Tuesday, 16 August 2016


Girl Electric-The Breakaways
my new fav band and song

Yamazaki Kento dan dirinya







Mula mengenali pelakon dari Jepun ini pada awal tahun aku berjinak-jinak mahu menonton filem-filem dari negara matahari terbit. Beliau memegang watak utama sebuah filem adaptasi manga(komik Jepun) iaitu L-DK bergenre shoujo, romance dan high school. Aku mula jatuh cinta dengan lakonannya. Drama kedua di mana dia juga merupakan pelakon kedua adalah Death Note. Lakonannya dalam drama bersiri yang juga merupakan adaptasi manga popular; Death Note yang bergenre supernatural dan mystery ini sekali lagi menambat hati aku. Walaupun wataknya sebagai L jauhlah berbeza dengan watak L di dalam manga, aku masih memuji lakonannya kerana berkesan. Pelakon muda yang dilahirkan pada tahun 1994 ini amatlah berbakat. Aku bukan sahaja jatuh cinta pada fiziknya bahkan keseluruhan beliau, Daripada bakatnya yang boleh membawa pelbagai karektor hinggalah wataknya di dunia sebenar. Aku boleh katakan beliau lah 'ouji' yang keluar langsung dari manga-manga shoujo yang menyenangkan hati para wanita dan dialah 'sexy devil' yang walaupun jahat namun masih mencairkan hati wanita dengan senyuman dan pandangan sejuknya. 

apa itu matang

matang bagi aku bukanlah bila kau berhenti tengok kartun dan layan drama melayu jam 7 petang.

matang bagi aku bukanlah bila kau berhenti padankan semua baju dengan sneakers dan mula sarung tumit tinggi

matang bagi aku bukanlah bila kau berhenti sapu bedak Johnson's baby di muka dan mula tepek foundation, loose powder


matang bagi aku bukanlah bila kau rasa kau patut tamatkan zaman bujang kau dan berkahwin


matang bagi aku
bila kau tahu kau dah mula berfikir rasional
ambil segala nasihat sebagai satu pedoman hidup
berfikir semua benda ada baik dan buruk
muhasabah diri agar jadi lebih baik


bukannya berdasarkan pemakaian, percakapan dan gaya


bagi aku lah.

Monday, 15 August 2016

Orang sekarang

Orang sekarang
Menegur hebat
Ditegur muka kelat

Orang sekarang
Mudah jadi Ustaz
Subuh Mengelat

Orang sekarang
Suka jadi Tuhan
Sedangkan Dia dilawan

Orang sekarang, biasalah.