Opah masak memang first class! Thumbs up lah opah! Kalah Chef Wan
masak. Ek, macam pernah rasa je Chef Wan punya masakan aku ni.
“Opah! Opah masak sedap lah!”
“Ceh, opah, along puji sebab ada
udang di sebalik batu lahtu.” Raden menjeling terhadap alongnya.
“Mana ada! Opah, tengok Raden ni!”
Ajam mencebik.
“Sudah! Sudah! Jangan gaduh masa
makan! Opah cubit nanti!” Opah dah masuk mood garang.
“Baik opah...” Ajam dan Raden
tunduk.
*
Aliff duduk seorang diri di dalam
bilik. Kepalanya rasa bagai nak pecah. Tidak tahu mengapa. Sakit kepala yang
dialaminya dari pagi tadi makin teruk. Ish, aphal ni? Aduh, sakit betul kepala
ni! Tolong hambamu yang lemah ini, ya Allah. Buku Senandung Cinta dari Surga
karya Badiatul Roziqin yang dibacanya tadi diletak di atas meja di tepi katil.
Umm, lebih baik tidur. Mungkin sebab aku tak cukup tidur kut. 3 hari asyik
tidur kejap je. Lampu dimatikan. Doa tidur dibaca. “Ya Allah, sembuhkanlah
sakit kepala hambamu ini.....”
Raden bersila di hadapan alongnya
yang sedang tunduk berkerut tidak tahu memikirkan apa. “Along....” Tidak
menjawab. “Along... Along.....” Raden memetik-metik jari di hadapan muka
alongnya. Masih tiada respon. “Along!” Dia menggoncang-goncangkan tubuh
alongnya.
“Ish, kacau lah Raden ni!” Dia
menjentik dahi adiknya.
“ARRRRGGGHHHH, sakitlah!” Kuat
betul Raden jerit. Habislah kalau opah dengar.
“Kamarul Azam! Raden! Kenapa tu?!”
Opah menjerit dari dapur.
“Along....” Belum sempat Raden
menghabiskan kata-katanya, Ajam dengan pantasnya menekup mulut Raden. “Umm umm
umm umm” Raden cuba untuk melepaskan diri.
“Nak kena jentik lagi?” Alongnya
memberi amaran. Tanpa berfikir panjang, Raden menjilat tapak tangan alongnya
yang dari tadi menekup mulutnya. “Raden! Eww, habis tangan along yang lawa ni!”
“Uwekk, Raden terpaksa buat macam
tu, tahu! Padan muka! Dah kena serangan hebat daripada Raden Thaahirah!” Dia
menjelirkan lidahnya terhadap along.
“Dah Raden asyik kacau along je.”
Ajam bersila kembali.
“Sakit tahu? Main jentik je dahi
Raden!” Raden bersimpuh.
“Yalah, along minta maaf!”
“Huh, no!”
“Along belanja aiskrim potong!”
“Tak cukup!”
“Along bawa jalan satu kampung!”
“Deal!” Mereka bersalaman.
“Pukul 3:30, boleh?”
“Yay! Sayang along!” Raden bangun.
Dia berlalu ke dapur untuk menolong opahnya yang sedang sibuk menyediakan laksa
kegemaran ayahnya.
Ajam menggeleng-geleng kepalanya.
Dia tiba-tiba teringat akan gadis yang sedang menyapu semalam. Gadis itu pasti
lebih muda daripadanya. Gayanya yang ayu berbaju kurung dan bertudung bawal
lepas ke bawah sangat memikat hatinya. Sederhana. Pukul 4. Sama macam waktu
semalam. Dia mengerling ke arah jam. Baru pukul 2:30 petang. Solat. Check. Baca
al-Quran. Check. Tolong kemas belakang rumah. Check. Makan. Belum! Arggghh,
lamanya opah dengan Raden buat laksa!
*
“Kuai, nama budak yang kau buli tadi siapa?”Ajam mengurut belakang
rakan-rakannya.
“Apa kau? Sampai hati kau tumbuk kitaorang, kan?” Kuai seakan-akan
merajuk.
“Maaf. Aku ni emosi sikit. Budak tu nangis buat aku kesiankan dia. Dah lah
perempuan.” Ajam menarik nafas. “Comel pula tu.” Antara dengar atau tidak cakap
Ajam itu. Kuai dan Iqy berpandangan.
“Kau suka budak tu?”
“Eh, tak lah! Aku cuma nak tahu nama dia siapa.”Ajam menggeleng laju.
“Nama dia Nadhirah.” Iqy menjawab. “Cucu tok imam.”
“Oh....”
“Along! Along! Dah pukul 3:30 ni!
Kata nak bawa Raden pergi jalan-jalan!”
“Okay, okay!”
“Naik apa?”
“Naik motosikal tok lah!”
“Okay!”
5
“Tok, nak tanya sikit boleh?” Ajam
duduk bersila di bawah menghadap toknya yang sedang membaca sambil duduk di
atas kerusi malas.
“Oh, Kamarul.” Toknya membuka
cermin mata dan meletakkan buku dan cermin matanya di atas meja. Ikim.fm sedang
mengumandangkan nasyid daripada kumpulan Inteam iaitu Taman Firdausi. “Ada
apanya?”
“Cucu tok imam duduk sini lagi
ke?”
“Oh, yang mana satu?”
“Nadhirah kut namanya.”
“Oh,Nadhirah... Ya, dia duduk sini
lagi. Kenapa?”
“Takda apa lah tok.” Ajam
menggelengkan kepalanya.
“Kamu jangan dok ngorat dia, tahu?
Kalau tahu dek imam nanti, mampuih kamu!”
“Roger, tok! Lagipun cucu
kesayangan tok ni bukannya pandai ngorat anak dara orang.”
“Ish, kamu ni Kamarul!” Toknya
menghirup teh yang sudah dingin di atas meja.
“Tok, macam mana tok kenal opah
dulu?”
“Macam mana? Tok tak ingat lah
pulok. Tapi yang tok ingat opah kamu tu orangnya solehah dan terkenallah dekat
kampung tok.”
“Wah! Macam mana opah boleh
terkenal tok?”
“Opah kamu tu dulu juara mengaji.
Tok ni dulu nakal. Mengaji pun liat. Belajar nasib baik okay lagi. Opah kamu tu
dulu pandai. Orang kampung memang sanjung opah kamu tu. Opah kamu tu tak suka
dengan orang macam tok ni.”
“Ait, habis macam mana tok boleh
kahwin dengan opah?”
“Tok kamu tergila-gilakan opah.
Ayah dan mak tok terus datang meminang opah. Opah tak tahu pula yang ayah opah
setuju. Opah terima ajelah.” Opahnya ketawa kecil sambil membawa sepinggan
cempedak goreng.
“Ish, menyampuk ajelah awak ni!
Mana ada!”
“Aiyok! Opah!” Ajam memandang
opahnya yang sedang melabuhkan punggungnya duduk di sebelah toknya.
“Opah cakap betul. Tok kamu ni
dulu nama aje gangster, masa nak akad nikah punya terketar-ketar.” Mereka
ketawa. Tok malas mahu melayan.
“Ya, opah?” Opahnya mengangguk.
“Alhamdulillah, sampai sekarang
opah dengan tok bahagia.” Opah mengurut peha suami tercintanya. “Kamarul, nanti
kalau cari isteri cari yang solehah, ya?” Opah mengelus rambut Ajam perlahan.
“Baik, opah!” Ajam tersenyum.
“Kalau tak dapat cari sendiri,
biar tok dengan opah carikan!” Tok menepuk bahu Ajam.
“Boleh juga tu tok.” Ajam tergelak
kecil.
“Boleh tu mesti bersebabkan?” Tok
mengangkat kening. Ajam tersengih seperti kerang busuk.
“Betul tu tok! Along dah jatuh
cinta pandang kedua pada cucu tok imam!” Raden masuk sambil membawa semangkuk
rambutan yang telah dikopek.
“Bertuah punya anak dara! Hantu
rambutan!” Opah menggeleng-geleng kepalanya. Raden melabuhkan punggungnya di
sebelah opah sambil memakan sebiji rambutan. Ajam hanya melihatnya dengan
renungan tajam. “Tok, bak kata orang putih ‘love at the first sight’ tapi Raden
ubah sikit jadi ‘love at the second sight’!” Raden ketawa kecil.
“Eh, budak, diam!” Ajam menarik
rambut ekor kuda Raden.
“Sakit lah!” Tok memandang gelagat
cucu-cucunya. Sungguh keanak-anakan.
“Kamarul, tak baik buat adik
macamtu!” Opah melarang Ajam. Ajam tersengih puas. Padan muka, budak kecil! Raden
hanya menahan sakit. Siap along nanti!
*
“Along, bila along nak kahwin?”
Raden masih mendongakkan muka melihat
bulan penuh. Subhanallah. Sungguh indah.
“Uish, buang tabiat ke tanya along
soalan macamtu?” Ajam berhenti mengunyah pisang salai yang dibikin oleh opahnya
petang tadi.
“Yalah, Raden teringinlah nak ada
kakak. Nanti boleh girl-to-girl chat dengan dia. Baru shiok. Ni dengan along.
Huh, tak best ! Raden pun teringin nak pegang baby.” Raden tersengih. Ajam buat
muka terkejut.
“Raden sejak bila Raden
berperangai macam gegirl ni? Selalunya perangai dialah yang mengalahkan lelaki.
Kalau teringin nak pegang baby, kahwinlah dulu. Ada pula suruh along kahwin.”
Ajam meneruskan kunyahannya.
“Sejak semalam.” Raden mengekeh
kecil. “Eh, mana boleh! Langkah bendul namanya tu!”
“Sejak semalam? Uish, hantu
jembalang manakah yang telah merasuk tuan puteri kesayangan beta ini?” Ajam
mendongak ke langit memandang bulan dan bintang. Pemandangan langit di kampung
tidak sama seperti di bandar. Mulut mengunyah, tangan kiri mengira bintang dan
tangan kanan memeluk tin berisi pisang salai.
“Sampai hati kata opah hantu
jembalang!” Raden menjeling ke arah alongnya. Ajam melopong. Lah, opah ke? Dia
menggaru kepala yang tak gatal. “Opah ada cakap dekat Raden, opah kata Raden
nampak tak manis apabila berperangai macam lelaki.” Raden tersenyum tawar.
“Tu sebab Raden berjinak-jinak
pakai subang dengan rantai ni eh?” Ajam melihat adiknya sambil tersenyum nipis.
“Opah yang bagi. Tak cantik ya?”
Ajam gelak kecil sambil menggeleng. “Along, cantik ke tak?”
Ajam menatap mata Raden. “Raden
cantik. Manis. Nampak feminin dan lebih comel.” Ajam tersenyum lalu menarik
kedua belah pipi Raden.
“Along, janganlah! Makin tembam
nanti!” Ajam mengekeh.
“Biarlah tembam! Senang along nak
panggil ‘Bambam’ nanti.”
“Along! Ingat Raden budak kecil
ke?”
“Ish, ish! Tak sedar eh awak tu
budak kecil tau.”
“Astaghfirullahhalazim! Along,
kahwin lah cepat!”
“Kalau along kahwin, siapa nak
jaga Raden?” Suasana sepi seketika. Cengkerik berbunyi melagukan lagu merdu.
Bunyi seperti gesekan biola.
“Along, Raden kan ada ayah, opah
dengan tok.”
“Tapi, siapa nak protect Raden?”
“Along, Raden dah nak masuk 18
tahun. Raden boleh jaga diri.”
“Hmmm..”
“Along, janganlah merajuk.”
“Hmmmm..”
“Um, along kan nak berhijrah ke
London. Siapa nak jaga along dekat sana?”
“Along bolehlah jaga diri.”
“Dah inform opah, tok dan ayah?”
Ajam menggeleng. “Belum.”
“Ish, kenapa tak inform lagi?!”
“Nanti along inform lah.”
“Nak Raden buat report pada
mereka?”
“Tak payahlah!”
“Ok, bos!”
*
Ajam termenung sendirian di
beranda. Teringat akan perbualannya dengan Raden semalam.
“Along, bila along nak kahwin?”
“Um, along kan nak berhijrah ke London. Siapa nak jaga along dekat sana?”
Ajam bingung. Dia tidak tahu apa
yang harus dia lakukan. Kahwin? Dah sedia ke aku ni? Ish, mampu ke aku jaga
anak dara orang? Mental? Fizikal? Agama? Hatinya berbisik sendiri. Diri masih
mencari jawapan. Teringat akan pesan ayahnya dahulu;
“Lelaki itu bila dah jadi suami orang, tanggungjawabnya besar. Bukan
senang sebenarnya. Kita mesti bersedia dalam segala aspek sebelum mendirikan
masjid.”
Ajam makin serabut. Tiba-tiba, dia
teringat akan Zahra lalu Nadhirah. Masih segar di dalam kotak ingatan
perbualannya dengan Afiq bulan lepas.
“Weh, Zahra tu baik orangnya! Tak nak tackle dia ke?” Afiq menghirup teh
ais sambil memandang rakan baiknya itu. Seperti sedang kusut sahaja.
“Takdo korjo den nak ayat anak dara orang!” Ajam mengacau Horlick
panasnya.
“Weh, kau tahu tak yang Zahra tu jatuh cinta habis dengan kau?”
“Ya ke? Memandai jelah kau.”
“Kau ingat aku ni jenis suka tipu orang ke?”
“Macam mana lah kau tahu?”
“Cara dia pandang, bercakap dan layan kau pun dah terbukti.”
“Kau ni. Aku tengok biasa je. Mana ada yang luar biasa.”
“Sah lah kau ni buta!”
“Kau ni. Seriously, manalah aku sedar. Aku banyak lagi benda nak kena
fikir.”
“Weh, dia pun ada bagitahu ex aku yang dia suka dekat kau.”
“Mengarutlah. Ajam lain tu.”
“Face the truth, Ajam! She likes you.”
“Afiq, we do not have to search for love or hope for it. It will come
itself.”
“Selagi kau tak berusaha, macam mana kau nak dapat? Kau ni bilalah nak
bergirlfriend, berbini?”
“I already have a girlfriend. A very special one.”
“Siapa?”
“My little sister; Raden.”
“That’s it. I give up. You win, Ajam. You win.”
“Thank you.”
Kepala pula tiba-tiba teringat
akan Nadhirah. Baru pertama kali pandang, dah jatuh suka. Parah, parah. Ya
Allah. Ajam meraup muka.
“Kamarul! Mari ikut tok pi surau!
Dah asar ni!” Tok melaung dari dalam.
“Baik tok!”
*
“Tok, memangnya surau dekat
kampung ni selalu penuh ya?”
“Lah, memanglah. Kenapa?”
“Yalah, suasana baru tok.”
“Tok tak faham aih.”
“Kalau surau dekat taman perumahan
Kamarul tu hanya beberapa orang je. Tak sampai penuh. Kamarul pergi pun masa
hari cuti atau kalau takde kelas.”
“Oh, tak mengapa lah tu! Janji ada
mengunjungi surau.” Ajam tersengih. Kedengaran kanak-kanak mengaji.
“Tok, memang selalu ada kelas
mengaji eh?”
“Oh, kalau waktu-waktu macamni
budak-budak memang datang mengaji.”
“Siapa yang ajar?”
“Nadhirah; cucu tok iman.”
“Oh..” Ajam tersenyum.
*
Raden baring di sofa sambil
membaca novel karya Nicholas Sparks. Entah sejak bila dia mula layan novel
cintan-cintun ni. Parah, parah! Kalau tahu dek along, habislah. Nasib baik
along dekat surau dengan tok. Raden tersengih sendiri.
“Hah, Raden! Dah solat belum?!
Sengih sorang-sorang. Makruh tahu?” Ajam menyergah dari belakang. Dia tersengih
lebar lalu terpandang akan novel yang adiknya sedang pegang. A Walk To Remember
karya Nicholas Sparks. Sah! Raden demam!
“Dah!” Raden menarik nafas
panjang. Terkejut aku dibuatnya!
“Wah, Raden dah pandai layan
Nicholas Sparks eh?”
“Oh, ni eh? Saja baca. Bosan tapi
takdelah layan sangat. Tak best! Jiwang karat betul novel ni!”
“Ish, ish! Along baca ok je.”
“Memanglah, along kan mat bunga,
mat jiwang. Raden tidak!”
bersambung..
Ps: Sorry,agak sibuk kebelakangan ni. Jadi,sambungan kali ini agak pendek. Maaf.
No comments:
Post a Comment