Monday, 20 July 2015

Hebat

kita fikir kita paling gah
kita fikir kita paling sempurna
kita fikir kita paling hebat
kita fikir kita pada tahap paling tinggi
kita fikir kita paling tahu segalanya

Tapi kita tak tahu
Kita direndahkan
Kita dibudakkan
Dek kerana hidung setinggi pencakar langit

Tapi kita tak tahu
Kita diperlekehkan
Kita dipermainkan
Dek kerana sibuk mencaci memaki bangsa lain

Tapi kita tak tahu
Kita sendiri ingin dijajah
Kita sendiri membiarkan diri dijajah
Dek kerana sibuk bertelagah sesama sendiri

Mana slogan kita yang berbunyi "takkan hilang bangsa kita di dunia?"
Kalau asyik sibuk mengejar apa yang tak patut dikejar

Kita sendiri perlekeh orang kita
Tak hairan kalau kita diperlekeh orang lain

Jadi jangan salahkan sesiapa kalau kita pupus di dunia yang fana ini.


No comments:

Post a Comment