Wednesday, 18 June 2014

tak payah nak rindu sangat lah kan


Oh ya, cepatnya masa berlalu~
Sedar tak sedar kontrak aku menjadi seorang pemimpin pelajar hampir tamat.
Mungkin akan merindui Bilik radio di bawah tangga itu pada masa akan datang.
Mungkin akan merindui keluarga Exco Protokol Perhimpunan pada masa akan datang.
Mungkin akan merindui bercakap melalui mikrofon.
Mungkin akan merindui dimarahi oleh para guru sebab buka lagu pada masa yang tidak sesuai.
Mungkin akan merindui kerenah georgians yang baik/nakal/samseng/tak dengar cakap/melawan/tak hormat

Mungkin akan merindui berlari ke sana ke mari mencari itu ini sebelum perhimpunan rasmi.

dan mungkin juga akan merindui

bercakap dengan mereka yang annoying. Lols.

Ada seseorang berkata 'if you follow all the rules, you miss the fun.' bagi aku ikut peraturan tulah yang paling seronok kerana kau SATU dalam SERIBU pelajar yang enggan ikut peraturan. 

Lols. *insert derp face emoticon*


Fatain

No comments:

Post a Comment