Monday, 24 December 2012

"丁寧な" Part 2


Aku menolak mama yang berkerusi roda ke ruang tamu. “Mak cik, berbual-buallah dengan mama saya dahulu.” Puan Yuki tersenyum kepada aku. Aku membalas senyumannya. Aku pergi ke dapur. Menyudahkan kerja-kerja mamaku. Kadangkala aku menjenguk melihat Rashidah dari jauh. Berambut pendek. Persis potongan rambut lelaki cuma panjang sedikit ke bahu. Bermata bulat dan bercahaya. Tidak seperti ibunya yang bermata sepet. Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan. 
"Assalamualaikum, saya Maria."
"Waalaikumsalam. Saya Yuki. Ini pula anak saya,Teineina."
"Assalamualaikum,mak cik."Teineina bersalaman dengan mamaku. 
"Terima kasih puan kerana sudah menjemput kami ke rumah puan untuk makan malam."
"Nggak apa-apa kok. Nggak usah panggil saya puan. Panggil sahaja saya Maria."
"Baiklah."
"Jadi,puan baru sahaja pindah ke sini?"
"Panggil sahaja saya Yuki. Ya,baru sahaja. Sebelum ini kami tinggal di London."
"Wah, jauh sekali ya merantau! Asalnya dari mana dong?"
"Malaysia."
"Kok namanya Yuki sih?"
"Saya berasal dari Jepun. Saya berkahwin dengan ayahnya Teineina ini yang berasal dari Malaysia." Puan Yuki mencuit hidung Rashidah. Rashidah terkejut. Hidungnya merah. Mamaku dan Puan Yuki tertawa. Aku datang membawa dulang berisi minuman.
"Wah,kayak gitu sama aja sama saya! Papanya Wong juga berasal dari Malaysia, dia merupakan Chinese-Muslim dan saya pula berasal dari Indonesia." Mamaku menolongku meletakkan minuman itu di atas meja. "Silakan,diminum teh panasnya. Nggak enak kok kalau dingin nanti." Mamaku mempelawa Rashidah dan ibunya. 
"Rashidah,minumlah. Saya yang bancuh ni!"
"Rashidah?"
"Wong,mungkin kamu sudah dikenakan oleh anak mak cik. Namanya Teineina bukan Rashidah."
"Wah, maafkan saya mak cik!" Kami tertawa kecuali Teineina yang mengaku Rashidah itu. Kami berbual panjang sebelum aku mengajak Puan Yuki dan Teineina ke meja makan untuk makan malam. Aku menolak kerusi roda mamaku. Setelah itu, kami mengambil wudhuk untuk solat berjemaah bersama-sama. Gadis yang seakan tomboy itu kelihatan sangat manis dan ayu bertelekung. Hatiku merasakan getaran yang belum pernah aku rasakan. Perasaan apakah ini? Aku bertanya pada diriku sendiri.
“Wong, are you okay?” Mamaku yang berkerusi roda sudah berada di saf belakang.
“Oh, okay!” Aku menunjukkan isyarat ‘okay’kepada mama. “Semua ready?” Tiada jawapan maksudnya okay. Niat dibaca dan “Allahuakbar...”
*
“Terima kasih, Puan Maria. Harap esok awak pula yang datang ke rumah saya. Kita makan malam bersama dan solat berjemaah lagi.”
“Sama-sama. Tidak mengapa dong. Menyusahkan kamu sahaja. Apa kata, Bu Yuki aja yang datang kemari. Lagi pula, sudah lama rasanya rasanya saya tidak berjiran dengan jiran yang sesama Islam.”
“Eh, menyusahkan awak je nanti.” Mereka ketawa. Aku dan Teineina hanya bingung melihat mereka berdua.
“Wong, awak sudah bekerja atau masih belajar?”
“Belajar lagi, mak cik.” Aku yang daripada  tadi bingung tersenyum. “Kenapa?”
“Bisa nggak Wong hantarin Teineina sekali masa nak pergi universiti setiap pagi?” Mamaku menjawab.
“Oh, saya okay je. Tapi tanyalah Teineina.” Kami memandang Teineina yang dari tadi hanya mendengar perbualan kami.
“Oh, terpulang.” Dia tersenyum dan menampakkan lesung pipitnya yang dalam. Subhanallah, betapa  indah wajahnya apabila dia tersenyum. Wong, control emotion! Aku memberi amaran kepada diriku.
“Splendid!”
“Oh, ya! Baru saya ingat mak cik, mama, waktu kuliah saya sekarang petang je.” Aku baru teringat akan penukaran waktu jadual yang dibuat oleh universiti semalam.  
“Oh, kalau macam itu, tidak mengapalah.” Puan Yuki tersenyum namun jelas kekecewaan pada wajahnya.
“Alah, Wong. Kok begitu sih? Nggak repotkan jika kamu menghantar Teineina setiap pagi?” Mama memujukku. Aku berfikir sejenak.
“Oh, tidak menyusahkan pun.” Aku tersenyum.
*
“Assalamualaikum.”
“Wong, cepetan dong!” Aku terburu-buru. Keputusan untuk tidur selepas subuh tadi sangat tidak bagus. Aku sudah terlupa bahawa aku sudah berjanji untuk menghantar Teineina ke sekolah pada pagi ini.
“Baik mama!”
“Teineina nya udah nyampai tuh.” Mama memanggilku dari bawah. “Roti bakarnya juga udah nggak hangat lagi nih!” Bebelnya lagi. Aku turun ke bawah lalu menyambar sekeping roti. Sebelum itu, aku meneguk segelas susu.
“Aunty?” Teineina memanggil dari luar.
“Sebentar ya, Neina!” Mamaku menyahutnya. “Wong, makan yang perlahan dong. Doa makannya udah dibaca belum?” Aku mengangguk. Sesudah makan, aku mengambil kunci kereta lalu membuka pintu.
“Assalamualaikum, Teineina! Morning!” Aku tersengih memohon maaf.
“Hmm, waalaikummussalam.”
“Maaf ya, Neina! Wongnya telat.” Mamaku mencubit lenganku.
“Oh, tak mengapa aunty. Tak lambat pun.”
“Oh, syukurlah.”
“Baiklah mama, Wong pergi dulu, ya?”
“Baiklah. Jaga Neina yang baik, ya?” Muka berasa panas.
“Kami pergi dulu ya, aunty?” Aku bersalaman dengan mama sejurus itu Teineina pula. “Assalamualaikum aunty.”
“Assalamualaikum mama.”
“Waalaikummussalam.” Kami jalan beriringan ke garaj.
“Weh, apsal lambat?” Aku memandang gadis di sebelahku.
“Errr.. Tidur lepas subuh.” Aku menggaru belakang kepala yang tidak gatal sambil tersenyum.
“Okay.”
*
“Teineina?”
“Hmm?”
“Nak tanya sedikit, boleh tak?” Aku memberanikan diri bertanya gadis ‘brutal’ itu.
“Tanya lah.”
“Teineina... minat A Skylit Drive?” Aku memandang wajahnya yang nampak tenang itu.
“Oh, minat! Eh, macam mana kau tahu, bro?” Dia memusingkan mukanya memandang aku.
“Oh, tu tee A Skylit Drive kan?” Aku menunjuk ke arah kemeja T nya. Dia hanya tersenyum. “Minat band apa lagi?”
“Iron Maiden, Bring Me The Horizon, Metallica, Linkin Park, Issues, Miss May I, Pierce The Veil, Sleeping With Sirens, Eyes Set To Kill, The Devil Wears Prada, Bullet For My Valentine, As Blood Runs Black dan Avenged Sevenfold. Tu paling favourite lah. Kalau yang layan sikit-sikit tu banyak lah juga.”
“Local scene or Indonesia? Layan?”
“Local? Of course lah, dude! Indonesia pula pernah dengar Sky On Eye dan Dying Last Fashion. Apsal kau tanya ni? Kau pun layan juga benda alah macam ni?”
“Bolehlah. Sikit-sikit.” Aku tersenyum kepadanya. “Teineina ni mesti kaki gigs dan konsert-konsert metal kan?”
“Jangan cakap lah! Aku dengar je ada gig dekat tempat yang dekat atau konsert band-band favourite aku memang aku wajib pergi!”
“Wow, seronoknya!” Aku memandang gadis itu. “Err, ibu Teineina tak marah ke keluar malam-malam?”
“Aku duduk dengan kakak dan abang.” Dia berhenti sejenak. “Ibu dekat Jepun, ayah pula dekat Switzerland.” Dia berhenti lagi. “Aku pergi gig pun sebab ikut kakak dan abang lah. Part paling best, tiket diaorang yang support.”
“Oh, kakak dan abang pun layan hardcore dan metal?” Dia mengangguk. Aku memusing stereng untuk membelok ke kiri.
“Teineina pernah ada tubuh band dengan kawan-kawan lain?”
“Oh, ada! Nama band kitaorang ‘I’ve Killed A Mermaid’.”
“Amboi, ganasnya nama!” Dia tergelak kecil. “Teineina seorang je wanita dalam band itu?” Dia mengangguk.
“Kitaorang ni baru je dua tahun ditubuhkan. Sebelum aku pindah London, dah pesan awal-awal dekat diaorang supaya cari bassist baru.”
“Wah, Teineina main bass?” Dia mengangguk lagi.
“Hmm, kitaorang ni bukannya terkenal pun. Kalau budak-budak kaki gig kenallah kitaorang. Kitaorang pun bukannya aktif sangat kalau ada tour-tour ni sebab kitaorang still sekolah lagi.” Dia tersenyum.
“Err... Teineina ada teman lelaki istimewa?” Aku memberanikan diri menanyakan soalan itu kepadanya.
“Huh? Tak.” Dia diam. Suasana sepi sehingga tiba di sekolahnya. “Bro, thanks!”
“Sama-sama. Alah, sekarang ni dah memang tugas saya hantar Tuan Puteri Teineina ke sekolah setiap pagi.” Aku tersenyum manakala dia pula tergelak kecil.
“Oh, by the way, janganlah formal sangat panggil aku Teineina. Panggil Neina cukup.” Dia tersenyum manis. Subhanallah, sungguh indah senyumanmu Teineina. Ish, Wong!
“Oh, Neina! Nanti habis sekolah, nak saya jemput?”
“Oh, kau ada kuliah kan? Tak apa lah. Aku boleh balik sendiri.”
“Naik apa?” Aku mengangkat kening.
“Errr... nantilah aku tengok kalau ada teksi atau bas. Kalau tak pun, jalan kaki.” Dia tersengih.
“Ah, tak apa! Saya jemput awak.” Aku tersenyum kepada gadis itu. Aku hanya memandangnya. Full cap, tee A Skylit Drive, skinny jean dan sneakers. Jika dilihat dari jauh, gadis ini persis seperti seorang remaja lelaki. Cara jalannya juga tidak seperti gadis-gadis yang seumur dengannya yang kalau berjalan harus control ayu dan manis. Astaghfirullahhalazim, Wong, Wong!
“Hmm, aku ni asyik menyusahkan kau je.”
“Eh, tak mengapa lah! Bukan susah pun. Tak pakai duit pun. Tak penat pun. Sekolah awak bukannya jauh sangat dengan uni saya. 5 minit dah sampai.”
“Hmm, thanks again, bro! Gerak dulu. Assalamualaikum.” Dia melambaikan tangannya. Aku hanya tersenyum melihatnya.
“Waalaikumsalam.” Aku hanya menghantarnya dengan ekor mata. Sejurus itu, aku memecut laju pulang ke rumah. Teineina, bukan seperti gadis-gadis biasa seumurnya yang menggilai barang-barang berwarna pink, cute, cantik, kosmetik, fesyen terkini dan tergila-gila akan model lelaki ‘hot’ yang banyak di luar sana. Aku cuma meneka. Mana tahu, mungkin dia juga seperti gadis-gadis gedik di luar sana. Ah, tidak mungkin! Perwatakan dan perangainya sahaja sudah seperti lelaki, mana mungkin dia seperti mereka. Teineina. Tiada make-up, high heels ataupun stiletto merah yang menjadi kegilaan para gadis, skirt pendek dan beg-beg tangan berjenama. Barang-barang perhiasan diri yang berat juga tidak ada seperti cincin yang banyak atau rantai yang bergantung-gantungan cuma dia hanya memakai sekalung rantai emas dan berloketkan bintang kecil. Itu sahaja. Aku tersenyum seorang diri daripada tadi. Mungkinkah ini perasaan jatuh cinta pandang pertama? Ah, Wong! Dia mungkin sudah mempunyai teman lelaki! Ah, tidak mungkin! Dia seorang yang bukan mudah untuk didekati. Penampilan dan sikap yang ganas seperti itu mampu menakutkan semua lelaki yang ingin mendekatinya. Arrgggghhh, Wong! Takkan lah kau boleh jatuh hati sampai terangaukan seorang gadis metal?! Banyak lagi gadis ayu dan lawa yang jauh lebih bagus daripadanya. Tidak! Dia lah gadis yang aku cari. Bisa memahamiku. Tidak perlu nanti aku keluar-masuk setiap kedai dan butik yang ada di shopping mall setiap kali menemaninya belanja. Dia juga boleh menemaniku menonton bola sepak di stadium mahupun di televisyen. Kalau ajak pergi gig atau konsert pun dia tak banyak bunyi. Hatiku berbunga-bunga riang sampai aku tidak menyedari bahawa aku sudah tiba di rumah lalu aku memarkirkan keretaku.

bersambung~~

ps: jangan gelak bila baca sambungan ni. 

No comments:

Post a Comment