Saturday, 25 August 2012

Hogwarts is my home.

source: Tumblr

If Hogwarts really exist in this real world...

"丁寧な"

"Wong,mari pulang!" jerit mama dari luar kedai.
"Baik,mama!" "Terima kasih,paman."
"Wong,lain kali jangan lama-lama disini. Kesian mama kamu tunggu diluar. Enggak enak bukan?"pesan pamanku yang sudah lanjut usia. Aku senyum kepadanya.
"妈妈,对不起,我迟到(Māmā, duìbùqǐ, wǒ chídào)(1)"Aku meminta maaf kepada mamaku
"Mama,maafkan kamu." Aku memeluk mama.
"我爱妈妈(Wǒ ài māmā)(2)"Aku memeluk mama erat-erat.
"我也爱你(Wǒ yě ài nǐ)(3)" "Sudahlah,mari kita pulang."
"A'aip chip!"Aku menghidupkan enjin kereta lantas berlalu dari situ menuju rumah kami.
"Teineina,ada orang datang tu! Tolong bukakan pintu! Ibu sibuk ni."
"Baik ibu!" Neina turun.
"Hola, soy Wong.Yo soy tu vecino.(4)"Aku memulakan bicara.
"Hi,I'm not fluent in Spanish speaking."
"Oh,where are you from?"
"I am originally from Malaysia but I have lived in Spain for 10 years." 
"Oho,jadi awak boleh bercakap dalam Bahasa Malaysia?"
"Mestilah boleh."
"Hai,saya Wong. Saya jiran sebelah rumah awak. Awak orang baru bukan?"
"Hai."
"Siapa nama awak?"
"Saya....Rashidah."
"Boleh saya tolong? Mungkin menolong kamu mengemas rumah?"
"Tidak mengapa. Terima kasih."Pintu dihempas.
"Teineina,siapa diluar tadi?"kata Puan Yuki sambil mengalihkan kotak-kotak ke dapur.
"Jiran sebelah."
"Kenapa tidak ajak dia masuk?"
"Dia ingin buru-buru."
"Oh.."
"Baiklah,ibu. Neina nak kemas bilik dahulu."
"Baiklah.
"Ish,aku tegur elok-elok,dia buat macamtu pula!"Aku menyumpah dalam hati.
"Wong,apa yang kamu bebelkan itu?"
"Enggak ada apa kok mama."Aku berbohong.
"Benar ni?"
"Benar kok ma."
"Wong,bisa nggak tolong mama sebentar?"
"Apa dong,ma?"
"Jemput tetangga sebelah makan malam di rumah kita."
"我不想!(Wǒ bùxiǎng!)(5)"Aku membantah.
"Wong...."
"Baiklah,baiklah."

"Teineina,tolong buka pintu! Ada tetamu datang!" "Teineina!" "Teineina binti Hamdan!"
"Ya,ibu. Maafkan Teineina. Tadi Teineina mandi. Ada apa ibu?"
"Ada orang datang tu!"
"Baik ibu!"
"Hai! Mama saya jemput awak sekeluarga makan malam di rumah kami."
"Baiklah tapi awak kena beritahu ibu saya lah." "Ibu,ibu! Ada orang ingin berjumpa dengan ibu!"
"Siapa?"
"Entah."Aku memandangnya dengan muka pelik. Dia buat tak tahu.
"Hai. Awak siapa?"
"Hai mak cik. Saya Wong. Aditya Wong. Saya ingin menjemput keluarga mak cik ke rumah saya pada malam ini. Mama saya menjemput keluarga mak cik untuk makan malam bersama kami."
"Oh,terima kasih! Baiklah. Pada pukul berapa?"
"Pukul 7. Sebelum solat maghrib. Nanti,boleh kita solat maghrib bersama."
"Kamu Muslim?"Aku angguk.
"Baiklah."
"Terima kasih mak cik."
"Sama-sama."
"Assalamualaikum mak cik,Rashidah."Aku beredar.
"Waalaikumsalam." "Wait,Teineina. Did he just called you Rashidah,dear?"
"No answer for that."
"Hmm."
"Assalamualaikum mama."
"Waalaikumussalam."
"Saya dah jemput mereka!"
"Mereka terima?"
"Ya,ma. Mereka terima kok."
"Ya,bagus sih kalau gayanya kayak gitu."
"Okay,malam ni mama masak apa?"
"Masak ikan tiga rasa,kailan goreng dan kalau tidak mahu makan nasi,makan aja makaroni keju. Mama masak semuanya khas untuk Wong."
"Wah! Dessert?"

"Puding mangga."
"Favorito!"
Teineina menyarungkan hoodie.
"Teineina,dah siap?"
"Sudah ibu!" Teineina berlari turun ke bawah. Puan Yuki menyarung tudung bawalnya.Teineina menyarung sneakers Vans nya. 
"Assalamualaikum."Aku memberi salam.
"Waalaikumsalam."Teineina membuka pintu. 
"Rashidah,mama saya suruh jemput kamu sekeluarga ke rumah."
"Oh,okay."
"Hai Wong."
"Hai mak cik. Sudah siap?"
"Sudah."
"Jom!"
"Mama,saya sudah pulang!"
"Haa,sudah jemput tetangga kita?"
"Sudah,mama!"
"Sebentar ya,mama ada di dapur. Jemput mereka duduk di ruang tamu,nak."
"Mak cik,mari. Duduklah dulu."
"Terima kasih Wong."Aku pergi ke dapur untuk melihat mamaku. 
"Mama,mama pergilah bersembang di ruang tamu. Biar Wong yang uruskan semuanya."
bersambung..
Ps: Nak buat cerpan kali ni,bukan cerpen.
Pss: You know what is  'cerpan'?
Psss: Cerpan is cerita panjang,cerpen is cerita pendek. Lol.
Kamus(lol):

  1. 妈妈,对不起,我迟到-Mama,saya minta maaf saya lewat.
  2. 我爱妈妈-Saya sayang mama.
  3. 我也爱你-Saya sayang kamu juga.
  4. Hola, soy Wong.Yo soy tu vecino.(Spanish)-Hai saya Wong. Saya jiran awak.
  5. 我不想!-Saya tidak mahu!


Share it maybe?




source: Tumblr
Ps: Cookie Monster cute!
Pss: Want some cookies?!


Friday, 24 August 2012

Cookie Monster Sings C for Cookie


Ps: This blue monster who really loves cookie. 
Pss: I feel like a kid again.

Cookie Monster: Share It Maybe


Ps: You should watch this.
Pss: Cookie Monster comel!
Psss: Long live Cookie Monster!
Pssss: Aku taip pakai warna biru ni sempena warna Cookie Monster. Nyehehehehe. ^_^

Thursday, 23 August 2012

Anggerik

Dia melihat ke bawah. Hatinya remuk dan hancur akibat seorang wanita. Mahu sahaja dia baring di atas landasan kereta api di hadapannya itu. HTC di tangan bergetar. Dia tidak mempedulikannya. Mukanya comot akibat air matanya. Banyak suara-suara sumbang yang mengacaunya dari tadi dan dia buat tidak peduli. Dia bagai buntu tidak tahu hendak ke mana. HTC bergetar lagi. Dia melihat skrin HTC. Ibunya telefon. 
"Naufal,ibu minta maaf."
Senyap. Tangannya digenggam sekuat hati.
"Naufal...."
"Tidak mengapa,ibu. Ibu tidak bersalah." Panggilan dimatikan.
Sekarang baru dia sedar kenapa ayahnya bersungguh-sungguh mahu menceraikan ibunya. Maksiat berlaku di depan matanya. Dia terkejut melihat ibunya bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. Arrgghh,seboleh-bolehnya dia tidak mahu fikir tentang kejadian tadi. Air mata sudah berhenti mengalir. Tidak sanggup lagi dia melakukan aktiviti pembaziran air mata. Alangkah bagusnya jika dia ada.... 
Dia meninggalkan tempat duduk. Berjalan tanpa henti. Berjalan dan berjalan. Tidak tahu hendak ke mana. Arah ke mana. Tiba-tiba,dia jatuh. Masa bagai terhenti seketika. Dia terkesima. Matanya tidak lepas daripada gadis di hadapannya. 
"Maaf." Gadis itu pun berlari meninggalkannya yang masih terpegun di situ. Masa bagai bergerak begitu perlahan. Ya Tuhan,kau kirimkan aku seorang bidadari. 
"Encik,encik nak saya bangunkan encik?" Pekerja stesen kereta api itu menyapa. Dia bangun lantas mengejar gadis tadi. Dia kehilangan jejak gadis itu. 
Keesokan harinya,dia pergi ke tempat yang sama dan menunggu pada masa yang sama. Dia menunggu dan menunggu dan menunggu. Akhirnya,gadis misteri semalam muncul juga. Gadis itu sedang duduk sambil membaca sebuah buku. Mungkin dia sedang menunggu seseorang ataupun lrt sampai. 
"Hai." Naufal memulakan langkah. Gadis tadi tersenyum.
"Waalaikumussalam." jawabnya ringkas.
"Err. So sorry sebab terlanggar awak semalam." Gadis itu hanya tersenyum lagi.
"Err. Boleh saya tanya sikit?" Gadis itu angguk.
"Nama awak siapa?"Naufal duduk di sebelah gadis itu. Gadis itu menjarakkan dirinya sedikit daripada Naufal.
"Anggerik."
"Huh?!"
"Nama saya,Anggerik."
"Oh,Anggerik. Sedap nama tu."
"Terima kasih."
"Nama saya,Naufal."
"Oh,okay."
"Awak.." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya,gadis bernama Anggerik itu meminta diri.
"Maafkan saya,saya kena beredar dahulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Gadis itu berlari meninggalkan Naufal. "Anggerik! Buku awak!" Gadis itu tidak menoleh ke belakang. Dia mengambil keputusan untuk menyimpan sahaja buku itu. Dia membelek-belek buku itu. 
Anggerik binti Ahmad.

Dia jadi tertarik dengan buku itu. Dia menyelak muka surat pertama. Dia mendapati muka surat-muka surat sebelumnya itu sudah terkoyak ataupun dikoyak. 

1 Mac 2001
Wahai diari,ini adalah kali pertama aku berjumpa dengan ayahku. Aku sangat gembira kerana akhirnya,aku dapat berjumpa dengannya walaupun seketika. Sejak aku lahir,aku tidak pernah berjumpa dengan ayahku kerana ibuku tidak membenarkan aku berjumpa dengan ayah kandungku sendiri.Maafkan anakmu,ibu kerana telah melanggar perintahmu. Aku cuma rindu akan ayahku sendiri. Aku masih tertanya-tanya mengapa ibuku tidak membenarkanku berjumpa dengannya.

Naufal menyelak muka surat seterusnya. Ada muka surat yang koyak lagi.

30 Jun 2002
Wahai diari,aku lari dari realiti. Realiti yang sebenarnya ayahku seorang pembunuh bersiri.  Aku beruntung kerana aku telah diselamatkan oleh ibuku. Maafkan anakmu,ibu. Tetapi,aku masih tidak dapat terima kenyataan bahawa 30 minit lepas,ayah kandungku sendiri cuba membunuhku.
Dia menyelak muka surat seterusnya lagi. 

1 Disember 2002
Wahai diari,aku ingin berjumpa dengan ayahku pada hari ini. Aku menunggunya di stesen kereta api berdekatan rumahnya. Haa,ayahku sudahpun tiba..

Muka surat itu penuh dengan darah. Naufal pelik. Tiba-tiba,di belakang muka surat itu terdapat cebisan akhbar tahun 2002. 

Seorang gadis telah dibunuh dengan tragiknya di Stesen Kereta Api oleh 
bapa kandungnya sendiri.

Naufal tergamam. Disitu juga tertulis alamat rumah. Mungkin alamat rumah Anggerik. Dia terus menuju ke alamat tersebut. Dia melihat ada seorang mak cik tua yang sedang menyapu sampah dihalaman rumah tersebut. Dia menyapa. "Assalamualaikum mak cik."
"Waalaikumsalam nak. Ada apa?"
"Mak cik kenal Anggerik binti Ahmad?" Mak cik itu terkejut.
"Anggerik itu anak mak cik! Dia hilang 10 tahun yang lalu... Kamu ada jumpa dia?!" 
"Tidak mak cik. Saya cuma ingin menyerahkan ini kepada mak cik. Diari Anggerik."
"Terima kasih,nak."
"Mak cik,boleh saya tanya sedikit tentang Anggerik?"
"Boleh,nak. Anak nak tanya apa?"
"Semua tentang dia."
"Oh. Baiklah. Marilah kita masuk."
"Silalah duduk,nak."
"Terima kasih,mak cik."
"Kejap ya nak,mak cik buatkan air."
"Eh,tidak mengapa mak cik. Saya tak haus."
"Tak apa." 
Naufal membuka beg sandangnya. Dia mengeluarkan tisu. 
"Minumlah."
"Terima kasih mak cik. Menyusahkan mak cik sahaja."
"Tak ada menyusahkannya."
"Mak cik,mak cik tak tahu ke yang..."
"Yang apa,nak?"
"Anggerik dah...." Naufal serba salah.
"Anggerik dah apa?"
"Tak ada apalah mak cik. Mak cik bacalah dulu diari Anggerik ni."
"Hmmm" Mak cik itu membaca diari itu. Dia menangis. 
"Mak cik,saya minta diri dahulu. Hari dah hampir gelap ni. Terima kasih mak cik. Assalamualaikum."
"Sama-sama,nak. Waalaikumsalam." Naufal bersalaman dengan mak cik itu.
"Terima kasih,nak." Naufal tersenyum lalu dia berlalu.
Terbatal niatnya untuk bertanya tentang Anggerik. Dia kasihan melihat keadaan mak cik itu.
Naufal mengetuk pintu rumah. "Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam. Naufal,mak rindu Naufal." Maknya ingin memeluknya tetapi dia berlalu diam membisu. Hati maknya hancur melihat kelakuan anak kesayangannya itu.
"Mak,maafkan Naufal." bisik hatinya. Dia memasuki biliknya.
Dia mencapai HTC. Dia melihat kembali foto-foto kenangan manis bersama keluarganya dulu. Dia tersenyum. Kak Nur,Abang Amat,dia,maknya,ayahnya,Kak Meme dan Adik Afif. Sekarang,semuanya berubah. Kak Nur sedang bekerja dan sibuk menjalani hidup bekeluarga dengan suami dan anaknya manakala Abang Amat sedang belajar di luar negara. Abang Amat ada juga sekali-sekala menelefon dia dan mak untuk bertanyakan khabar. Kak Meme dan Adik Afif pula duduk bersama ayahnya. Air matanya mengalir. Dia menangis sehingga tertidur. Keesokan paginya,dia menyedari di sebelahnya terdapat surat tertulis dengan darah. Dia seram sejuk. Dia membuka surat itu.

Kepada saudara Naufal,mungkin saudara Naufal mengenali saya ataupun mungkin tidak.Terima kasih kerana sudah menolong saya memberikan diari saya kepada ibu saya. Mungkin saudara Naufal tertanya-tanya mengapa terdapat muka surat yang terkoyak bukan? Itu adalah muka surat yang terdapat banyak kenangan buruk yang telah saya tulis. Saya memang sudah lama berhajat untuk memberikan diari itu kepada ibu saya. Saudara Naufal,saya selalu memerhatikan saudara dari jauh. Saya tahu apa yang saudara alami. Saudara marah akan ibu saudara bukan? Saya tahu ianya pedih melihat ibu kita sendiri seorang yang curang. Tetapi,saudara tidak berhak membuat ibu saudara sebegitu. Sejahat mana pun beliau,beliau tetap ibu kandung kita. Ibu yang telah melahirkan kita,membesarkan kita. Janganlah jadi seperti saya. Menyesal lah dahulu sebelum saudara menyesal kemudian.Sekali lagi,terima kasih saudara. 
Anggerik
Dia terkedu. Dia keluar dari bilik untuk mendapatkan maknya. "Mak..."
"Ya sayang."
"Maafkan Naufal,mak."
"Tidak Naufal,maafkan mak. Mak yang bersalah."
"Tidak,Naufal yang bersalah. Naufal sudah banyak kali menderhakai mak. Maafkan Naufal,mak." Air matanya mengalir.
"Naufal,mak sudah lama maafkan Naufal."
"Mak..."Naufal memeluk maknya.
Tamat

Ps: Lama betul nak siapkan cerita ni.
Pss: Kena cari dan korek banyak idea untuk cerita ni.
Psss: Enjoy! 

The Mystery Guy

source: Tumblr


#melting #hotguys #comel #hissmile #lovehim #jatuhpengsan #handsome
 I don't know his name thats why I call him 'the mystery guy'.
Ps: Adore his cute smile. Oh Allah. 
Pss: Ainatul,dia hot kan? *_*

Fatain suka dia. Lol.

Daniel Radcliffe


source: Tumblr

Harry suka buat macamtu lah. Sama dengan aku lah. Haha. Seronoknya.
Harry Potter,I will always love you. No matter what. xx

Fatyn Potter 


Love them always.








Love <3 

Adry forever comel :3

                             
                                     

I present to you...The Padangs!! A metal/hardcore band from Malaysia! 
Seriously they're the cutest band I've ever known! Argghhh!! 
This are their old pictures that I've taken from the internet and their myspace. 
NYEHEHEHEHE
I am one of their die-hard fans. 
The Padangs,I love you guys so much!!


sincerely,
Your biggest fan,
Fatyn Annisa from Seremban.

OH ALLAH,THIS IS SHOOOO CUTEEE!!





Baby,why you look so cute? 
Your eyes,your fur. 
Oh my,I love you so much baby. 
ARRGGGHHHH ._.
source: Tumblr

V_V I close my eyesssssssss~
O_O Me got sore eyessssss~ 

Ps: Aku tak tahu apa yang aku merepekkan. Jangan hiraukan aku. Bye. Assalamualaikum.


Ridt The Padangs pun kata kita ni comel macam kucing dan bunny tu. Puih.

Thursday, 9 August 2012

For Ainatul


Ps: Potterhead!
Ps: Me too. NGAHAHA.

Sunday, 5 August 2012

New Crush


Chase Ellison


Ainatul,isn't he cute? He is my new crush. Haha. 

Friday, 3 August 2012

Katakatakatak.


Assalamualaikum w.b.t
Well hello there again! Still remember me? *Eh?* 4 days more before trial! Oh my! Pray for me okay guys? Hihi. This GIF is especially for Fadlon and Farosh. This two not-so-awesome guys are my not-so-best-boyfriends. Fadlin yang comel dan Farish yang macho,korang awesome. Saja je aku kata korang tak awesome sebab aku lagi awesome banyak daripada korang. Harhar. Hahaha. Boyfriend=Kawan Lelaki.  Okay? This two guys are funny. Farish always call me 'trans'. *I don't know why.* Fadlin? Sometimes,he is a lil bit annoying. *so sorry,bro!* But still,he always be with me everytime I need him. Yeah,both of them actually. ps:Far,Fad,den dah puji hangpa dua,hangpa dua belanja cek lopeh ni yo? Kidding jo. Haha. 




Y_Yv peace yo bro


Fatain yang 'perasan' comel.