
            “Oh…”
            “Okaylah. I nak gerak dulu. Assalamualaikum.”
            “Waalaikummussalam.”
            “Sebelum itu, nah!” Sekalung rantai berloketkan cincin perak yang berukir ukiran-ukiran cantik diserahkan ke Aliff. “You ambil balik hadiah you ni. I tak nak simpan.” Raihana tersenyum lalu dia berlari anak meninggalkan Aliff. Aliff juga begitu. Raihana sempat menoleh ke belakang. “Selamat tinggal, Aliff.”
*
            Rantai berloketkan cincin perak dengan ukiran cantik itu diamatinya. Dia masih ingat lagi. Dia memberikan rantai itu kepada Raihana pada hari jadinya. Waktu itu mereka baru berumur 12 tahun. Pada masa itu, mereka masih belum kenal. Papa dan mama Rai adalah rakan bisnes ayahandanya. Bondanya yang memilih hadiah tersebut. Ketika di hari jadi Raihana yang ke-12, mereka tidak bersua muka kerana dia sibuk ingin pulang awal kerana ingin bermain permainan video bersama abangnya, Amirul. Mereka bersua muka ketika di parti hari jadi Raihana yang ke-15. Ketika itu memang dia akui, dia agak popular di sekolahnya kerana dia banyak menyertai sukan dan rupa parasnya yang menarik. Jadi, itulah sebabnya Raihana boleh jatuh hati terhadapnya. Raihana memberi impak yang besar kepadanya sepanjang percintaan mereka. Pub dan club yang dahulunya memang haram untuk dimasuki, dah macam keluar masuk rumah sendiri sejak bercouple dengan Raihana. Tapi masih okay lagi sebab tak ambil benda-benda haram. Pergi sana sebab teman Raihana jumpa kawan-kawan dia dan releasekan tension. Alhamdulillah, kini dia cuba menghindari semua tu. Ingat lagi pesan abangnya, Ami, nak release tension baca al-Quran atau tafsir. Ambil wudhuk. Toksah pergi pub atau club. Buat sesak otak ada lah. Bukannya releasekan tension pun, tengok orang buat maksiat, berjoget macam orang tak waras, dan bersesak-sesakan dengan orang pelbagai jantina. Bila difikir balik, ada betulnya juga cakap abangnya itu. Maaflah bang, adindamu ini dahulunya orang zaman Jahiliah, mana tahu tu semua. Tengok orang keluar masuk pub atau club macam best. Muzik dia pun dulu layan je. Dia tersenyum sendiri.
            Lamentos De Vampiro-Sleeping Sorrows menggantikan Stolen-Butterfingers. Mata masih fokus pada komik One Piece isu 64. Rutin membaca komik-tolong along dekat studio-surf internet-duduk menghadap dinding macam nak tembus diamalkan setiap hari. Novel cintan-cintun yang dibeli along untuknya langsung tidak disentuh. Paketnya juga tidak dibuka. Along ni pun satu, dah tahu aku ni jenis yang tak baca novel cintan-cintun ni pun dibelinya juga. Kalau beli Percy Jackson ke, Harry Potter ke, novel-novel seram english ke takpe juga. Orang minta lain, lain yang dapat. Dia mengomel seorang diri. Sumpah Pendekar-Sekumpulan Orang Gila mula berlagu. Bunyi seruling pada permulaan lagu mendamaikan jiwa sedikit. Lagu ni kalau jadi lagu patriotik pun best juga. Masa bulan kemerdekaan keluar lagu ni kan bagus. Orang macam aku ni mesti layan habislah. Heish, mimpi je tu Rad. Dia masih menghabiskan bacaannya. Kalau jadi Monkey D. Luffy ni pun bagus. Budak getah. Kalau nak capai apa-apa dekat tempat tinggi, senang. Tolong along dekat studio nanti pun senang. Memang rasanya macam didera dek Ajam, Afiq dan Lekiu di studio tu. Kalau mereka ada, macam-macam diaorang suruh buat. Buat teh lah, kopi lah, belikan roti canai dekat kedai bawah lah. Nasib baik diaorang bukan abang-abang kandung terhormat aku selain along. Along lagi mengada, gedik dan seangkatan dengannya. Minta urut bahu lah itulah, inilah. Macam babysitter campur bibik dah. Dah lah, tiap-tiap hari kena kemas studio tu. Hurrrrrrr, sabar jolah Raden. “Raden!!” Ajam menerjah biliknya.
            “Tak reti bagi salam ke cik along oi?” Main terjah je bilik aku. Mandat dah besar sangat lahtu.
            “Assalamualaikum cik adik manis.” Ajam dengan sengih manisnya.
            “Waalaikummussalam. Hmm, ada apa along yang comel?”
            “Eh, baru sedar along comel lahtu kan?” Ajam ketawa mengekeh. “Takdo apo, along tongah gombiro sekarang ni.” Hancus habis loghat Nogori kau, Ajam.
            “Gembira? Apsal? Akak Zahra meminang along ke?” Raden buat muka selamba badaknya. Eh, ke situ pula budak ni.
            “Takde ah. Along gumbira tak terkata sebab surat ni.” Raden mengambil surat tersebut.
            “Tawaran ke Lim Kok Wing London untuk jurusan fotografi?” Ajam mengangguk. “Wah, bestnya!” Raden tersenyum. “Bila along apply?”
            “Dulu, lecturer along yang sarankan.” Senyum Ajam masih belum lekang. Hatinya berbunga ceria apabila mendapat surat tersebut. Cita-citanya kini tercapai. Bukan senang untuk minta scholarship ni.
            “Dah tanya ayah?” Alongnya mengangguk lagi.
            “Ayah okay je. Dia kata janji along buat betul-betul.” Raden tersenyum lagi. Memang jauh beza kasih sayang dan perhatian ayah terhadap along dan dia. Along sangat dimanjakan sejak kecil lagi. Sebab tu sampai la ni perangai dia macam budak-budak lagi walaupun umur dah lanjut. Kalau ada apa-apa mesti merengek dekat dia juga. Dia pula kalau dulu salah sikit, merengek sikit dah kena tempik, libas dan macam-macam lagi. Kata ayahnya, janganlah cembeng sangat. Tak kuat nanti. Oh, nostalgia datang kembali.
            “I am happy for you, my sweet along.” Dia memeluk alongnya.
            “Awwwhh, thanks Raden.” Raden tidak tahu hendak mentafsir apa perasaannya sekarang. Gembira? Memang lah tapi rasa sedih ada juga. Dia dan alongnya akan berjauhan tak lama lagi. Raden menangis. “Kenapa nangis ni? Alah, janganlah sedih. Tak lama pun along duduk sana. Insya-Allah, kalau ada tawarn kerja terus dekat sana barulah along lama dekat sana. Ee, ni mesti takut duduk sorang kan? Ataupun takut kehilangan tempat bermanja?” Ajam ketawa mengekeh.
            “Bukan Raden yang takut tapi along tu haa. Siapa yang nak dengar along bising nanti, siapa nak masakkan untuk along nanti, siapa nak dengar rengekan along tiap malam kalau rindu Raden nanti, siapa nak gosokkan baju along nanti dan siapa nak kemas bilik along nanti?” Raden teresak-esak. Alongnya pula mencebik. Ish, budak ni! “Siapa pula yang nak teman Raden malam-malam study dan buatkan Raden kopi atau hot chocolate masa tengah study atau layan movie?” Raden bersuara rendah namun masih boleh didengar Ajam. Juraian air mata mengalir masih tak henti.  “Along mungkin akan lupakan Raden kalau dah dapat awek dekat sana.” Ajam mengusap kepala adiknya.
            “Along takkan lupakan Raden lah. Along pun sedih nak tinggalkan Raden dekat sini. Kalau ada orang usha, ayat atau buli adik along sorang ni nanti, bahaya tau. Dah lah pelindung dia dekat London.” Memang. Ajam sememangnya berat hati meninggalkan adiknya.
            “Mudah-mudahanlah MARA ambil Raden. Kalau dapat sambung medic dekat UK boleh jumpa along.”
            “Amin.” Mereka tertawa.
*
            “Lekiu, tolong carikan aku maid, boleh?”
            “Pahal pula?”
            “Jaga adik aku lah. Dia nanti sorang je dekat rumah.”
            “Weh, Lekiu kan ada.” Afiq menyiku lengan Lekiu.
            “Oh, menyampuk kau kan? Jangan menyampuk lah, pak cik!” Afiq mencebik. Lekiu dan Ajam tertawa melihat gelagat rakan mereka itu. Raden memberi salam lalu membuka pintu studio.
            “Wah, tuan puteri lambat sampai harini?” Ajam menyakat adiknya.
            “Dah ada pelindung tu telefon tak angkat, lupa nak jemput princess dia dekat rumah sampai princess dia kena datang sini naik bas.” Hambik kau! Ah, tak kiralah mandat kau besar ke tak besar ke along! Ajam menggaru belakang kepala yang tak gatal. Adush! Macam mana boleh lupa nak jemput Raden ni? Yang dua lagi di sebelahnya hanya menjeling. Uish, jeling-jeling pula! Aku debik kang! Ajam memberi isyarat mata.
            “Sorrylah, princess-ku!”
            “Apa sorry-sorry?! Hari ini, Raden nak duduk je. Along and the gang pula yang kena layan Raden macam anak raja. Buat semua kerja Raden yang kauorang suruh Raden selalu buat. Kauorang tak boleh duduk sampai tutup studio. Rehat hanya setengah jam. Ada faham?” Raden senyum jahat. Ha ha! Aku buli kauorang balik! Amacam? 1-1. Baru fair.
            “Eh! Kitaorang pun kena sekali?” Afiq bersuara. Bertuah punya Ajam, sebab kau, aku dengan Lekiu kena sekali.
            “Eh, menjawab pula? Nak Raden tambah kerja lagi ke?” Afiq, Lekiu dan Ajam terpaksa akur dengan kehendak Raden. Raden mengambil tempat duduk alongnya. Yay! Harini bersantai! “As for along.....” Alamak, princess yang baik hati ni bila bertukar jadi evil witch memang menggerunkan. Tengok tu, tak habis-habis dengan senyum evil dia. “Along ada kerja tambahan!” Aduh duh duh... Dah agak.
            “Cik puan nak apa?”
            “Seperti biasa, along kan selalu suruh Raden urut bahu along kan? Jadi...”
            “Along kena urut bahu cik puan muda kehormat.” Ajam menghabiskan ayat Raden.
            “Pandai pun!”  Kejam tak kejam. Haa, macam ni lah rasanya kauorang buat aku dulu. Afiq dan Lekiu yang sibuk mengemas kotak-kotak yang berisi pelbagai barang ketawa melihat Ajam. Ajam memberi jelingan maut kepada mereka. Oh, gelakkan aku! Raden hanya melihat gelagat mereka. “Abang Afiq pula kena buatkan Raden hot chocolate. 5 minit je. Lepas 5 minit, kena denda. Abang Lekiu pula tolong belikan Raden roti telur tak nak bawang dekat kedai bawah. Okay?” Adus! Inilah padahnya gelakkan orang. Lekiu menepuk dahi. Afiq mengeluh malas.
            “Baik cik puan!” Mereka membuat mock salute. Raden hanya tersenyum riang. Padan muka kauorang! Rasakan! Raden hanya tergelak kecil.
*
            Masa setengah jam yang diberikan untuk berehat sangat berharga. Mereka duduk berlunjur di bawah. Raden pula sedang membaca komik Doraemon. Sekali-sekala, Raden melirik melihat mereka yang kelelahan. Dia bangun lalu menuju ke dapur bersama begnya. Ketiga-tiga pemuda tadi masih duduk buat tak kisah dah dengan sekeliling kerana terlampau penat dibuli ‘cik puan’ baru mereka. Raden mengeluarkan tupperware yang berada di dalam begnya. Spaghetti meatballs yang sudah sejuk dipanaskan ke dalam oven. Dia membancuh sejag kopi susu lalu mengambil tiga buah mug. Dia mengambil mangkuk dan tiga buah pinggan. Dia membawa jag dan mug lalu membawa pinggan-pinggan pula. Ketiga-tiga pemuda itu hanya pelik melihat Raden. Spaghetti meatballs yang telah dipanaskan itu dimasukkan ke dalam mangkuk lalu dia membawa mangkuk ke depan.
            “Wah, Raden bawa spaghetti dari rumah?!” Ajam menghidu bau semerbak spaghetti buatan adiknya.
            “Tak lah, beli.” Sudah gaharu, cendana pula; sudah tahu, bertanya pula.
            “Yalahtu, beli.” Afiq menyampuk.
            “Buat lah! Takde masa nak pergi beli!” Haish, aku debik sorang demi sorang nanti. Raden menyuakan pinggan-pinggan yang berisi spaghetti kepada mereka. Seorang demi seorang. Lalu, dia menuangkan kopi susu ke dalam mug masing-masing. “Makanlah. Kauorang penat kan?” Lalu dia mengambil komik Doraemon dan menyambung bacaannya sambil menyertai mereka bersila di bawah.
            “Terima kasih princess!”  Ajam senyum meleret.
            “Sama-sama, raksasa hijau!” Afiq dan Lekiu hanya tertawa.
            “Eh, Raden! Apa kelas baca komik Doraemon!” Ajam mengejek adiknya yang sedang membaca komik Doraemon yang dianggap komik untuk kanak-kanak berumur 6 tahun-12 tahun padahal adiknya sudah berumur 18 tahun.
            “Sibuk lah! Suka hati lah!” Raden mencebik. Pintu pejabat dibuka.
            “Assalamualaikum.” Seorang pemuda menyapa mereka. Ajam dan yang lain hanya melihatnya.
            “Waalaikummussalam. Maaf encik, kami dah hampir tutup.” Raden memberi penjelasan. Ajam mengamati pemuda. Seperti pernah aku jumpa pemuda itu. Hmmmmmm, muka dia familiar lah.
            “Oh, maaf. Saya betul-betul urgent ni. Esok syarikat kami ada event yang besar jadi kami harus mencari seorang jurufoto. Malangnya, jurufoto kami berada di overseas kerana ada hal. Saya mohon sangat-sangat bantuan kamu semua. Studio yang lain tak nak ambil. Studio awak yang paling last. Tolonglah.” Pemuda itu merayu. Seperti kenal sahaja lelaki tu.
“Kami ambil!” Ajam bersuara dengan penuh semangat. Afiq, Lekiu dan Raden hanya ternganga. Bersemangat betul Ajam kali ni. Selalunya dialah yang paling liat nak keluar ambil gambar untuk majlis-majlis yang pernah dihadiri. Selalunya Afiq, Lekiu dan Raden yang bersemangat.
            “Terima kasih. Saya Iqbal daripada K.U Sdn. Bhd. Tapi sejak kecil, nickname saya Iqy. So, panggil Iqy.” Dia berjabat tangan dengan Ajam.
            “Iqy?” Seperti pernahku dengar nama tu. “Saya Raden Kamarul Azam, panggil Ajam je. Selamat datang ke Ganbatte Studio.”
            “Wait! Raden Kamarul Azam? Ajam? The HOHO? Raksasa Hijau?” Iqy membulatkan mata. Wait, jangan-jangan....
            “Iqy cermin mata bulat?!” Iqy mengangguk. “Apa khabar, kawan lama?!” Ajam menumbuk lembut lengan Iqy. Iqy tersenyum girang.
*
            Mata masih tak lepas pada tv. Aya-chan dan anjing comelnya, Mari. Pada mulanya, ootoosan tak setuju Aya-chan ingin membela Mari. Datuknya sangat kasihan melihat Aya. Mari!!! Comel!! Raden menonton tv sambil bertemankan Doraemonnya. Wah, tongkat magic yang dihadiahkan oleh Aya, Mari dan Ryota! Pandai Mari! Kejadian gempa bumi tiba-tiba melanda di kawasan kampung Aya. Hoho! Kesian atuk Aya. Wah, ootoosan dengan mak cik tu ada apa-apa hubungan ke?
            “Hoi! Senyum sorang-sorang!” Ajam menarik rambut adiknya yang diikat ekor kuda.
            “Ish! Cerita The Tale of Mari and The Three Puppies ni best lah! Tengok! Kesian Aya dengan atuk dia.”
            “Kalau Raden nangis tengok cerita ni, along tangkap gambar tunjuk dekat Lekiu!” Ajam senyum jahat. Along ni.
            “Kalau along nangis pula?” Raden mengangkat kening.
            “Takde apa-apa.” Ajam jongket bahu. Uish, tak adillah macamtu. Raden merengus.
            “Eh, tak boleh! Kalau along nangis, adalah Raden nak buat.” Dia senyum jahat kuasa dua. Hambik kau!
            “Okay! Okay! Haa, tengok tu Mari! Kawaii!” Ajam mengambil Doraemon yang duduk di sebelah Raden lalu diletak di bawah.
            “Along! Apa letak Doraemon Raden dekat bawah ni?!” Raden memukul alongnya dengan kusyen.
            “Eh, Raden sayang along lebih atau Doraemon lebih?!” Ajam sibuk mengunyah Hershey’s kisses.
              “Doraemon!” Raden mencebik. Kasihan Doraemon kesayangannya itu terpaksa duduk di bawah. Sesedap oren je along ambik tempat Doraemon! Huh!
            “Ish! Budak ni kan! Geletek nanti!” Alongnya dah keluar senyum jahat kuasa tiganya.
            “Okay okay! Sayang along lebih.” Raden mengangkat tangan tanda surrender.
            “Bagus.” Adik-beradik itu menghabiskan masa menonton The Tale of Mari and The Three Puppies. Dia, along dan Doraemon.
            Petang nanti, along ajak keluar. Maklumlah, semalam dapat banyak duit daripada klien. Lagipula, nak cari barang-barang along. Along ni memanglah. Belanja keperluan sendiri pun nak adik dia temankan. Raden masih ingat masa perkenalan kali pertamanya dengan kawan-kawan alongnya.
            “Wuu, tak sangka Ajam dah ada bini!” Afiq menyiku lengan Lekiu.
            “Sejak bila pula aku kahwin tak jemput kau, haa?” Ajam menarik Raden yang daripada tadi berada di belakang.
            “Tu...” Lekiu menunjuk ke arah Raden.
            Huh? Raden tersentak. Hotak hang! Aku adik dia lah. Ish, tulah along! Pergi belanja sendiri kan bagus?! Ini tidak! Asyik nak harapkan aku.
            “Ni Raden lah.” Ajam sengih.
            “Hok aloh, aku ingat bini hang!” Afiq menepuk dahi. Raden hanya tersenyum meleret.
            Along... Along... Gonna miss you so bad, along ku sayang.
            Ajam perasan bahawa Raden daripada tadi hanya memerhatikannya macam nak makan. Tapi dia buat cool je. Dahlah senyum sorang-sorang. Ish, adik aku ni. Angau lahtu dengan Laksamana Hang Lekiu dia sampai aku pun disangka dia juga. Ish, ish, Ajam kau ni main buat spekulasi sendiri je. “Raden?”
            Raden tersentak. Alamak, kantoi sudah! Buat donno je. Fokus pada Mari yang kawaii tu, Rad! “Hmm?”
            “Apsal tengok along macam nak makan along je?”
            “Peghasan!”
            “Yolahtu.”
*
            Muahahahahahahaha, along nangis time Mari dengan Aya-chan terpaksa berpisah! Raden masih menatap skrin iPhonenya. Gambar alongnya menitiskan air mata dan memegang sekotak tisu sebagai persediaan diamati. Hehehehehehehehehe, habislah kau long kena gelak sakan dengan geng esok dekat studio!
            Aphal adik aku senyum sorang-sorang lagi tu? Ada apa dekat iPhone dia tu? Ni yang curious ni! “Raden!”
            Tersentak Raden dibuatnya. “Along!” Hish, along ni!
            “Haa, buat apa tu?” Ajam cuba menjenguk.
            “Takdo buat ghapo nyo.”
            “Apa ah! Dengan along sendiri pun nak main rahsia-rahsia!” Alongnya buat muncung tikus mondok.
            “Esok, along tahu lah! Dah lah, along nak ajak Raden pergi mana ni?”
            “Jumpa ayah!” Ajam berkata dengan penuh semangat sambil tersenyum kepada adiknya.
            “What?!” Raden memandang alongnya. Ajam hanya mengangguk. “Kata nak beli barang-barang along.”
            “Along tipu je.” Ajam menghidupkan enjin kereta. “Along dah beli semalam dengan Afiq.” Raden hanya memandang alongnya yang buat senyum tak bersalah.
            Bertuah punya along!!!!
*
            Encik Zamri sedang bersantai membaca surat khabar di halaman rumahnya. Haish, budak-budak ni kata nak datang! Dah pukul berapa ni, tak sampai-sampai lagi. Dihirupnya teh buatan maknya. Uuuu, segar! Selamanya memang teh buatan mak yang paling best!
            “Zam, katanya cucu-cucu aku tu nak datang?” Encik Bahar duduk di sebelah Encik Zamri. Lelaki yang berumur dalam lingkungan 60-an itu turut membawa secawan kopi buatan isterinya.
            “Entahlah, abah. Belum tiba lagi ni.” Telefon bergegar. Ada mesej masuk.
“Ayah, kitaorang dah nak sampai ni. Opah masak sedap kan? Wuuuu, dah lama kitaorang tak makan masakan opah. Uuuuu, terliur lah pula. Lapar ni. Hehe. :P”
            “Siapa tu?”
            “Siapa lagi kalau bukan....”
            “Cucu-cucu kesayangan aku?” Encik Bahar dah menyambung dulu ayat Encik Zamri.
            “A tambah untuk ayah!” Mereka tertawa.
*
            Raden bingung. Sebenarnya along ni nak pergi mana? Ish, ni macam jalan nak ke..... “Along! Along text siapa tu? Kak Zahra ya?”
            “Eh, takde kerja along nak text dia! Adalah.” Haa, Raden boleh main rahsia-rahsia dengan along kan? Ingat along tak boleh ke?
            “Along, ni macam jalan nak balik kampung je?” Ajam angguk.
            “Rumah opah?” Angguk lagi.
            “Rumah opah dengan tok?!” Angguk lagi.
            “Kata nak jumpa ayah!”
            “Ayah dekat sana lah.”
            “Biar betul?!” Angguk lagi.
            “Yay! Makan masakan opah! Pak Ngah dengan Pak Lang ada ke?” Ajam geleng. Aish, banyak tanya lah adik aku ni.

            “Opah!!!!!!!” Raden memeluk opahnya. Uuuuu, I miss you so much, Opah!
            “Assalamualaikum Raden...” Puan Fatimah; opahnya menyindir. Raden tersengih. Alamak, lupa bagi salam.
            “Assalamualaikum opah.” Raden bersalaman dengan opahnya.
            “Waalaikumsalam.”
Ajam mengunci kereta. Ceh, bagus punya Raden! Aku along, aku yang patut peluk opah dulu! “Opah!!!!!!!!” Ajam berlari anak sambil tangannya terbuka luas untuk memeluk  opah tetapi malangnya Encik Bahar; atoknya sudah menghalang jalannya dahulu. Jadi, Ajam dengan tidak sengaja memeluk tok bukan opah kesayangannya. “Tok! Apa ni?! Nak peluk opah!”
“Oh, kau dah tak sayang aku dah? Takpa, esok kau jangan ikut tok pi dusun. Raden je ikut.” Toknya pura-pura merajuk.
“This is unfair, tok!” Ajam menghentak kakinya.
“Funfair apa kebendanya? Funfair dekat pekan je ada. Sini mana ada!”
Giliran Raden pula memeluk toknya. Aloh, tok ni! Funfair pulok dah! Ajam menepuk dahi. Mereka tertawa.
“Ayah.” Raden bersalaman dengan ayahnya.
“Tahniah, anakku!” Ayahnya mengelus lembut bahu Raden.
“Terima kasih, ayah!” Raden mengalirkan air mata. Buat pertama kali melihat ayah tersenyum kepadanya.
“Drama nostalgia pula! Opah, jom berpeluk-pelukan buat drama nostalgia juga!” Mereka tertawa lagi.
“Dengan tok tak nak?”
Ajam geleng.
“Esok, memang tak boleh ikut pi dusun dan makan rambutan dusun tok!”
“Alah, tok! Favourite Ajam pula tu!”
“Tok, Raden boleh kan?” Raden senyum manis terhadap toknya.
“Raden boleh. Ajam...tak leh!”
“Tok!!!”
Raden jelir lidah terhadap alongnya. Padan muka! Mereka tertawa lagi.

bersambung....

ps: u_u 

No comments:

Post a Comment