Thursday, 19 June 2014

Teks Perhimpunan Harian (Bahasa Melayu)

Perhatian kepada para pelajar tingkatan 3, 2 Alauddin, 2 Iskandar, 2 Abu Bakar dan 2 Hishamuddin. Anda diminta untuk beratur di tapak perhimpunan lama sekarang.
Perhatian kepada para pelajar , anda diminta untuk beratur di luar kelas.
Pemimpin Pelajar sila bantu pelajar keluar kelas dan meluruskan barisan mereka.
(Berhenti seketika)
Senang diri // Jaga sedia!
Senang diri // Jaga sedia!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Yang berusaha:
Tn. Hj. Mohd Bin Md Isa,
-Pengetua Cemerlang Sek. Men. Keb. King George Kelima //
Tn. Hj. Roslin Bin Balia,
-Guru Penolong Kanan 1, //
En. Mohamad Zaidi Bin Ishak,
-Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, //
En. Abu Hurairah Bin Hj. Suak,
-Guru Penolong Kanan Kokurikulum, //
Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Juri,
-Guru Penolong Kanan Tingkatan 6, //
Guru-guru Ketua Bidang,
Guru-guru Cemerlang,
Guru-guru yang dihormati,
Para Pemimpin Pelajar serta
Warga Georgian yang dikasihi sekalian

Bagi memulakan perhimpunan kita pada pagi ini, marilah warga Georgian sekalian melafazkan surah Al-Fatihah diikuti dengan doa sekolah.

Bagi memulakan perhimpunan kita pada pagi ini, dipersilakan saudara............. untuk mengetuai umat Islam sekalian melafazkan surah Al-Fatihah diikuti dengan doa sekolah.

Al-Fatihah...

Bismillahirrahimanirrahim/...
Alhamdulillahirrobbilalamin,/ wassolatu wassalamuala ashrofil anbiya iwal mursalin,/ waala alihi wasohbihi ajmain/...

Ya Allah Ya Tuhan kami,/
Jadikanlah perhimpunan kami pada pagi ini/ perhimpunan yang Engkau redhakan/ dan perpisahan kami nanti/ biarlah dalam keimanan dan mendapat keampunan./

Ya Allah Ya Tuhan kami,/
Cucurilah rahmat-Mu kepada kami/ dan bukakanlah pintu hati kami/ dalam menuntut ilmu/ untuk berkhidmat kepada agama,/ bangsa dan negara/ serta berusaha untuk meningkatkan keamanan./

Ya Allah Ya Rahim,/
Jadikanlah kami warga yang berdisiplin,/ beradab,/ dan kurniakanlah kepada ibu bapa dan guru-guru kami/ sekalian kudrat untuk berusaha/ bekerja serta berdoa kepada kami/ supaya mencapai kecemerlangan/ sepanjang zaman,/ kurniakanlah kepada mereka kesihatan/ kebahagiaan/ serta kesejahteraan/ di dunia dan akhirat.../

Rabbana atina fiddunya hasanah wafil akhirati hasanah,/ wakinna azabannar,/ wasallah hu alai Saidina Muhammad,/ waala alihi wasohbihi wabarik wasallam,/ walhamdulillah hirabbil alamin/ Amin...

 Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara........ atas bacaan doa sebentar tadi.
Pelajar sekalian,
Senang diri // Jaga sedia!
Senang diri // Jaga sedia!
(bertenang seketika)
Sekarang, marilah warga Georgian sekalian menyanyikan Lagu Negaraku dengan lantang dan penuh semangat.
Warga Georgian sedia!
(Nyanyian lagu Negaraku)
Senang diri // Jaga sedia!
Perhatian kepada warga Georgian sekalian, berikut ialah pengumuman untuk perhatian dan tindakan semua yang berkenaan. Sila ambil perhatian.
(Pengumuman dibacakan)
Sekarang, saya mempersilakan Ayahanda Tuan Pengetua/GPK 1/GPK HEM/GPK Kokurikulum/En./Pn./Cik .......... untuk menyampaikan pengumuman.
(Pengumuman guru)
Terima kasih diucapkan kepada Ayahanda Tuan Pengetua/GPK 1/GPK HEM/GPK Kokurikulum/En./Pn./Cik ............ atas pengumuman beliau sebentar tadi.
Senang diri // Jaga sedia!

 Warga Georgian Sekalian, disini terdapat satu/beberapa pengumuman tambahan. Sila ambil perhatian.
(Pengumuman tambahan dibacakan)

Kata Mutiara pada hari ini ialah:

Bagi mengakhiri perhimpunan kita pada pagi ini, marilah warga Georgian sekalian melafazkan surah Al-Asr.

Bagi mengakhiri perhimpunan kita pada pagi ini, dijemput saudara ................... untuk melafazkan surah Al-Asr.
Badan Pemimpin Pelajar mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Georgian sekalian atas kerjasama yang cemerlang/baik yang telah diberikan semasa perhimpunan berjalan.

[Minggu Peperiksaan]
Badan Pemimpin Pelajar juga ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan ............. kepada semua pelajar ................. . Semoga dapat menjawab dengan tenang seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.

[Hari Perayaan]
Badan Pemimpin Pelajar mengucapkan selamat menyambut Hari ............. kepada semua penganut agama (Islam/Hindu/Buddha/Kristian) Semoga Hari ........ pada kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang sebelumnya.

Dengan itu, berakhirlah perhimpunan kita pada pagi ini.

Perhimpunan bersurai.

No comments:

Post a Comment