Assalamualaikum w.b.t
Pada hari jumaat yang lepas, aku dan sepupu ku makan angin satu hari pergi pwtc(pesta buku) dan seterusnya kami jalan jalan satu Kuala Lumpur kota raya pusing pusing sampai sesat. Hahaha.
Semasa di pesta buku, aku bukan beli buku apa pun sebab bajet cukup cukup. Jadi aku belilah komik. Masa tengah dok pusing pusing dekat area tingkat atas aku pun terserempaklah dengan Aiman Azlan(vlogger terkenal ni) tapi aku tak ambil port sangat sebab shy shy cat. Yalah nanti macam desperate sangat tegur brader Aiman Azlan tu walaupun buku dekat booth yang dia duduk tu aku tak beli pun. Yang ni aku tak menyesal sangat lah. Sebelum tu kami di tingkat bawah, pergi terjah dubook press punya booth. MashaAllah, ramai betul umat Nabi Muhammad dekat situ termasuklah aku dan squad aku. Dengan pekikan dan jerih payah brader brader dubook press dan akak akak comel yang jaga cashier dekat dubook, aku berdiri dalam tu macam tugu tengok orang ramai berpusu pusu masuk cari buku Amran Fans. Aku nampak kad Tora Datang Lagi. Aku punyalah sibuk cakap dengan sepupu aku "wei belilah buku Tora datang lagi." "Kek mano haa?" "Err" aku kelu. Takpelah ada rezeki aku beli lah nanti.
Nilah namanya orang yang penat sampai senyum nampak macam tak ikhlas lepastu kena usir oleh bapak bapak sekuriti sebab takleh duduk menembeng tepi tu. Ek eleh.
Berbalik semasa di tingkat atas. Ada satu kejadian yang membuat aku menyesal nak mati. Aku tengah dok cari squad aku sambil tu jalan-jalan lalu booth bikin wilayah sekali tu jumpa kak Fazleena(siapa baca antologi Seksi Ovari haa, akak ni penulis antologi tulah) aku tak berapa pasti lah. Tu yang shy shy cat nak tegur. Masalah betul aku ni. Tapi bisik hati ku mengatakan dialah Kak Fazleena pujaan hati. Sebab dia pegang mini album Fazleena and the lasykar. Lepastu aku sampai rumah aku check instagram akak tu, ya Allah, betul haa. Mahu tak rasa nak nangis masa tu.
Haa, nilah jadinya. Takpelah. Takde rezeki rasanya. Apa boleh buat. Jadi, lepastu aku dan squad berpusu-pusu keluar pwtc pergi mencari Jalan Tuanku Abdul Rahman(jalan kaki ya adik adik) sampai sesat ke Jalan Ipoh. Memang betullah lebih teruk daripada rusa masuk kampung.
Akhirnya jumpa juga walaupun kalau kitorang jalan straight je dari pwtc dah boleh sampai lebih awal tapi itulah. Takpelah dapat juga aku bakar kalori. Bahahaha. Di samping itu, dapat juga aku tengok keadaan sekeliling. Macam macam orang aku dapat lihat. Yang dari iq tinggi klcc sampai pakai coli warna pink di luar walaupun dirinya Adam. Akhirnya jumpa juga tempat yang sepupu aku nak pergi. Aku dan tiga orang budak kecil ditinggalkan sementara kakak sepupu aku pergi borong barang di subway.
Lepas buang, tambah lah ceritanya! Reason makan di subway; adik aku sibuk kempunan makan subway padahal last last dia tak beli pun sebab duit dia habis. Aku pula takpelah. Dah sampai sini kan. Zzzz.
Lepastu kami teruskan perjalanan ke berjaya times square. Kali ni aku yang gedik nak beli barang di sana. Naik monorel lah jawabnya. Fuh nasib baik tak penuh.
Dan semasa kami di berjaya times square,
Look what I've found! Nampak comel dan rasanya dua kali ganda comel! SubhanAllah!!! Popsicles paling sedap abad ini. Hahaha(gayat sebab baru first time makan popsicle)
Aku beli perisa grape dan rasanya serupa kau makan anggur yang kau letak dalam freezer keraskan.
Walaupun tak dibenarkan makan di stesen monorel, kami tetap berdegil sampai ditegur oleh pak polisi. Nasib baik dia baik hati. Haha. Masa perjalanan ingin ke KL sentral untuk balik ke Seremban, masyaAllah teramatlah ramai manusia. Kitorang smpai bersesak sesak dalam monorel. Dan lebih malang lagi, aku terpaksa bergesel dengan lelaki entah siapa. Oleh kerana ada beberapa makhluk tak bertimbang rasa menolak nolak aku kedalam. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ Dahlah tangan dia berpeluh peluh. Eeeee. Memang rasanya itulah pengalaman paling aku tak nak lalui lagi kecuali kalau aku dah kahwin, haa, suami aku lindung takpolah.(berangan je tahu)
Kami selamat tiba di Seremban pada pukul 10:30. Alhamdulillah.
Fatain.







No comments:
Post a Comment