Thursday, 25 May 2017

Masih

Di dalam mimpiku tadi
Segaknya kau hari ini
Walau berkemeja petak berseluar jean biru
Berkaca mata
Berjalan terus ke arah aku
Memaut bahuku
Mengucapkan kata cinta
Wajahmu jelas aku lihat
Kalau dibanding kita
Kau umpama putera
Aku bagai papa
Tiada apa

Senyum berlesung pipit
Kiri kanan
Masih antara punca
Hati ini kau punya
Mata redup bercahaya
Masih antara sebab
Aku ditarik

Masih aku bertanya
Apakah punca
Aku bisa cinta
Sejak tahun 2005
Masih aku bertanya
Aku masih berdiri menunggu
Kau yang belum kunjung ketemu
Masih aku bertanya
Apakah puncanya?
Adakah fizikmu?
Adakah hatimu?
Adakah baikmu?

Masih aku bertanya.
Masih.

Cerita lama

Aku berselimutan tangis malam ini
Mengenang dia yang telah ku lupai
Sakitnya hati dan jiwa ini kerana sembilu
Yang kau beri
Waktu dulu di saat aku lihat kau dan dia
Bercumbu

Seksanya tambah lagi
Bila kau muncul kembali
Di dalam mimpi tidurku
Waktu ibu bertanya tentangmu
Ku tulis puisi ini bukan kerana rindu
Malahan bukan untuk raih cintamu
Kembali
Tapi 
Ku tulis puisi ini kerana ku ingin kau tahu
Betapa seksa jiwa ini
Betapa hancur hati ini
Kerana kau
Kau yang hanya bermuka-muka
Menempel senyum indah semata
Merenung dengan mata berkaca
Membisikkan kata-kata bergula
Yang nyata
Rupanya itu lakonan jelek mu 
Di hadapan layar penipuan

Jelaslah,
Kau yang aku impi
Hanya muncul dalam mimpi
Yang tiada erti

Berselimutan tidurku dengan air mata
Yang masih hangat menuruni pipi
Mengenang tololnya diri
Memberi hati pada suatu tak pasti.

Hidup

Tenggelamnya aku
Ke dalam lautan konkrit
Didodoi dengan melodi indah cakerawala
Berselimutkan lembutnya tenteram
Diwarnai dengan letusan rona indah

Tapi

Tidak ku sangka dia datang
Menghentam
Baiknya jiwaku
Memijak
Sucinya hatiku

Dia robek dan robek
Dan terus merobek
Mahalnya harga diriku
Oh! Semakin lama aku hilang
Sambil memendam
Bila akan tiba akhirnya?
Bila akan habis seksanya?
Bila akan terusir rasa ini?

Mungkin dia akan berhenti
Bila aku kembali pada Ilahi.