Dah lama kita tak bersua ya? Kekekekekeke
Maklumlah sibuk dengan drama bagai. Hehehehehe. Oh ya, mesti ada dengar cerita tentang kehilangan kapal terbang MAS MH370 kan? Kalau tak tahu tu maknanya noob lahtu. Satu dunia sibuk tentang kekecohan yang terjadi di Malaysia. Macam-macam spekulasi dan andaian yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak serata dunia. Yang paling tak boleh blah apabila ada sekumpulan bomoh yang muncul. Benda-benda macam ni khurafat lah(setahu apa yang aku belajar). Daripada imej orang bukan Muslim mereka akan mula berfikir benda yang bukan-bukan tentang agama Islam. Perkara-perkara konyol macam ini lah yang memburukkan lagi imej agama Islam. Pasal kehilangan MH370 itu semua kuasa Allah S.W.T.
Anda tahu apa itu Future Music Festival Asia? Ianya lebih dikenali sebagai FMFA. Haa, kenal? Pernah dengar? Deadmau5 ada macam-macam dj lah yang ada(maaf aku tak ambil tahu pasal dj-dj ni kehkeh yang aku kenal deadmau5 jolah)
6 orang penonton mati disebabkan pengambilan dadah jenis methamphetamine yang berlebihan dos(menurut sumber)
3 orang penonton yang meninggal dunia ialah berbangsa Melayu. Apa yang terlintas dalam fikiran aku adalah mereka mesti umat Islam. Saudara seagama mati dalam keadaan yang sebegitu. *hmmm* Al-fatihah buat mereka.
Josephine Dianne;
A macho girl, brave, also known as Jo, dislike girls who like to wear mini skirt and she is the leader of a metal band in her school.
Mesti kamu semua tertanya-tanya siapakah gerangan Joshephine Dianne ni?
Dia merupakan watak yang harus aku hayati dan lakonkan untuk drama. Agak seronok juga sebab aku bosan pegang watak budak perempuan gedik macam tahun lepas~ Hahahahaha. Walaupun kemunculan aku di atas stage agak banyak pada kali ini namun ayat-ayat untuk watak ni pun agak sedikit dan lebih pendek. Senang kerja aku. Kahkah.
Ok lah itu sahaja pada kali ini~
Ps: Yay ujian bulan Mac agak memberangsangkan keputusannya~
Fatain
No comments:
Post a Comment