Sunday, 6 July 2014

pesanan untuk diri sendiri

Diri, cuba kau lihat sekelilingmu
Apa yang kau nampak?
Hamba-hamba Tuhan sedang sibuk melakukan pekerjaan mereka
Diri, cuba kau ingat diri sendiri
Jangan terlampau asyik menginginkan sesuatu yang tidak ada di hadapan mata
Diri, jangan terlampau merungut akan sesuatu yang tidak sempurna padamu
Diri, cuba kau ingat dan hayati apa yang kau ada sekarang
Mungkin hamba Tuhan yang lain tidak ada

Diri, jangan asyik sibuk memuja kelebihan orang lain
Sehingga kau inginkannya juga
Diri, jangan asyik lena dalam dakapan insan bernama 'malas'
Diri, jangan bersedih dengan apa yang orang kata
Diri, jangan kau fikirkan selalu
Positifkan dirimu

Diri, jangan menyerah kalau belum kalah
Diri, jangan kata kau tidak mampu sedangkan kau tidak tahu
Carilah ilmu, berusahalah
Mungkin kata-kata ini kedengaran mudah melakukannya
Tetapi tidak
Kerana kau bakal berhadapan dengan perang diri sendiri
Menuju ke hujung dunia
Untuk mendapatkan bianglala sebagai ganjarannya

Diri, jika kau asyik memikirkan tentang kegelapan
Kegelapanlah yang kau dapat
Diri, jika kau memikirkan tentang cahaya
Cahayalah yang kau dapat
Aku ulang;
Positifkan dirimu
Maju ke hadapan
Ingatlah Tuhan akan selalu ada untukmu
Ingatlah insan-insan tersayang di sekelilingmu bakal menarikmu untuk bangun semula apabila kau jatuh
Ingatlah selalu untuk bersyukur pada-Nya

Pada masa ini,
Kau ucapkanlah 
"Saranghaeyo, diri."


No comments:

Post a Comment