Tsubasa Chronicle OST
"Blaze"
Assalamualaikum w.b.t
Howdy?!
Macam ni lah gaya hidup aku sekarang.
Belajar.
Baca manga.
Belajar.
Baca manga.
Aku memang tak sangka yang aku dah terlajak terlebih obseskan anime dan manga. Ya, ya. Memang aku seorang otaku tetapi dulu kira masih boleh kawal. Sekarang keadaan berubah. Tidak mengapalah. Janji aku tak menyusahkan orang.
Okey, selain itu, aku dah terminat seorang pelakon Korea. Joong Ki. Kerana dia nampak macam watak dalam manga dan nampak macam Japanese boy walaupun dia Korean boy. Haha. Sekarang ni memang aku tengah jadi anime-freak tahap paling atas. Kazehaya-kun, Arata-kun, Takara-kun, Ryuji-kun, Syaoran-kun dan Kirito-kun. Mereka merupakan watak dalam manga yang memang aku minat. Entah kenapa. Oleh sebab itu, aku pun letaklah one of my favourite anime song pada post kali ini. Lagu ni sesuai untuk didengar time belajar. "Bila dengar, kita tak faham bahasa tu dan tak dapat nak ikut sangat lirik dia lain daripada lagu English."kata Najwa yang mula meminati lagu-lagu Korea. Ya, ramai juga kawan aku dah minat Korea. Especially EXO-K dan EXO-M(bagi peminat EXO mereka tahu semua ni. Aku tahu sebab aku pinjam baca E-Pop kawan aku punya). Aku masih tak berapa nak terima lagu Korea kerana aku terlampau into Japanese songs. Tambahan pula, minggu lepas, minggu ni dan minggu depan... EXAM MOOD! Haha. Time exam ni aku boleh lagi baca manga. Revise sikit-sikit. *sedih sebenarnya* T////T
Biology kertas 2 dan kertas 3 dalam hari yang sama. Mungkin aku boleh mati sebab otak meletus. *Okey, otak tak boleh meletus ya?!* Seperti kertas Matematik Tambahan kelmarin. Otak bagai kain basah yang diperah untuk mengeringkannya. Haha. Peribahasa baru. Aku pun boleh dikatakan geng Saiful Zahin, Haziq, Farish dan Aiman yang boleh dikatakan otaku seperti aku. Aishah Amira, Rashvini dan Celine juga. Ya, otaku-otaku di KGV. Aku sebenarnya tak suka apabila orang panggil kami pelik. Aku pun tak faham kenapa. Kami pun sama sahaja seperti yang lain. Macam Ameer cakap "Perangai otaku memang pelik." Mungkin aku kena buat kajian tentang apanya yang pelik menjadi otaku sedangkan kami biasa sahaja. Kalau tengok aku, aku ni bukannya peramah dan orang mudah anggap aku ni sombong kerana aku takde topik untuk dibualkan selain daripada anime, manga, dan pelajaran. Itu jelah.
(-____-) Membosankan kan?
Tahun depan form 5. SPM. Awal bulan Januari, orientasi form 1. Jadi, prefects senior yang ada jawatan mungkin ditugaskan untuk menjaga budak-budak kecil ni. Haha. Aku nak suruh diaorang panggil aku "senpai"(senior) hehe. Panggil Fatyn nanti, orang lain pula yang perasan. (sebab dalam prefects form 4 ada dua orang Fatyn; aku dan kawanku.) Kak Fatyn, kak Fatyn! Panggil senpai comel apa! Haha. Tak payah panggil akak. Hehe. Okey, aku nak bercerita sedikit~
Sejarah aku menjadi seorang otaku:
-Sejak kecil lagi, aku minat tengok kartun dan anime. Aku anggap drama orang dewasa yang hu-ha hu-ha tu macam tak penting sangat. Aku siap ada time untuk tengok favourites aku di tv. Okey, masa tu tak mampu nak beli dvd, tengok di tv sahajalah.
-Darjah 4, aku try lukis manga. Memang aku minat melukis sejak tadika tapi time darjah 4 tu time kegemilangan lah kut. Aku dapat beli komik Le Gardenie keluaran Gempak Starz karya Ben. Masa tu aku terpengaruh dengan sepupu aku yang ada beli komik. Itulah permulaannya. Aku mula kumpul komik. Kumpul duit, senyap-senyap utk beli komik kerana mak dan ayah aku tak berapa suka.
-Masuk sekolah menengah, aku jumpa beberapa orang yang terlampau minat anime dan manga. Minat aku semakin mendalam. Form 2 mula minat metal, hardcore. Band metal pun aku try nak layan Japanese metal band. Haha. Aku masih ingat kawan aku yang tersangatlah minat anime dan manga tapi dia memang pendiam dan tak bergaul; Khairina. Sekarang dia dah ada dekat sekolah lain.
-Form 4, ramai otaku syorkan aku baca manga itu, manga ini. Jadi, aku mula download Manga+ Reader dalam phone. Time ni jugalah aku start beli dvd segala bagai. Figura masih tak mampu lagi sebab mahal sangat. Tunggu dah kerja nanti. haha. Aku menghadap depan tv sebab kartun je. Atau drama Korea dekat slot Chamsarang, TV9. Running Man pun aku dah start cuba tengok.
Kesimpulannya, aku pun pelik dengan orang-orang yang menganggap aku pelik. Biaq pi lah.
#TeamOtaku
ps: People, just mind your own business, can you? *note to self as well*
pss: Kita jumpa lagi pada lain masa! Sayonara!
Fatain 'otaku'.
ad lg x le gardenie chap 1.. klau ad msg 013 2826108..sye nk bli
ReplyDelete