Tuesday, 16 August 2016

Yamazaki Kento dan dirinya







Mula mengenali pelakon dari Jepun ini pada awal tahun aku berjinak-jinak mahu menonton filem-filem dari negara matahari terbit. Beliau memegang watak utama sebuah filem adaptasi manga(komik Jepun) iaitu L-DK bergenre shoujo, romance dan high school. Aku mula jatuh cinta dengan lakonannya. Drama kedua di mana dia juga merupakan pelakon kedua adalah Death Note. Lakonannya dalam drama bersiri yang juga merupakan adaptasi manga popular; Death Note yang bergenre supernatural dan mystery ini sekali lagi menambat hati aku. Walaupun wataknya sebagai L jauhlah berbeza dengan watak L di dalam manga, aku masih memuji lakonannya kerana berkesan. Pelakon muda yang dilahirkan pada tahun 1994 ini amatlah berbakat. Aku bukan sahaja jatuh cinta pada fiziknya bahkan keseluruhan beliau, Daripada bakatnya yang boleh membawa pelbagai karektor hinggalah wataknya di dunia sebenar. Aku boleh katakan beliau lah 'ouji' yang keluar langsung dari manga-manga shoujo yang menyenangkan hati para wanita dan dialah 'sexy devil' yang walaupun jahat namun masih mencairkan hati wanita dengan senyuman dan pandangan sejuknya. 

No comments:

Post a Comment