Para pelajar yang sedang menuju ke Dataran Anugerah, anda ada 5 minit untuk tiba di Dataran Anugerah. (berhenti seketika)
Para pelajar yang sedang menuju ke Dataran Anugerah, anda ada 10 saat untuk tiba di Dataran Anugerah.
10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1..
Pemimpin pelajar, sila tahan pelajar yang lewat ke tapak perhimpunan.
(Berhenti seketika)
Perhatian kepada para pelajar, anda diminta untuk memastikan kekemasan diri anda sekarang.
Para pemimpin pelajar, sila bantu pelajar meluruskan barisan mereka.
(Berhenti seketika. Perhatikan para pelajar. Jika dalam keadaan tenang, teruskan. Jika tidak, pastikan mereka dalam keadaan tenang.)
Senang diri // Jaga sedia!
Senang diri // Jaga sedia!
Warga Georgian sekalian, laluan iqra’ bermula sekarang.
Pemimpin pelajar, sila tarik keluar para pelajar yang tidak membawa bahan bacaan.
(Laluan iqra’ tamat.)
(Berhenti seketika. Perhatikan para pelajar. Jika dalam keadaan tenang, teruskan. Jika tidak, pastikan mereka dalam keadaan tenang.)
Senang diri // Jaga sedia!
Senang diri // Jaga sedia!
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Yang berusaha:
Tn. Hj. Mohd Bin Md Isa,
-Pengetua Cemerlang Sek. Men. Keb. King George Kelima //
Tn. Hj. Roslin Bin Balia,
-Guru Penolong Kanan 1, //
En. Mohamad Zaidi Bin Ishak,
-Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, //
En. Abu Hurairah Bin Hj. Suak,
-Guru Penolong Kanan Kokurikulum, //
Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Juri,
-Guru Penolong Kanan Tingkatan 6, //
Guru-guru Ketua Bidang,
Guru-guru Cemerlang,
Guru-guru yang dihormati,
Para Pemimpin Pelajar serta
Warga Georgian yang dikasihi sekalian.
Bagi memulakan perhimpunan kita pada pagi ini, dipersilakan saudara............. untuk mengetuai umat Islam sekalian melafazkan surah Al-Fatihah diikuti dengan doa sekolah.
Al-Fatihah...
Bismillahirrahimanirrahim/...
Alhamdulillahirrobbilalamin,/ wassolatu wassalamuala ashrofil anbiya iwal mursalin,/ waala alihi wasohbihi ajmain/...
Ya Allah Ya Tuhan kami,/
Jadikanlah perhimpunan kami pada pagi ini/ perhimpunan yang Engkau redhakan/ dan perpisahan kami nanti/ biarlah dalam keimanan dan mendapat keampunan./
Ya Allah Ya Tuhan kami,/
Cucurilah rahmat-Mu kepada kami/ dan bukakanlah pintu hati kami/ dalam menuntut ilmu/ untuk berkhidmat kepada agama,/ bangsa dan negara/ serta berusaha untuk meningkatkan keamanan./
Ya Allah Ya Rahim,/
Jadikanlah kami warga yang berdisiplin,/ beradab,/ dan kurniakanlah kepada ibu bapa dan guru-guru kami/ sekalian kudrat untuk berusaha/ bekerja serta berdoa kepada kami/ supaya mencapai kecemerlangan/ sepanjang zaman,/ kurniakanlah kepada mereka kesihatan/ kebahagiaan/ serta kesejahteraan/ di dunia dan akhirat.../
Rabbana atina fiddunya hasanah wafil akhirati hasanah,/ wakinna azabannar,/ wasallah hu alai Saidina Muhammad,/ waala alihi wasohbihi wabarik wasallam,/ walhamdulillah hirabbil alamin/ Amin...
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara........ atas bacaan doa sebentar tadi.
Pelajar sekalian,
Senang diri // Jaga sedia!
Senang diri // Jaga sedia!
(bertenang seketika)
Sekarang, marilah warga Georgian sekalian menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri, dan Lagu Sekolah dengan lantang dan penuh semangat!
Warga Georgian, sedia!
Bagi menunjukkan taat setia kita pada Negara Malaysia dan sekolah yang tercinta, saudara....... akan mengetuai warga Georgian melafazkan Rukun Negara dan Ikrar Pelajar Sek. Men. Keb. King George Kelima.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Ikrar Rukun Negara
Warga Georgian sedia! Up!
Maka kami,/
Rakyat Malaysia/
Berikrar/
Akan menumpukan/
Seluruh tenaga dan usaha kami/
Untuk mencapai/
Cita-cita tersebut/
Berdasarkan/
Prinsip-prinsip yang berikut/
Kepercayaan kepada Tuhan/
Kesetiaan kepada raja dan Negara/
Keluhuran perlembagaan/
Kedaulatan undang-undang/
Kesopanan dan kesusilaan/
Up!
Ikrar Pelajar
Up!
Kami pelajar/
Sekolah Menengah Kebangsaan King George Kelima/
Berikrar/
Akan belajar dengan bersungguh-sungguh/
Akan menggunakan masa dengan sebaik-baiknya/
Akan menjaga nama baik sekolah/
Akan taat serta menghormati ibu bapa dan guru-guru/
Akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah/ dan undang-undang Negara/
Up!
Terima kasih saudara ................ atas bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Pelajar Sek. Men. Keb. King George Kelima sebentar tadi.
(Berhenti seketika)
Senang diri // Jaga sedia!
Senang diri !
Sekarang, saya memohon jasa baik warga Georgian sekalian agar memberikan sepenuh perhatian terhadap pengumuman yang akan saya bacakan.
(Pengumuman dibacakan)
Untuk pengetahuan warga Georgian sekalian, guru bertugas pada minggu ini ialah En./Pn./Cik .............. dan En./Pn./Cik ................
Jaga sedia // senang diri!
Jaga sedia // senang diri!
Sekarang, saya mempersilakan guru bertugas pada minggu lepas En./Pn./Cik/ ............... untuk menyampaikan laporan beliau.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(Laporan guru)
Terima kasih diucapkan kepada En./Pn./Cik .............. atas laporan yang telah disampaikan beliau sebentar tadi.
Para pelajar diminta untuk senyap dan bertenang semasa guru sedang berucap.
(Berhenti seketika)
Senang diri // jaga sedia!
Senang diri // jaga sedia!
(Berhenti seketika) (Tarik nafas jika perlu)
Seterusnya, majlis mempersilakan En. Shangar/En. Khusairi/ En./Pn./Cik ............ untuk menyampaikan makluman mengenai disiplin para pelajar.
Dipersilakan.
(Slot Disiplin)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Shangar/En. Khusairi/ En./Pn./Cik ............ atas makluman beliau mengenai disiplin para pelajar sebentar tadi.
Majlis mempersilakan En./Pn./Cik .......... untuk menyampaikan makluman.
(Pengumuman guru)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En./Pn./Cik ............ atas makluman beliau sebentar tadi.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ayahanda Tuan Pengetua Cemerlang Sek. Men. Keb. King George Kelima, bagi menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
[Jika Pengetua tiada]
Sekarang majlis mempersilakan Guru Penolong Kanan 1/Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En./Pn./Cik ........... bagi menyampaikan ucapan beliau.
Dipersilakan.
Ucapan Pengetua/GPK
Terima kasih diucapkan kepada Ayahanda Tuan Pengetua/En./Pn./Cik .............. atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Diharapkan para pelajar dapat mengambil iktibar atas amanat yang telah disampaikan.
Senang diri // Jaga sedia!
Warga Georgian Sekalian, disini terdapat satu/beberapa pengumuman tambahan. Sila ambil perhatian.
(Pengumuman tambahan dibacakan)
Mutiara kata pada hari ini ialah:
Bagi mengakhiri perhimpunan kita pada pagi ini, dijemput saudara ................... untuk melafazkan surah Al-Asr.
Badan Pemimpin Pelajar mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Georgian sekalian atas kerjasama yang cemerlang/baik yang telah diberikan semasa perhimpunan berjalan.
[Minggu Peperiksaan]
Badan Pemimpin Pelajar juga ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan ............. kepada semua pelajar ................. . Semoga dapat menjawab dengan tenang seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.
[Hari Perayaan]
Badan Pemimpin Pelajar mengucapkan selamat menyambut Hari ............. kepada semua penganut agama (Islam/Hindu/Buddha/Kristian) Semoga Hari ........ pada kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang sebelumnya.
Dengan itu, berakhirlah perhimpunan kita pada pagi ini.
Perhimpunan bersurai.
No comments:
Post a Comment