"Naufal,ibu minta maaf."
Senyap. Tangannya digenggam sekuat hati.
"Naufal...."
"Tidak mengapa,ibu. Ibu tidak bersalah." Panggilan dimatikan.
Sekarang baru dia sedar kenapa ayahnya bersungguh-sungguh mahu menceraikan ibunya. Maksiat berlaku di depan matanya. Dia terkejut melihat ibunya bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. Arrgghh,seboleh-bolehnya dia tidak mahu fikir tentang kejadian tadi. Air mata sudah berhenti mengalir. Tidak sanggup lagi dia melakukan aktiviti pembaziran air mata. Alangkah bagusnya jika dia ada....
Dia meninggalkan tempat duduk. Berjalan tanpa henti. Berjalan dan berjalan. Tidak tahu hendak ke mana. Arah ke mana. Tiba-tiba,dia jatuh. Masa bagai terhenti seketika. Dia terkesima. Matanya tidak lepas daripada gadis di hadapannya.
"Maaf." Gadis itu pun berlari meninggalkannya yang masih terpegun di situ. Masa bagai bergerak begitu perlahan. Ya Tuhan,kau kirimkan aku seorang bidadari.
"Encik,encik nak saya bangunkan encik?" Pekerja stesen kereta api itu menyapa. Dia bangun lantas mengejar gadis tadi. Dia kehilangan jejak gadis itu.
Keesokan harinya,dia pergi ke tempat yang sama dan menunggu pada masa yang sama. Dia menunggu dan menunggu dan menunggu. Akhirnya,gadis misteri semalam muncul juga. Gadis itu sedang duduk sambil membaca sebuah buku. Mungkin dia sedang menunggu seseorang ataupun lrt sampai.
"Hai." Naufal memulakan langkah. Gadis tadi tersenyum.
"Waalaikumussalam." jawabnya ringkas.
"Err. So sorry sebab terlanggar awak semalam." Gadis itu hanya tersenyum lagi.
"Err. Boleh saya tanya sikit?" Gadis itu angguk.
"Nama awak siapa?"Naufal duduk di sebelah gadis itu. Gadis itu menjarakkan dirinya sedikit daripada Naufal.
"Anggerik."
"Huh?!"
"Nama saya,Anggerik."
"Oh,Anggerik. Sedap nama tu."
"Terima kasih."
"Nama saya,Naufal."
"Oh,okay."
"Awak.." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya,gadis bernama Anggerik itu meminta diri.
"Maafkan saya,saya kena beredar dahulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Gadis itu berlari meninggalkan Naufal. "Anggerik! Buku awak!" Gadis itu tidak menoleh ke belakang. Dia mengambil keputusan untuk menyimpan sahaja buku itu. Dia membelek-belek buku itu.
Anggerik binti Ahmad.
Dia jadi tertarik dengan buku itu. Dia menyelak muka surat pertama. Dia mendapati muka surat-muka surat sebelumnya itu sudah terkoyak ataupun dikoyak.
1 Mac 2001
Wahai diari,ini adalah kali pertama aku berjumpa dengan ayahku. Aku sangat gembira kerana akhirnya,aku dapat berjumpa dengannya walaupun seketika. Sejak aku lahir,aku tidak pernah berjumpa dengan ayahku kerana ibuku tidak membenarkan aku berjumpa dengan ayah kandungku sendiri.Maafkan anakmu,ibu kerana telah melanggar perintahmu. Aku cuma rindu akan ayahku sendiri. Aku masih tertanya-tanya mengapa ibuku tidak membenarkanku berjumpa dengannya.
Naufal menyelak muka surat seterusnya. Ada muka surat yang koyak lagi.
30 Jun 2002
Wahai diari,aku lari dari realiti. Realiti yang sebenarnya ayahku seorang pembunuh bersiri. Aku beruntung kerana aku telah diselamatkan oleh ibuku. Maafkan anakmu,ibu. Tetapi,aku masih tidak dapat terima kenyataan bahawa 30 minit lepas,ayah kandungku sendiri cuba membunuhku.
Dia menyelak muka surat seterusnya lagi.
1 Disember 2002
Wahai diari,aku ingin berjumpa dengan ayahku pada hari ini. Aku menunggunya di stesen kereta api berdekatan rumahnya. Haa,ayahku sudahpun tiba..
Muka surat itu penuh dengan darah. Naufal pelik. Tiba-tiba,di belakang muka surat itu terdapat cebisan akhbar tahun 2002.
Seorang gadis telah dibunuh dengan tragiknya di Stesen Kereta Api oleh
bapa kandungnya sendiri.
Naufal tergamam. Disitu juga tertulis alamat rumah. Mungkin alamat rumah Anggerik. Dia terus menuju ke alamat tersebut. Dia melihat ada seorang mak cik tua yang sedang menyapu sampah dihalaman rumah tersebut. Dia menyapa. "Assalamualaikum mak cik."
"Waalaikumsalam nak. Ada apa?"
"Mak cik kenal Anggerik binti Ahmad?" Mak cik itu terkejut.
"Anggerik itu anak mak cik! Dia hilang 10 tahun yang lalu... Kamu ada jumpa dia?!"
"Tidak mak cik. Saya cuma ingin menyerahkan ini kepada mak cik. Diari Anggerik."
"Terima kasih,nak."
"Mak cik,boleh saya tanya sedikit tentang Anggerik?"
"Boleh,nak. Anak nak tanya apa?"
"Semua tentang dia."
"Oh. Baiklah. Marilah kita masuk."
"Silalah duduk,nak."
"Terima kasih,mak cik."
"Kejap ya nak,mak cik buatkan air."
"Eh,tidak mengapa mak cik. Saya tak haus."
"Tak apa."
Naufal membuka beg sandangnya. Dia mengeluarkan tisu.
"Minumlah."
"Terima kasih mak cik. Menyusahkan mak cik sahaja."
"Tak ada menyusahkannya."
"Mak cik,mak cik tak tahu ke yang..."
"Yang apa,nak?"
"Anggerik dah...." Naufal serba salah.
"Anggerik dah apa?"
"Tak ada apalah mak cik. Mak cik bacalah dulu diari Anggerik ni."
"Hmmm" Mak cik itu membaca diari itu. Dia menangis.
"Mak cik,saya minta diri dahulu. Hari dah hampir gelap ni. Terima kasih mak cik. Assalamualaikum."
"Sama-sama,nak. Waalaikumsalam." Naufal bersalaman dengan mak cik itu.
"Terima kasih,nak." Naufal tersenyum lalu dia berlalu.
Terbatal niatnya untuk bertanya tentang Anggerik. Dia kasihan melihat keadaan mak cik itu.
Naufal mengetuk pintu rumah. "Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam. Naufal,mak rindu Naufal." Maknya ingin memeluknya tetapi dia berlalu diam membisu. Hati maknya hancur melihat kelakuan anak kesayangannya itu.
"Mak,maafkan Naufal." bisik hatinya. Dia memasuki biliknya.
Dia mencapai HTC. Dia melihat kembali foto-foto kenangan manis bersama keluarganya dulu. Dia tersenyum. Kak Nur,Abang Amat,dia,maknya,ayahnya,Kak Meme dan Adik Afif. Sekarang,semuanya berubah. Kak Nur sedang bekerja dan sibuk menjalani hidup bekeluarga dengan suami dan anaknya manakala Abang Amat sedang belajar di luar negara. Abang Amat ada juga sekali-sekala menelefon dia dan mak untuk bertanyakan khabar. Kak Meme dan Adik Afif pula duduk bersama ayahnya. Air matanya mengalir. Dia menangis sehingga tertidur. Keesokan paginya,dia menyedari di sebelahnya terdapat surat tertulis dengan darah. Dia seram sejuk. Dia membuka surat itu.

Kepada saudara Naufal,mungkin saudara Naufal mengenali saya ataupun mungkin tidak.Terima kasih kerana sudah menolong saya memberikan diari saya kepada ibu saya. Mungkin saudara Naufal tertanya-tanya mengapa terdapat muka surat yang terkoyak bukan? Itu adalah muka surat yang terdapat banyak kenangan buruk yang telah saya tulis. Saya memang sudah lama berhajat untuk memberikan diari itu kepada ibu saya. Saudara Naufal,saya selalu memerhatikan saudara dari jauh. Saya tahu apa yang saudara alami. Saudara marah akan ibu saudara bukan? Saya tahu ianya pedih melihat ibu kita sendiri seorang yang curang. Tetapi,saudara tidak berhak membuat ibu saudara sebegitu. Sejahat mana pun beliau,beliau tetap ibu kandung kita. Ibu yang telah melahirkan kita,membesarkan kita. Janganlah jadi seperti saya. Menyesal lah dahulu sebelum saudara menyesal kemudian.Sekali lagi,terima kasih saudara.
Anggerik
Dia terkedu. Dia keluar dari bilik untuk mendapatkan maknya. "Mak..."
"Ya sayang."
"Maafkan Naufal,mak."
"Tidak Naufal,maafkan mak. Mak yang bersalah."
"Tidak,Naufal yang bersalah. Naufal sudah banyak kali menderhakai mak. Maafkan Naufal,mak." Air matanya mengalir.
"Naufal,mak sudah lama maafkan Naufal."
"Mak..."Naufal memeluk maknya.
Tamat
Ps: Lama betul nak siapkan cerita ni.
Pss: Kena cari dan korek banyak idea untuk cerita ni.
Psss: Enjoy!
No comments:
Post a Comment