Wednesday, 27 March 2013


Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Saya sangat sibuk kebelakangan ni dengan macam-macam benda. Alhamdulillah,saya masih bernafas di atas muka bumi ciptaan Allah SWT yang indah ini. Maaf jika blog ini agak suram. Maaf ya?
Jadi, pada hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang saya baca iaitu tentang wanita beragama Islam dan pemakaian hijab(tudung).
Memetik tazkirah yang pernah diberikan oleh salah seorang guru di sekolah yang menyentuh tentang wanita Islam.
“Ada pelbagai soalan yang diajukan oleh wanita-wanita. Contohnya;
Allah SWT tak tengok paras seseorang tetapi tengok hati dan kalau saya tidak bertudung tapi solat dan puasa tidak tinggal
Jawapannya sangat mudah:
Macam mana hendak mengetahui bahawa anda itu baik kerana terang-terangan anda menolak perintah Allah SWT dan Allah SWT menyuruh kita masuklah Islam secara menyeluruh. Jangan disebabkan kita tidak bertudung, pahala yang kita dapat nanti akan dicampur,tolak,darab dan bahagi hasilnya jadi kosong atau negatif.”
Ps: Renung-renungkan dan selamat beramal!
Dan seterusnya saya ingin membicarakan tentang hijab.
Seperti yang kita ketahui trend memakai hijab semakin menjadi kegilaan para remaja mahupun masyarakat. Persoalannya disini “are you wear it right?”
Lakukan senarai semak:
þ  Menutupi dada
þ  Tidak memakai pakaian yang ketat, jarang atau sendat.
þ  Tidak berasa megah apabila memakainya(menunjuk-nunjuk)
Ada banyak lagi sebenarnya yang saya tidak masukkan dalam senarai semak tersebut. Hijab ini bukanlah satu beban buat kita; wanita.
“And we do not lay on any soul a burden except to the extent of its ability, and with Us (God) is a Book which speaks the truth...” Qur’an 23:62”

“What the Hijab is...
ü  An act of Obedience to The Creator
ü  An act of Honour & Dignity
ü  An act of Belief & Faith
ü  An act of Modesty
ü  An act of Purity
ü  An act of Purity
ü  An act of Bashfulness
ü  An act of Righteousness
ü  A shield

What the Hijab is NOT...

û  It is NOT something new. Muslim women follow the example of righteous women in the past such as Mary, the mother of Jesus.
û  It is NOT a symbol of oppression
û  It is NOT required in non-public places where there are only muslim females and close male relatives.
û  It is NOT a means to restrict a woman’s freedom to express her views and opinion, or to have an education and career.
û  It is NOT an act of defiance, confrontation or protest to non-Muslims.
û  It is NOT a portable prison.”

Dipetik daripada risalah
“Learn The Basics: the Hijab; reflections by Muslim women”
yang
Dikeluarkan oleh
Hidayah Centre Negeri Sembilan

Bagi saya, memakai hijab membuatkan saya rasa bebas dan terlindung. Ia juga membuatkan saya rasa yakin.
Pesanan saya:
Tidak salah hendak menjadikan pemakaian hijab sebagai fesyen dalam hidup kita tetapi kita mestilah ‘wear it right’ dan janganlah seperti hangat-hangat tahi ayam apabila berkeinginan memakai hijab, sekejap tidak pakai, sekejap pakai.  Jangan kita lihat pemakaian hijab sebagai satu trend kerana pemakaian hijab adalah perkara wajib bagi wanita Muslim. InshaAllah, bertambahlah pahala kita jika kita berpanas memakai hijab.

Saya hanya berkongsi. Maaflah jika ada kesilapan. Saya juga masih belajar untuk menjadi Muslimah sejati. Jika ada kesilapan silalah tegur. Kita sama-sama belajar. J

Fatain

No comments:

Post a Comment