Aku duduk seorang diri.
Termenung memikirkan masa depan.
Ianya sangat bahagia apabila sendiri.
Tidak ada sesiapa yang mempedulikan aku.
Mendengar aku.
Menasihati aku.
Tiada sesiapa yang hanya tahu bercakap di hadapanku.
Walaupun ianya pedih dan sedih apabila sendiri,
Aku merasakan ianya lebih bagus daripada mempunyai seorang kawan
yang...
tidak jujur padaku,
menikam belakangku,
memakiku.
Aku sudah lali dengan kejian dan makian daripada semua orang.
Apa yang aku lakukan semuanya tidak kena,
di mata semua orang.
Berbuat baik atau buruk, sama sahaja.
Kadangkala, aku berfikir.
Lebih baik berbuat jahat kepada semua orang
kerana ianya sama sahaja.
Tidak ada yang berbeza.
Tetapi aku tahu,
ianya salah.
Jadi,apa yang aku lakukan...
Duduk sendirian.
Mengingat perkara yang lepas.
Menangis.
Mengingat kejian dan makian yang diterima.
Menangis.
Bercakap sendiri lebih baik.
Kawan? Aku tergelak kecil.
Tidak diperlukan.
Yang hanya aku perlukan ketika itu,
Allah S.W.T.
Fatain
No comments:
Post a Comment