Sekarang aku telah menjadi suri rumah terhormat. Haha. Mesti korang fikir sejak bila aku kahwin? Jangan salah faham. Aku masih bujang. Lol. Aku tak pakai terma penganggur dan tanam anggur sebab kedengaran macam tak classy. Maka, aku gunalah perkataan suri campur perkataan rumah. Memanglah agak bosan bila duduk rumah dan menambahkan berat badan yang sememangnya sudah berat ini. Selain rajin menolong mengemas rumah(lah sangat) dapatlah aku fokus makan limau mandarin. Sebab kalau tertelan biji tak boleh keluarkan. Haha ini hanyalah iklan. Sebenarnya, aku sedang fokus belajar memandu. Maklumlah, supaya senang pada masa hadapan. Aku pun masih menunggu panggilan daripada universiti-universiti yang telah dipohon. Keputusan spm aku pun biasa-biasa je. Takdelah cemerlang kebabom bom bom meletup. Haha. Alhamdulillah, cemerlang biasa sahaja. Pengajaran buat adik-adik, belajar rajin-rajin tau! Ko-ku jangan dilupa! Hehe. Tapi kalau hasilnya tak memberangsangkan, jangan sedih atau frust menonggeng. Ini hanyalah permulaan. Kita hanya mampu berusaha dan Allah yang akan tetapkan. Tapi kalau takde usaha, memanglah hasilnya sikit(macam akak ni hehe) dan masa tu jangan pula kita merungut dan menyalahkan Tuhan. (⌒▽⌒)
Sekarang ni, aku hanya mampu tunggu , lihat dan bertawakal kepada Allah.
Buat masa sekarang aku masih on a long vacation. Angka 18 pun sudah mula merangkak mendekati diri. Sweet 17 pula sudah bersiap packing barang untuk ucap selamat tinggal. Hanya tunggu untuk berangkat pergi sahaja. Harap diri ini cukup bersedia mengucapkan welcome to my life kepada 18. Zzz.
Fatain
No comments:
Post a Comment