Aku bukanlah seorang yang pandai bermain kata,
menulis ayat berbunga-bunga di Facebook,Twitter dan sebagainya,
Aku cuma seorang yang pandai meluahkan perasaan,
melalui lukisan-lukisanku yang tidak secantik lukisan Leonardo Da Vinci.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera pembuka bicara,
Maafkan daku kerana tidak pandai menulis ayat-ayat canggih yang dapat mencuri perhatian pembaca untuk membaca karanganku. *cewah* Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberiku peluang untuk hidup pada hari ini. Duit,duit,duit. Benda yang paling penting dalam hidup manusia pada zaman ini. Siapa yang tidak mahukan duit? Ada yang sanggup mengorbankan segala-galanya hanya kerana untuk mendapatkan duit. Ada yang sanggup mengabaikan keluarga kerana terlalu sibuk bekerja,mencari lebih banyak duit untuk kebahagiaan keluarga. Kononnya. Ada yang sanggup mengabaikan tanggungjawab untuk kepada Tuhan semata-mata untuk duit. Ada yang menganggap duit itu Tuhan mereka. Nauzubillahminzalik. Manusia pada hari ini juga memandang manusia lain melalui darjat,pangkat dan kekayaan mereka. Ada yang berkawan hanya kerana duit. Manusia pada hari ini juga sanggup menjual diri demi duit. Justeru,sedarlah wahai manusia,duit tidak akan dapat memberikan anda kebahagiaan yang hakiki. Duit tidak akan dapat anda bawa sehingga ke liang lahad. Sekiranya anda tersilap arah,cepat-cepatlah kembali ke arah yang benar. Peringatan ini untuk saya juga. May Allah bless.
Fatyn
No comments:
Post a Comment