Sunday, 16 December 2012

Change Part I


1
“Weh, dah dah lah tu sakat budak kecik tu!” pinta Ajam yang dah kalut melihat budak yang dibuli mereka melalak meminta pertolongan. Kuai masih muka selamba buat bodoh dengan permintaan Ajam. Dia dan Iqy masih lagi membuli budak itu.
“Kau diam lah, Ajam! Aku tengah seronok buli dia ni!”
“Dah, dah lahtu!” Ajam hampir menangis.
“Arrghhh!”
“Maafkan aku, Kuai dan Iqy!” satu tumbukan padu singgah di muka mereka berdua and the rest is history.
2
Mickey Mouse sedang mengurat Minnie Mouse di dada televisyen. Darling-Eyes Set To Kill berdentum di telinga. Mata lekat di nota-nota Sejarah yang hampir siap tetapi minda dan rohnya entah ke mana. Ajam datang membawa dua mug hot chocolate. “Rad ni dah memang otak belajar je ke? Tv tu dahlah terpasang dibiarkan je.” Dia meletakkan mug itu di atas meja. Hok aloh, budak kecik sorang ni. Volume iPod tu dah tak boleh nak kuat lagi ek? Macam dekat gig mana pula aku rasa. Ajam menarik headphone itu.
“Along! Kalau ya pun nak kacau wa, jangan lah kasar sangat!” Raden dah buat muncung tikus mondok.
“Rad, Rad, along cakap dahlah kau buat tak tahu. Sampainya hatimu. Dahlah berwa-lu sama along sendiri.” Ajam memakai headphone tersebut. Pray For Plagues-Bring Me The Horizon bergema. Cepat-cepat dia mengembalikan headphone tersebut kepada Raden. “Lagu tu dah tak ada yang boleh sampai pekakkan telinga orang ke?”
“Ada je.” Raden buat muka selamba badak aje. Badak punya muka pun tak macam dia punya muka.
“Oh, kenakan along balik ek? Haih, Rad, cuba bawa-bawa dengar lagu yang soft sikit, boleh?” Mug dibawa ke bibir. Matanya masih lekat ke televisyen.
Rad buat rolling eyes. “Tak salahkan budak perempuan layan Metal dan Hardcore?” Ajam mengeluh. Tak habis-habis dengan muka selamba badak dia tu lagi.

3
Houdini-Foster The People masih kedengaran. Raden menari mengikut rentaknya. Ajam terkejut melihat adiknya. “Rad, seriously you want to wear like this?”Ajam tak berkelip melihat adiknya. Selendang berwarna hitam, kemeja, t-shirt Avenged Sevenfold, dan cargo pants.
Is it wrong to wear like this, dude?” Rad buat rolling eyes.
It is.”
Stop acting like a girl, Ajam!
And you better stop acting like a boy, Rad!
Whatever major loser.
Mind your words. I am your brother. Do not forget about that.
“Baiklah, alongku yang mithali.”
“Berhenti menyindir adikku.”Rad sengih. Ajam dah mati kutu menyuruh adiknya menggantikan pakaiannya yang dianggap agak ‘lelaki’ itu. Memang dari dahulu Rad bersikap seperti lelaki kerana dia dibesarkan tanpa ibu mereka dan ayah mereka pula selalu mengganggap Rad adalah lelaki dan penyebab kepada kematian ibu mereka.
“Kenapa?”Rad memandang abangnya aneh.
Nothing. Just change your clothes, dear.
No. I would not.
“Apa kata ayah nanti?”
He always want me to be a boy, dude and I am trying to be one.
You really look like a boy now. Excellent work.”
“Terima kasih.”Rad menghulurkan kunci kereta kepada alongnya. Mereka jalan beriringan ke garaj.
*
            “Rad, kopi?”Ajam menghulurkan mug berisi kopi susu panas yang dibikinnya sebentar tadi. Kesian dia melihat adiknya belajar tidak berhenti dari pagi hingga ke malam. Peperiksaan besarnya akan tiba tidak lama lagi dan Rad harus belajar bersungguh-sungguh untuk tidak membawa malu pada keluarga mereka. Ajam juga tidak faham kenapa ayahnya begitu keras sekali terhadap adiknya.
“Tak apa. Terima kasih.”Rad masih tidak melepaskan matanya dari nota-nota Add Maths Ajam dahulu. Ajam hanya meletakkan mug itu di atas meja. Ajam duduk disebelahnya. Merenung adiknya yang sedang sibuk belajar lalu melihat semua kertas dan buku yang bersepah di atas meja. Biology,Chemistry,Physics dan lain-lain.
“Rad, dah lahtu!”Dia menyambar tangan adiknya secara tiba-tiba.
What is wrong with you, dude? Along tak nampak Rad tengah belajar ni?”
“Rad, dari pagi sampai sekarang asyik belajar je. Tak letih ke? Dah lahtu! Tak payah paksa diri! Kalau nak buat ayah bangga pun, janganlah sampai menyeksa diri sendiri.”
And you expect that dad will happy if I only get 1A or nothing, huh?! Along tak faham ke?! Selama Rad hidup, Rad hanya nak bahagiakan ayah, nak buat ayah bangga walaupun sikit.”
“Dan mengorbankan kebahagiaan diri sendiri? Itu kejam, Rad. Itu kejam.”
“Tak kisahlah! Along takkan rasa apa yang Rad rasa. Along takkan rasa macam mana rasanya jadi anak yang paling dibenci. Disisihkan. Dipersalahkan. Diabaikan.”Juraian air mata jatuh ke pipi Rad. Ajam berasa empati melihat adiknya.
Naaaaa, don’t cry, baby. Now, give me a hug!”Ajam memeluk adiknya.
“Kenapa ayah benci Rad?”
Naaaa, he does not hate you, baby.”Ajam mengelus lembut rambut adiknya.
Yes, he does. Forever. You do not know what it feels, Ajam. You don’t know.
“So, Rad sanggup korbankan kebahagiaan sendiri?” Ajam bertanya lembut. Bahunya basah akibat air mata Rad yang mencurah macam air terjun. Penderitaan yang dialami oleh adiknya selama ini yang dianggap sangat menyakitkan.
“Sanggup.” Jawab Rad perlahan. Ajam tergamam. “Dahlah. Rad nak smbung buat revision balik.”
“Eh, tunggu jap!”
“Apa?”
“Cerita sikit pasal sekolah?”
“Buat apa?!” Rad makin bertambah pelik melihat alongnya itu.
“Saja nak dengar.” Ajam buat muka selamba toya. “Oh ya, ceritalah pasal your boyfriend’?”
“Boy... What?!” Rad yang sedang asyik menikmati kopi susu panas buatan alongnya itu hampir tersembur.
Your friend told me about him. Ha.Ha.”
“What? Siapakah gerangan teman beta yang durjana itu?”
“Nafis, tuan puteri Raden Thaahirah.”
I am sure going to kill him next week.” Muka Rad sudah merah padam. Gosip yang digembar-gembur tentang dia dan Aliff akhirnya sampai ke telinga alongnya. Gosip yang membelenggu hidupnya selama setahun lebih sejak mula menuntut di sekolah tersebut.
Oho, so it is true?” Ajam sengih mengusik ke arah adik kesayangannya itu.
NO!
“Hehehehe. Do not lie, baby.” Ajam masih mempamerkan senyuman menggoda terhadap adiknya.
It is not true. It is a gossip actually.”
“Aha! Siapakah gerangan putera raja yang telah mencuri hati kepunyaan beta ini?!” Ajam ketawa kecil. Rad mengeluh.
Aliff. I hate him. So much.”
“Wowowowow, did you mean Aliff Alexander yang nerdy jiran sebelah kita tu?”
The very. The one.” Rad mengangguk.
“Takkan?” Ajam buat muka pelik.
“Ya. Takkan Rad tipu pula.” Ajam memandangnya lama.
“Lanun putih itu yang telah mencuri hati tuan puteri kesayangan beta ini?! Ini membuatkan beta murka! Kalau gerangan itu merupakan Laksamana Hang Lekiu tidak mengapa juga!” Ajam ketawa besar.
“Along!” Rad menumbuk-numbuk lengan alongnya.
“Eh, Lekiu tu sesuai apa dengan Rad! Baik, alim, taat pada agama, hormat orang tua, macho, dan kacak. One more thing, he is charming too.” Ajam membulatkan matanya. Rad ketawa besar. “Ait, apsal ketawa pula?” Giliran Ajam menumbuk lengan Rad.
“Yalah, ini kali pertama Rad dengar lelaki puji lelaki. Kalau kawan along tu dengar, mesti kata ‘are you a gay, Ajam?’ ” Rad ketawa lagi.
“Aduh, along bercakap berdasarkan fakta! Kitaorang biasa sahaja puji kawan-kawan. Lagipun memang Lekiu tu banyak peminat.”
“Inilah padahnya bila masuk all boys school.” Rad mengekeh.
“Rad, tak semestinya! Haa, doakanlah along jadi gay!” Ajam tarik muka empat belas.
“Alah, orang gurau je lah. Along, Lekiu tu tua sangat lah. Lagipun dia tu, romeo! Tak nak lah!”
“Alah, setakat tua empat tahun je pun. Eh, mana ada! Dia baik lah. Kalau along nak adik ipar, along nak yang macam dia. Tak kira lah macho ke tak, handsome ke tak janji berakhlak dan taat kepada perintah-Nya. That is more important.”
“Along, I have no interest with boys now. Rad nak belajar dulu lah.”
“Eleh. Buktinya, Aliff Alexander tu....”
“Along!  Haa, apa khabar akak Zahra?” Rad sengih mengusik.
“Kak Zahra? Siapa tu?” Ajam jungkit bahu.
“Eleleleleh, buat-buat tak kenal pula!” Rad mencubit hidung alongnya. “Muka merah dah! Aha, muka merah! Along muka merah!” Rad senyum mengejek.
“Eh, eh. Budak kecil ni. Along bukannya ada apa-apa dengan dia. Along ada tuan puteri kesayangan along ni je!” Ajam senyum .
“Ya ke? Bukan dia ‘girlfriend’ along ke?” Rad mengekeh. Ajam mengeluh lalu dia mengambil sehelai kertas dan sebatang pen. Rad buat muka aneh. Ajam menulis sesuatu lalu menempelkan kertas itu ke dahi adiknya. Dengan sepantas kilat dia berlari ke atas dahulu. Rad membaca kertas itu.“Along!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Rad menyusulnya. Kertas yang tertulis tadi jatuh ke atas lantai.
Jantung hati Laksamana Hang Lekiu :P
            “Arrrggghhh, lari! The Incredible Hulk mengganas!” Ajam ketawa besar lalu mengunci pintu biliknya agar tidak dirempuh Rad yang sudah seperti raksasa kelaparan tak makan selama 8 hari.
*
            Aliff masuk ke dalam biliknya. Keputusan ayahanda dan bondanya untuk menghantarnya ke United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran selepas keputusan SPM keluar pada tahun hadapan benar-benar mengecewakannya. Walaupun dia bebas untuk memilih jurusan dan universiti tetapi itu tidak memuaskan hatinya juga. Teringat perbualannya dengan Raihana; kekasihnya minggu lepas.
            “Sayang, you next year jangan pindah mana-mana ya?”Raihana memandang Aliff.
            “Kenapa?” Aliff memandangnya kebingungan.
            “Yalah, kita dahlah tak sama sekolah. I jealous, okay?You asyik kena gosip dengan jiran you yang kampungan tu. Kita masuk satu kolej or uni, kay?”Raihana memegang tangan Aliff.
            “Baby, I dengan Raden takde apa-apa pun. Biasalah diaorang dengki dengan your sayang ni.” Aliff ketawa kecil.
            “Sayang, whatever! Yang penting kita masuk satu uni okay? I do not care if your parents ask you to go overseas. Janji!” Raihana mencubit pipi Aliff.
            “Errr... but... hmm, okay.”Aliff senyum.
            “I love you, sayang!” Raihana memeluk tangan Aliff.
            “I love you too, baby.” Aliff merenung kosong Raihana.
            Tidak disangka, ayah dan ibunya membuat keputusan sebegitu. Bagaimana dia hendak berdepan dengan Raihana? Adakah Raihana akan memaafkannya? Adakah mereka masih sepasang kekasih yang mesra dan saling menyayangi selepas dia memberitahu keputusan yang dibuat ayah dan ibunya sebentar tadi? Terngiang-ngiang perbualan mereka tadi.
            “Ayahanda,bonda  you cannot do this to me! I had promise to Raihana that I will never leave her and we also promised to be in the same college or university. Together.”
            “Aliff rela dengar cakap girlfriend daripada dengar cakap ayahanda dengan bonda?” balas ibunya; Puan Mariah yang merupakan anak jati Ireland.
            “Tapi ibu... Raihana. I love her.”
            “Jika anakanda cinta dan sayang terhadap Raihana, tinggalkan dia. Demi bonda dan ayahanda.”ayahandanya; Encik Arif bersuara lembut.
            “Tak boleh! Mana boleh.”
            “Sebenarnya, bonda dan ayahanda... tidak menyukai Raihana sejak dahulu lagi tetapi kami benarkan anakanda bercinta dengannya kerana ingin menjaga hati anakanda kami yang sangat kami cintai.”
            “Bonda.”
            “Ayahanda kamu benar, Aliff. Kalau kamu punya seorang, kekasih. Kami lebih suka yang macam Raden Thaahirah, jiran kita.”
            “Hah?”
            “Kenapa, Aliff?”
            “Hmm.. Never mind, I will talk to Raihana later.”
            “Good boy. Thanks my love. Love you.”
            “Love you too, bonda, ayahanda. Err, Aliff nak naik. Assalamualaikum.”
            “Waalaikummussalam.”
            Aliff mengeluh. “Huh, kenapalah macam ni jadinya?” Tangannya mencapai HTC. Dengan pantas, dia mendail nombor.
*
            Lekiu termenung sendiri. Intifada-Rabbani memecahkan lamunannya. Ek, apahal call tiba-tiba ni? “Waalaikumsalam. Oh,ya. Dia ada. Haa, kejap. Afiq!! Oh Afiq!!”
            “Pahal, bro?” Lekiu menghulurkan HTC nya kepada Afiq. Afiq memandangnya aneh. “Waalaikumsalam. Oh. Hmmmm. Entah. Pahal? Dah lah malas nak bincang. Assalamualaikum.” Afiq menghulurkan HTC itu kembali ke tuannya. “Nah. Kau layanlah kalau kau nak.” Afiq bangun daripada duduknya lalu menghala ke dapur.
            “Eh, aku pula?” Lekiu mematikan panggilan. Roger Rabbit-Sleeping With Sirens memecahkan kesunyian. Lekiu mencapai Xperia Afiq. “Afiq, sms!”
            “Bacalah.”
            “Astaghfirullahhalazim! Afiq!”
            “Apa?!”
            “Your girlfriend!”
            “Apahal pula?”
            “Baca sendiri.”
Assalamualaikum yayang, I miss you so much. Muah muah sikit. :* Lots of love, suppose-to-be-your-girlfriend, Ajam xoxo. *Wakakakaka, bro, tell Laksamana Hang Lekiu I miss him. His girlfriend-to-be, Raden, also miss him(in the future). Hahaha. Ps: Jangan cerita dekat Raden aku tulis macamni dekat hang. Mengamuk dia nanti. :P Btw, see you tomorrow. Tolong belikan aku Fruitella sebelum class nanti, boleh?
            “Lekiu!! Aku nak termuntah baca ni!” Afiq ketawa besar. Roger Rabbit-Sleeping With Sirens berlagu lagi. Afiq membuka text message tersebut.
AFIQ, TELL AJAM THAT I WILL CEKIK HIM TOMORROW AND HE WILL DIE! Ps: I will.... Miss you so much, baby busuk masam. Nyunyunyu :B *wakakaka* dah ah, night! Nak tidur! Jangan lupa solat tau, baby! Hihi.
            “LEKIU!!!!!” Afiq merengus geram. Lekiu tergelak kecil di dalam biliknya.
*
            “Along! Bangun! Solat subuh!” Raden mengetuk-ngetuk pintu bilik alongnya.
            “Hah, dah subuh? Astaghfirullahhalazim!” Ajam tergopoh-gapah masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhuk. Dia membentang sejadah, niat solat dibaca lalu... “Allahuakbar...”
*
            Hari minggu biasa buat Raden dan alongnya. No Mercy-The Padangs yang baru sahaja menggantikan Inertia-The Padangs bergema di telinga. Dia headbanging sambil menyiapkan sarapan buat mereka berdua. Aha, perfect! Half-boiled egg, toast with kaya, air putih, susu, kopi dan epal. Enough for my tummy! Getus Raden dalam hati. Raden meletakkan sarapan mereka di atas meja. Ajam hanya melirik memerhatikan adiknya yang kelihatan sangat gembira pada hari ini.
            “Rad, volume iPod tu tak boleh kuat lagi ek?” Ajam menggeleng melihat adiknya iu. Pertanyaannya tadi seperti angin lalu tidak didengari oleh Raden kerana dia sibuk berada di alam Hardcore dan Metal nya. Raden mengeluarkan susu dan membancuh kopi untuk abangnya lalu pergi ke meja makan. Rad, Rad, sahlah volume tu yang paling kuat punya. Kalau tak pakai headphone mahu tak bergegar rumah ni atau jangan-jangan boleh gegar satu dunia dengan volume kuat macam tu. Ajam mengeluh. “Rad.” Tidak diendahkan langsung oleh Raden yang sedang duduk di sebelahnya sambil menghirup susu. “Rad!” Sekali lagi. “Rad!” Dua kali. “Raden Thaahirah!” Raden memandang abangnya. Dia memberi isyarat ‘are you calling me?’. Ajam menggelengkan kepalanya lalu menarik headphone milik Raden.
            “Hey! Along! Tak nampak ke Raden tengah...” Ajam sudah memberi renungan aura membunuh padanya yang mematikan kata-katanya.
            “Kalau along panggil tu jawab! Ini tidak, headbanging, dengar lagu dengan volume tahap boleh runtuhkan KLCC, dan pakai headphone! Nasib baik along tak sumpah jadi batu macam Si Tanggang. Ni dah tahap nak masuk ‘adik durhaka-tahap-paling-atas-paling-durhaka-sekali’ tahu tak?” Ajam berkata dengan nada yang keras. Tak berkelip mata Raden memandangnya. Ajam menarik nafas. Raden ketawa besar. Ait, ketawa pula dia.
            “Along ni bila bercakap hiperbola sangatlah! Kenapa tak masukkan simile, epifora, metafora, anafora dan lain-lain sekali?” Raden masih ketawa. Ajam mengeluh sambil menggelengkan kepala. Bilalah nak matang adik aku ni. Getus hatinya. “Hah, along apahal bangun lambat harini?”
            “Along burn the midnight oil buat assignment.” Ajam meneruskan membaca surat khabar.            
            “Burning the midnight oil buat assignment ke on the phone with your ‘fruitheart’?” Raden menuangkan kopi ke cawan alongnya.
            “I beg your pardon?” Bacaan Ajam terhenti. Buat kedua kalinya. Raden menghirup susu. “Siapa? Along mana ada ‘fruitheart’. Entah-entah yang bercakap tu yang ada.” Ajam menghirup kopinya sambil menjeling ke arah adiknya. Hampir tersembur susu yang sedang diminum oleh Raden. Raden tersedak lalu merenung alongnya tajam. Ajam sengih mengejek. Gotcha, Raden! Haha.  King Of Amarillo-Issues berteriak sakan. Raden mencapai iPhonenya.
            “Waalaikumsalam. Ya, saya Raden. Siapa ini?” Raden memandang alongnya. Ajam buat muka selamba tak mahu ambil tahu tetapi yang sebenarnya sangat ingin tahu siapakah gerangan hamba Tuhan yang sedang bercakap dengan adiknya sekarang.
            “Raden, ini saya Lekiu.” Jawapan itu terus membekukan Raden. Act normal, Lekiu. Getus Lekiu di dalam hati. Act normal, Raden. Raden cuba menenangkan hatinya yang tiba-tiba bergejolak entah kenapa.
            “Oh, abang Lekiu. Err, nak apa?” Mendengar nama itu, Ajam yang pura-pura tidak ingin tahu sejak tadi jadi ingin tahu lebih lagi.
            “Along Raden ada?”
            “Oh, raksasa hijau tu? Ada. Dia tengah breakfast ni. Kenapa?” Tergelak kecil Lekiu mendengar jawapan Raden. Raksasa hijau? Habislah Ajam. Aku ada nama baru nak panggil kau. Raden pelik kenapa Lekiu seakan ketawa mendengar gelaran ‘raksasa hijau’ itu. Dia melihat alongnya. Alamak, along dah keluar aura massacre pula. Habislah. Raden tidak berkelip melihat alongnya.
            “Ait, raksasa hijau pun boleh sarapan juga? Hebat.”
            “Mestilah, raksasa pun makhluk yang kena makan dan minum juga. Kalau tak, matilah dia.” Eh, banyaklah pula buat lawak bodoh mamat ni. Haa, ambil kau. Jawapan first class.
            “Oh, ya tak ya juga kan? Hehe. Oh, bagi abang cakap dengan along Raden kejap.” Ambil kau, Lekiu. Kan dah kena balas balik. Itu pun tak boleh fikir. Haiyaa, buat malu je kau ni, Lekiu. Getus Lekiu.
            “Oh, okay. By the way, kenapa tak call je terus along? Kan lagi senang.”
            “Oh, abang dah call banyak kali dah. Dia tak jawab pun. Tu yang terus direct call Raden tu.”
            “Oh, dia tinggal phone dekat atas lahtu.” Raden menjeling ke arah alongnya yang sedang tersengih sumbing. “Habistu, kenapa tak call rumah?”
            “Abang Afiq takde nombor rumah kauorang. Ada nombor Raden je.”
            “Oh, okay. Along! Abang Lekiu.” Raden menghulurkan iPhone nya kepada Ajam.
            “Oh, sorry bro. Mungkin tertinggal dekat atas. Haha. Oh, ya. Hampir terlupa aku. Sorry. Okay, okay! Jumpa kau tempat biasa. Eight sharp?  Aip aip, chief! Okay. Waalaikumsalam.” Raden mengunyah makanannya. “Rad, your sweet big brother have to go now. Ada janji dengan abang Lekiu nak jogging and ada jamming session sikit.” Ajam mengambil kunci kereta.
            “Apa?  Tapi along dah janji nak bawa Rad pergi jalan-jalan.” Raden buat muncung tikus mondoknya. Dia mengiring alongnya ke garaj.
            “Ala, before 12 along balik okay? Along janji.” Ajam mengucup dahi adiknya. “Dahlah, jangan buat muncung macamtu. Tak comel.”
            “Okay, my sweet big bro....”
            “Macam ni lah brutal!” Mereka ber-hand punch sebelum Ajam masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin.
            “Duduk rumah. Jaga rumah. Kalau ada orang tak dikenali nak masuk rumah, jangan bagi. Buat kerja-kerja rumah. Tolong kemas bilik along sekali. Buat revision juga. SPM dah dekat. Okay? Assalamualaikum.”
            “Along tak suruh pun, Raden buat lah. Kay, waalaikummussalam. Have a safe journey. Drive elok-elok, along! Supaya boleh bawa Raden jalan-jalan!” Entah dengar atau tidak alongnya itu. “Hmmm, boys... Always the same. Janji tinggal janji.” Raden mengeluh. Dia berjalan masuk lalu mengunci pintu rumah.
4
            “Raihana, baby, listen to me! Ini bukan kehendak I. I terpaksa.” Aliff cuba menenangkan Raihana.
            “Terpaksa? You dah janji! Tapi janji tinggal janji! Apa ni?! You ingat I ni apa?!” Menitis air mata Raihana kerana Aliff lupa pada janji mereka dahulu.
            “Baby, please! I tak berniat macam tu.”
            “You memang penipu. Kita break up jelah kalau you nak pergi London!”
            “Tapi, baby, still, kita boleh teruskan hubungan ni.”
            “Baiklah. I bagi one last chance. Just pilih I atau parents you. Muktamad. Esok, I nak jawapan dia. Dah, I nak balik. Bye.”
            “Rai! Raihana!” Raihana meninggalkannya dengan membuat fikirannya makin serabut. Apakah yang harus dilakukan. Ya, Allah. Tolonglah hambamu ini. Hmmm, bila dah susah macam ni, baru aku nak ingat padaNya. Getus hati kecilnya.
*
            “Ami, tolonglah adikmu ini.....” Aliff merengek.
            “Sahlah, daripada kecil sampai la ni dah ada awek pun masih juga merengek cari abang hang yang gagah lagi perkasa ni.” Ami mengeluh. Sanggup Aliff menelefonnya yang sedang berada di Ireland sekarang. “Membazir kad IDD tu, dik.”
            “Peduli apa aku. Tolonglah aku, pujuk bonda dengan ayahanda, jangan hantar aku pi London... Please! Aku tak boleh berpisah dengan Raihana. Aku boleh mati tanpa dia.” Aliff merayu bersungguh-sungguh.
            “Aliff...”
            “Hmm?”
            “Kau yakin yang satu hari nanti, kau akan kahwin dengan dia?” Aliff tersentak. Suasana sepi. “Kau nak berkorban demi seorang wanita yang baru kau kenal dua tahun daripada berkorban demi seorang wanita yang daripada kecil sampai sekarang jaga kau, rawat kau, berlapar untuk kau dan lain-lain?” Tersentak dua kali. “Dan kau sanggup tengok wanita yang telah penat, menyabung nyawa untuk melahirkan kau menitiskan air mata?” Dirinya bagai direnjat elektrik.
            “Tak. Aku tak sanggup, Ami.”
            “Pandai pun. Cuba fikir logik, adik. Betapa cintanya kau dekat Raihana, kau ada terfikir tak yang Raihana tu betul-betul ke cintakan kau? Sekali? Dua kali? Ada pernah kau terfikir? Takde. Sebab kau dibutakan dengan cinta yang kononnya cinta until Jannah kau. Come on, dik. Aku bukan nak berlagak alim ke whatever ke. Aku nak nasihatkan kau je. Kau tak payah menangis,berkorban demi cinta yang mungkin tak akan sampai ke Jannah. Cinta itu datang dengan sendiri. Anugerah Allah untuk kau satu hari nanti. Adik, kau bertuah sebab kau dapat pilih uni yang kau nak, course yang kau nak. Kau faham kan apa kata? By the way adik, honestly, aku tak suka Raihana. Because I know her true colours. Esok, tanya dia. Dia sanggup tak tunggu kau sampai kau habis belajar dekat London nanti dan kahwin dengan kau lepastu?”
            “Hmm, aku khilaf. Thanks, abang. Okay.”
            “Be brave, Aliff. Be man! Okay. Assalamualaikum. Kirim salam aku dekat bonda dan ayahanda.”
            “Waalaikumsalam. Okay. Aip aip chief!” Panggilan dimatikan. Aliff kau boleh lakukannya! Go for it, Aliff!
*
            Pintu bilik tidurnya dibuka. Puan Mariah terkejut melihat anak bongsunya sedang menangis sambil memeluk Garfield. “Kenapa ni sayang?” Puan Mariah bangun daripada katil lalu mendukungnya. Aliff memeluk bondanya. Puan Mariah mengelus lembut kepala Aliff.
            “Bonda, Aliff takut.” Sambil teresak-esak dia mengadu kepada bondanya.
            “Takut guruh ya?” Aliff mengangguk manja. Dia mengelap mukanya yang comot sambil memeluk erat Garfield kesayangannya. Puan Mariah mengucup ubun-ubun Aliff. “Nak tidur dengan abang Ami ke dengan bonda?”
            “Bonda! Bonda, Aliff sayang bonda.” Aliff memeluk erat ibunya. Dia memandang bondanya. Terlihat juraian air mata mengalir di pipi bondanya. “Bonda, kenapa nangis?”
            “Tak ada apa. Dah, jom tidur. Sebelum tidur. Baca doa dulu,ya?”Puan Mariah mengesat air matanya.
            “Dah baca!” Aliff tidur sambil memeluk Garfield dan bondanya. Puan Mariah menidurkan Aliff sambil membelainya dengan penuh kasih sayang.
            “Assalamualaikum, bonda.” Dia membuka pintu bilik. Dia melihat bondanya sedang duduk di kerusi malas sambil membaca buku seorang diri. Ayahandanya berada di Kedah untuk menguruskan hal-hal pembinaan di sana.
            “Waalaikumsalam, Aliff.” Puan Mariah memandang anak bongsunya itu. Dia aneh melihat Aliff sedang memeluk patung kesayangannya dahulu, Garfield. “Kenapa ni sayang?”
            “Aliff takut..” Dia pergi kepada bondanya lalu duduk bersila.
            “Takut guruh?” Puan Mariah tersenyum. Aliff geleng.
            “Takut... kehilangan bonda.” Dia pintas bangun lalu memeluk bondanya. Bondanya terkejut. “Aliff sayang bonda. Maafkan Aliff, bonda.” Puan Mariah membalas pelukannya. Juraian air mata mengalir. “Bonda, kenapa menangis? Janganlah menangis. Aliff sedih.”
            “Baiklah, bonda takkan menangis.” Dia meraup wajah anak bongsunya itu. Puan Mariah menguap.
            “Bonda, mengantuk?” Puan Mariah mengangguk. “Bonda, tidurlah. Biar Aliff tidurkan bonda. Dulu bonda kan selalu tidurkan Aliff, sekarang giliran Aliff pula. Nah, bonda peluk Garfield ni.” Aliff tersengih manja. Bondanya tersenyum.
            “Baiklah, anakku sayang.” Aliff menyelimutkan bondanya.
            “Bonda, tidur nyenyak, ya? Jangan lupa baca doa tidur. Selamat malam bonda.” Aliff mengucup dahi bondanya. Bondanya tersenyum.
            “Selamat malam, sayang. Assalamualaikum.”
            “Oh, ya. Abang Ami kirim salam pada bonda dan ayahanda. Waalaikumsalam.” Lampu dimatikan. Aliff menutup pintu bilik tidur bondanya. Puan Mariah sudah nyenyak diulit mimpi.
*
            Caraphernelia-Pierce The Veil kedengaran menggantikan So Far Away-Avenged Sevenfold. Rokok yang dihisap hampir habis. Fikirannya kusut, serabut dan sebagainya. Dia telah menghabiskan sekotak rokok dalam beberapa jam. Sebenarnya, dia bukan seorang perokok yang tegar. Mungkin disebabkan banyak masalah yang menimpa dirinya, dia boleh menghabiskan sekotak rokok yang baru dibelinya. “Assalamualaikum. Afiq.” Lekiu membuka pintu dan mendapati Afiq sedang berada di balkoni rumah. A Perfect Match-Bittersweet mula kedengaran. Lekiu membuka pintu balkoni. Sekotak rokok yg telah tiada isinya, sebotol coca-cola, 2 paket pil Ecstacy, puntung-puntung rokok, ashtray dan iPod. Afiq sedang bersantai menghirup udara segar sambil menghisap rokok.. “Afiq....”
            “Oh, Lekiu! Hey, bro! Meh! Join the party!” Afiq sedang hang. Lekiu terkejut.
            “Afiq! Apa dah jadi dengan kau ni?”
            “Takdo apo lah. Meh lah, join the party!”
            “Afiq!!”
            “Opps, lupa pula kau kan alim! Mana ada ambil semua ni.” Afiq ketawa mengekeh. Dia mengambil sengenggam pil ecstacy di dalam paket itu.
            “Afiq!!” Lekiu dengan pantas menggenggam tangan Afiq yang berisi pil ecstacy sambil memeluknya erat.
            “Woi! Gay ke kau ni?!”
            “Kau kalau ada masalah cerita lah. Jangan pendam sorang.” Lekiu masih memeluk erat Afiq manakala Afiq pula meronta-ronta untuk dilepaskan.
            “Lepaskan aku lah, Lekiu!!” Dia menolak Lekiu. Habis terjatuh pil-pil ecstacy yang digenggam tadi. “Cerita? Kau takkan faham lah! Kau takde girlfriend!!”
            “Hmm, Nyumi?” Afiq menitiskan air mata. Lekiu cuba menenangkan Afiq.
“Kenapa, Lekiu? Kenapa dia buat dekat aku camni? Apa aku dah buat?” Afiq menangis teresak-esak.
“Dia buat apa dekat kau?” Lekiu bertanya lembut.
“Dia curang!”
“Ada bukti?”
“Berlaku depan mata aku! Nak bukti apa lagi?”
“Dengan siapa?”
“Dengan Hairi.”
“Oh. Diorang mesra sangat ke?”
“Mesra sangat? Tak mesra ke kalau pegang-pegang tangan sambil laga pipi?”
“Hmm. Mana kau nampak?”
“Macam CSI lah kau ni, Lekiu.”
“Jawab pertanyaan aku.” Balas Lekiu dengan tegas.
“Mall.”
“Dia nampak kau?” Afiq angguk. “Buat tak tahu?” Angguk lagi. “Hmmmm. Aku nak tanya kau satu soalan.”
“Hmm?” Afiq memberi isyarat ‘tanyalah.’
“Relevan ke kau nangis, telan pil khayal sampai satu setengah paket, smoking, buat benda tak berfaedah dan membuang masa ni hanya kerana seorang wanita yang bukan muhrim dan tak halal untuk kau?” Afiq  tersentak. “Relevan ke kau ambil ecstacy dan rokok yang dah jelas-jelas memudaratkan diri dan apabila sesuatu benda yang memudaratkan diri itu dijatuhkan hukum haram dalam Islam?” Tersentak dua kali. “Kau nak mati cepat ke, bro?” Suasana sepi. “Fikirlah sendiri. Aku memang tak boleh tolong banyak. Aku cuma nasihatkan je. Kau yang kena ubah. Bukan aku atau pun Dia.” Masih sepi. “As for Nyumi, lupakan dia. You will get someone better than her. 2 times more better than her, okay bro?” Lekiu masuk ke dalam rumah lalu dia menutup pintu balkoni. Dia menarik nafas panjang dan masuk ke dalam biliknya. Afiq masih di balkoni. Dia mengemaskan sampah-sampahnya lalu masuk ke rumah. Dia membuang sampah-sampah tersebut dan masuk ke dalam bilik. Dia mengambil bingkai gambar yang terdapat di atas meja studynya. Dia dan Nyumi begitu mesra. Waktu itu mereka sedang berkelah di pantai. Berdua. Afiq membuka bingkai tersebut lalu dia mengambil gambar yang ada di dalamnya. Afiq merobek-robek gambar tersebut lalu membuangnya.
“Good bye, Love.”
*
            “Raihana, I dah buat keputusan.”
            “Macam mana?” Raihana buat excited face.
            “Sebelum tu, I nak tanya satu soalan dekat you.”
            “Tanyalah.”
            “You sanggup tak tunggu I sampai I habis belajar dekat London nanti dan kahwin dengan I lepastu?”
            “I... You ni! Kan I dah kata I tak sanggup!”
            “Kenapa? You kata you cintakan I?”
            “Hmmm.. Okay, if you really want to know, I langsung tak cintakan you, Aliff. Kalau you pergi sana, I akan kahwin dengan Amir. Pilihan hati I. I rapat dengan you pun sebab nakkan populariti.” Raihana mula menangis. “I am sorry, Aliff.”
            “Masa kita couple, you pun couple dengan dia?” Raihana angguk. “Dan you memang langsung tak cintakan I selama setahun kita bersama?” Raihana angguk lagi. Dia menangis teresak-esak. Aliff berasa sesak di dalam dada. Dia menguatkan diri untuk tidak menangis di hadapan seorang wanita.
            “I am really sorry, Aliff.” Raihana memeluk Aliff. Aliff cepat-cepat melepaskan pelukan tersebut.
            “Rai, kita bukan muhrim.” Tersentak Raihana mendengar jawapan tersebut. Aliff.. “Rai, keputusan I. I akan pergi London dan lupakan you. Terima kasih sebab jadi seorang kekasih yang baik. I tahu walaupun you tak cintakan I, I masih cinta dan sayang akan you. Doakan semoga I cepat lupakan you. I tahu you mesti senang lupakan I sebab... dah lah. Semoga bahagia bersama Amir dan semoga bertemu kembali. Assalamualaikum.” Aliff meninggalkan Raihana menangis seorang diri. Tak semena-mena air matanya jatuh juga. Rasa ini begitu sakit. Rasa putus cinta.
            “Waalaikumsalam, Aliff. I will.” Dia melihat Aliff pergi. “Good bye, puppy love.” Raihana masih menangis teresak-esak di situ.
*
            Angin menderu lembut. Hari-hari menduduki peperiksaan SPM berlalu macam air dan tiba sudah hari yang ditunggu-tunggu, hari keputusan peperiksaan SPM dikeluarkan. Beberapa bulan selepas peperiksaan itu tamat, Raden banyak menghabiskan masanya berkerja di klinik ayahnya dan ada juga membantu alongnya menguruskan studio fotografi milik along dan dirinya sendiri. Lekiu dan Afiq juga turut membantu. Mereka mengelilingi Malaysia untuk memberi bengkel asas dan teknik fotografi. Pendapatannya buat beberapa bulan itu banyak juga. “Along!! Lambatnya!” Ajam keluar lalu mengunci pintu rumah.
            “Haa, kan manis adik along pakai macam ni.” Dia memandang Raden yang mengenakan jubah hitam berbatu berwarna turquoise dan berselendang hitam. King Of Amarillo-Issues berteriak. “Haa, ringtone tu je yang spoil.”
            “Okay apa. Manis campur brutal. Ahahaha.” Raden melihat iPhonenya. Private number? “Assalamualaikum. Hello.”
            “Waalaikumsalam. Raden. Ni aku, Aliff.”
            “Aliff mana pula ni?”
            “Aliff Alexander, 5 Alfa. Satu kelas dengan Raden Thaahirah. Kenal?”
            “Oh, monster gigi satu rupanya. Apahal?”
            “Wahai monster takde gigi, bonda aku tanya, kau nak ikut kitaorang sekali tak?”
            “Pergi mana?”
            “Pergi sekolah lah. Takkan lah pergi bulan pulak.”
            “Okay… Takpelah, along aku ada. Lagipun dia nak tengok sekali. Terima kasih.”
            “Okay. Sama-sama. Assalamualaikum.”
            “Waalaikummussalam.”
            “Haa, boyfriend dia lahtu.” Ajam sengih mengusik.
            “Raden rasa nak lempang aje muka tak kacak along tu.” Raden senyum low fat. “Sabar jelah, Raden.” Ajam ketawa mengekeh.
            “Dahlah, jom!” Ajam menarik tangan adiknya masuk ke dalam kereta.
*
            “Tahniah, jiran sebelah rumah!” Ajam bersalaman dengan Aliff  sambil tersenyum  Aliff tergelak kecil.
            “Tahniah juga jiran sebelah rumah.”
            “Jangan cakap dekat aku. Cakap dekat Rad.” Ajam menunjuk ke arah Raden yang sedang berpelukan dengan rakan-rakannya.
            “Eheh, silap pula. Alah, kau cakapkan lah dekat dia. Daripada Aliff Alexander.” Mereka ketawa.
            “Okaylah, bro!”

bersambung...

ps: cerita ni belum ada tajuk. bila dah ada, aku update. 

No comments:

Post a Comment