Thursday, 25 May 2017

Cerita lama

Aku berselimutan tangis malam ini
Mengenang dia yang telah ku lupai
Sakitnya hati dan jiwa ini kerana sembilu
Yang kau beri
Waktu dulu di saat aku lihat kau dan dia
Bercumbu

Seksanya tambah lagi
Bila kau muncul kembali
Di dalam mimpi tidurku
Waktu ibu bertanya tentangmu
Ku tulis puisi ini bukan kerana rindu
Malahan bukan untuk raih cintamu
Kembali
Tapi 
Ku tulis puisi ini kerana ku ingin kau tahu
Betapa seksa jiwa ini
Betapa hancur hati ini
Kerana kau
Kau yang hanya bermuka-muka
Menempel senyum indah semata
Merenung dengan mata berkaca
Membisikkan kata-kata bergula
Yang nyata
Rupanya itu lakonan jelek mu 
Di hadapan layar penipuan

Jelaslah,
Kau yang aku impi
Hanya muncul dalam mimpi
Yang tiada erti

Berselimutan tidurku dengan air mata
Yang masih hangat menuruni pipi
Mengenang tololnya diri
Memberi hati pada suatu tak pasti.

No comments:

Post a Comment