Friday, 13 September 2013

New life schedule as a 'Pemimpin Pelajar Paling Comel lah sangat'

Assalamualaikum w.b.t
7 Zulkaedah dah eh?
Long time no see...

Seperti apa yang anda baca di atas(tajuk untuk post ni)
Tajuk yang paling memang truly perasan
Itulah kenyataan
I am a Pemimpin Pelajar now!
I am a one happy kid! *dancing*
Ps: Dah lama dah sebenarnya tapi baru nak post. HAHA.
Sudah banyak foto yang aku ambil.
Sudah banyak kenangan yang aku simpan dalam fail memori otak.
Seperti yang anda tahu, hidup sebagai seorang pemimpin pelajar sangatlah best. Lagi-lagi kalau dah nak jadi senior ni. Hehe. Memang best gilak. Sesuka hati sesedap oren boleh marah junior. Haha. Melawak sahaja. Takdelah sampai macamtu sekali. Pemimpin Pelajar masih ada peraturan dan jika melanggar peraturan(aku selamba je langgar)akan dipotong markah. Demerit senang cerita. Macam di SBAYPAY(SBP). Macam Ainatul. Aku pun kurang faham tak faham senang cerita kenapalah banyak sangat peraturannya tap bila fikir balik ada gunanya pun. UNTUK MENJADIKAN ANDA SEORANG PEMIMPIN YANG PATUH AKAN PERATURAN DAN BERDISIPLIN. Kepada Ameer headboy atau family BPP yang mungkin baca post ni, betul tak? Menjadi seorang Pemimpin Pelajar pun adalah salah satu wishlist aku. Tak menyesal pun jadi. Yang paling best apabila dapat kenal dengan kawan-kawan baru dan rasa keakraban satu keluarga. Kami dah macam keluarga besar yang akan terasa apabila ada pelajar yang mengata. Haha. Itu benar. Fakta. Jadual hidup aku pun berubah haa.

5:00 a.m-Bunyi loceng.
5:30 a.m-Bangun, bersiap, solat Subuh.
6:30 a.m-Habis mempersiapkan diri.
6:40 a.m-Bertolak ke sekolah.
6:50 a.m-Bergegas ke kelas lalu terus ke radio sekolah. Periksa PA system. Pada hari Isnin ke Dataran Anugerah. Arah kelas yang bertugas untuk susun kerusi di Pentas Anugerah. Hari Selasa,Rabu dan Khamis, pasang lagu di bilik radio. Sediakan lagu Negaraku lebih awal kalau tak, asyik 'No Disc' je. Ze Annoying PA system. Kawad pada hari Selasa dan Khamis.
7:20 a.m-Perhimpunan dah nak kena start. Emcee kena ada lebih awal. Payah nak mencari ke sana sini emcee-emcee comel yang hilang. Konklusinya, jika mereka masih tak ditemui, aku yang kena jadi. Harhar.
7:30 a.m-Perhimpunan harian tamat pada jam begini. Hari Isnin lain. Kita cerita pasal harian je eh awak? *Wek* Masuk kelas, belajar.... yada yada yada
10:40 a.m-Tugasan waktu rehat.
2:50 p.m-Tugasan Laluan Keselamatan habis. Solat Zuhur. Hari Jumaat balik 12:30 p.m ada short meeting
4:00 p.m-Sampai rumah. Tunggu solat Asar. Makan.
5:00 p.m-Santai time. Solat Asar.
7:30 p.m-Solat Maghrib, mengaji, ulangkaji, buat kerja rumah.
9:00 p.m-Menelaah novel, prosa, puisi, menulis, dengar lagu, surf internet, siapkan kerja-kerja Exco Protokol Perhimpunan, laporan mingguan, jadual yada yada
10:30 p.m/11:30 p.m- Solat Isyak, tidur.

Berulang dan berulang dan berulang.

Ps: Inilah Fatyn Annisa versi monster. haha
Pss: Wa sekarang #TeamAmeer ! Luls.

Fatain akak Prefect paling Kejam. Nyeh.

No comments:

Post a Comment