Wednesday, 23 December 2015
Saturday, 17 October 2015
Kitaran
Pada mulanya, dia cuma sebiji benih
Yang ditanam dengan kasih sayang
Yang dibaja dengan cinta
Yang dijaga dengan baik
Bila dia tumbuh, membesar,
Menjadi pohon yang teguh, berdiri megah
Ranting-rantingnya memanjang
Daun-daunnya merona hijau menyejukkan mata yang memandang
Dia mula saksikan kegembiraan manusia
Yang duduk bersantai di bawahnya
Kanak-kanak
Yang leka bermain kejar-kejaran
Pasangan kekasih bermadu cinta
Keluarga berkelah dengan gembira
Makin lama makin dia lupa
Makin lama makin manusia lupa
Hari kematiannya sudah ada yang tahu
Manusia lupa akan jasanya
Saat itu sudah tiba
Dia tidak dapat berbuat apa
Hanya mampu tersenyum riang
Sambil tangan-tangan rakus itu
Mencabut, menggondol
Urat-uratnya
Tanpa belas kasihan
Tiada lagi kemegahan
Tiada lagi keteguhan
Daun-daunnya gugur satu persatu
Kembali pada tempat itu
Dia ditinggalkan disitu
Menunggu masa untuk reput
Menunggu masa untuk berhenti tersenyum.
Friday, 16 October 2015
Wednesday, 14 October 2015
Saturday, 26 September 2015
Waktu berlalu
Waktu berlalu
Aku masih di sini
Menunggu sesuatu tak pasti
Waktu berlalu
Aku masih di sini
Berdoa agar kesakitan ini pergi
Waktu berlalu
Aku masih di sini
Aku kaku
Dijamah sang usia
Laki-laki
Ada seorang laki-laki
Aku fikir dia makhluk asing
Kerana dia buat aku rasa
Bagai di angkasa
Bila dia berkata
Aku miliknya
Ada seorang laki-laki
Aku fikir dia malaikat
Kerana dia buat aku rasa
Bagai di syurga
Bila dia berkata
Aku dilindunginya
Ada seorang laki-laki
Aku fikir dia cuma manusia biasa
Kerana dia tak buat aku rasa apa-apa
Namun nasihatnya
Buat aku rasa
Aku ini milik Tuhan
Saturday, 19 September 2015
2nd Semester
Hi guys
Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh
Im back! Sekarang dah 2nd sem! Woohoo alhamdulillah sem lepas pointer tinggi walaupun taklah smpai 4.0. Lets work hard for ilmu! Thats very important! Maybe sem lepas terlampau fokus for getting A smpai lupa yg tujuan menuntut ilmu tu bukan utk gred tapi ilmu.
Walaupun orang anggap aku macam gembira watlek watpeace je masuk sem 2 ni, sebenarnya aku ada rasa sedih campur kecewa. Bukan pasal kebendaan tapi pasal manusia. Orang mungkin akan cakap alah fatyn kau senanglah ramai kawan. Entahlah. Bagi aku, aku macam takde kawan. Adalah sorang dua tu. Tapi aku tak tahu nak gelar mereka apa. Sebab mereka ada geng masing masing. Aku mengaku aku macam pentingkan diri tapi aku rasa kalau aku tak buat macamtu takut-takut aku kena pijak. Ada orang pesan dekat aku, takyah lah fikir bab ni. Ya, aku tak fikir tapi kadang-kadang ianya melintas di dalam fikiran aku. Tengah syok belajar, aku terfikir balik. Aku bukanlah orang yang ngam dengan semua orang sebenarnya. Kena tengok juga orang tu macam mana. Aku ni kira parti bebas lah juga. Malas nak campur tapi bila bersikap macam tu aku tak tahu nak sebelahkan siapa. Bila mereka mengutuk sesama sendiri aku tak tahu nak respon apa walaupun itu sebenarnya bagus. Bila fikir balik, baguslah tapi aku akan dicemuh sebagai seorang yg bajet bagus dan bajet pandai. Bukannya niat aku utk jadi begitu. Itu cara aku. Entahlah nak dan sekarang bila aku cakap dengan kawan-kawan lama aku, aku jadi pendiam mereka gelakkan aku. Tapi itu kenyataannya. Even though, kadang-kadanglah. Most of the time, yes sebab macam aku cakap tadi, orang bakal cakap aku kerek dan bajet bagus kalau aku buka mulut sikit. Niat aku cuma ingin membantu tapi ditafsir jadi lain. Tak tahulah sama ada mereka bergurau atau apa, aku cubalah husnuzon. Aku rasa nilah last post aku membebel psl perasaan(kutlah). Takut takut ada yang terasa takke susah nanti.
Apa apa pun lets clean our soul with zikir! ☺️😊
Fatain
Thursday, 20 August 2015
Pe-lik
"Uhm, Fatyn, boleh tak kalau baca al-quran tu jangan kuat kuat. I mean for some people its annoying. Ada yang rasa terbakar. Hormat lah sikit orang. Baca senyap senyap. Bila orang lagi bising, lagi awak kuatkan bacaan." - seorang saudara seagama yang "prihatin".
Aku tak tahu lah nak cakap apa bila dgr statement ni. Tapi cubalah bayangkan. Yang cakap ni saudara seagama dan beliau bercerita tentang hormat. Adakah beliau tak pernah belajar tentang menghormati orang yang sedang baca al-Quran? Bukannya aku alim atau apa tapi aku terkilan apabila ada saudara seagama yang menegur perkara tersebut. Biarlah persoalan ini bermain di minda masing masing; adakah syaitan lari apabila mendengar jeritan terpekik terlolong malam malam ataupun apabila mendengar bacaan ayat suci al-Quran? Renung-renungkan dan selamat beramal! :)
Friday, 31 July 2015
Monday, 20 July 2015
Hebat
kita fikir kita paling gah
kita fikir kita paling sempurna
kita fikir kita paling hebat
kita fikir kita pada tahap paling tinggi
kita fikir kita paling tahu segalanya
Tapi kita tak tahu
Kita direndahkan
Kita dibudakkan
Dek kerana hidung setinggi pencakar langit
Tapi kita tak tahu
Kita diperlekehkan
Kita dipermainkan
Dek kerana sibuk mencaci memaki bangsa lain
Tapi kita tak tahu
Kita sendiri ingin dijajah
Kita sendiri membiarkan diri dijajah
Dek kerana sibuk bertelagah sesama sendiri
Mana slogan kita yang berbunyi "takkan hilang bangsa kita di dunia?"
Kalau asyik sibuk mengejar apa yang tak patut dikejar
Kita sendiri perlekeh orang kita
Tak hairan kalau kita diperlekeh orang lain
Jadi jangan salahkan sesiapa kalau kita pupus di dunia yang fana ini.
Kita tahu tapi tak buat
Kenapa kita bikin peraturan?
Kalau kita yang langgar
Kerana kita mahu tunjuk kita sudah bertamadun
Dengan adanya peraturan
Namun kita tiada beza dengan beruk di hutan
Bikin peraturan tapi langgar
Kita fikir kita sudah sangat bertamadun
Tapi sebenarnya tak
Bikin peraturan tapi langgar
Seronok kau kata
Kita tak tahu yang sebenarnya
Kita tak perlu peraturan
Kalau kita tahu apa itu
Listen with care
Speak with good words
Act with manners
Paling penting dan susah
Disiplin
B•oy
Boys?
What are they?
Humans?
Yes.
When they are pretending to be in love
They armed themselves with words and poems
Those poor hearts
Melted like caramel
Those poor hearts
Surrender everything, anything
Those poor hearts
Thought they are the one
Those poor hearts
Forgot who they belong to
But little they know
Boys used them
Boys penetrated them
Boys slaughtered them
Now,
They cried
They begged
They killed
I, maybe one of the girls
I, maybe stupid enough
I am sorry, brothers and sisters
I am not a feminist
Nor I hate boys
But I am just telling the truth.
Flesh&fat
Why we bother about our size?
They are just flesh
With some fats
Why we bother about our size?
Because we like pretty things
Because we are immortal humans
Why we bother about our size?
Because all of us afraid of rejection and disloyalty
Because we are too addicted with it
Because love depends on size
Because love comes when less fat
Because love always about physical
Because WE always think about 'that'.
Sunday, 10 May 2015
Dan bila kita terasa jahil
Aku aneh
Aneh pada satu ayat
Kecantikan tidak akan kekal abadi
Namun apa aku lihat
Ayat itu macam keparat
Berkarat
Tiada guna
Di mana Tuhan yang kau percaya?
Di mana agama yang kau anuti?
Sedang kau asyik menyanjung manusia
Bak dewa dan dewi
Bila dia bersabda
Kau jadikan pegangan hidup
Bila dia bermain di ranjang
Kau kata sasaran hidup
Maaf kalau aku kasar
Binatang di hutan selalu begitu
Tak pernah ada susila
Tapi mereka tahu beza
Buah yang beracun dan berkhasiat
Dan mereka tahu berzikir
Aku fikir
Mana satu yang tak berakal sebenarnya?
Biarkan ini jadi tanda tanya pada
Kita yang berpura-pura tahu semua.
Sunday, 3 May 2015
Bila kita sibuk duduk
Bila kita sibuk duduk
Dia saja berdiri
Bila kita sibuk tidur
Dia saja berdoa
Bila kita sibuk makan
Dia saja puasa sunat
Bila kita sibuk kejar trend
Dia saja selamba
Bila kita sibuk cari balak
Dia saja buat entahpapa
Bila kita sibuk ingat valentine's day
Dia saja termangu disitu sambil zikir di hati ingat sakaratul maut yang bakal menjemput bila sudah tibanya dia untuk bertemu Ilahi
Bila kita sibuk tanya macam mana nak jadi dia
Dia kata "jadi diri sendiri dan cuma perbaiki"
Hayatku masih ada
Darah merembes ke bumi
Tak bererti mati
Dipotong jari
Tak bererti tidak menulis lagi
Dilayan bak hamba abdi
Tak bererti tak bebas berdiri
Selagi hayat ada
Kan ku genggam jantung ini biar hentinya berdenyut
Selagi hayat ada
Kan ku laungkan kata-kata ku ini
Travelling
Assalamualaikum w.b.t
Pada hari jumaat yang lepas, aku dan sepupu ku makan angin satu hari pergi pwtc(pesta buku) dan seterusnya kami jalan jalan satu Kuala Lumpur kota raya pusing pusing sampai sesat. Hahaha.
Semasa di pesta buku, aku bukan beli buku apa pun sebab bajet cukup cukup. Jadi aku belilah komik. Masa tengah dok pusing pusing dekat area tingkat atas aku pun terserempaklah dengan Aiman Azlan(vlogger terkenal ni) tapi aku tak ambil port sangat sebab shy shy cat. Yalah nanti macam desperate sangat tegur brader Aiman Azlan tu walaupun buku dekat booth yang dia duduk tu aku tak beli pun. Yang ni aku tak menyesal sangat lah. Sebelum tu kami di tingkat bawah, pergi terjah dubook press punya booth. MashaAllah, ramai betul umat Nabi Muhammad dekat situ termasuklah aku dan squad aku. Dengan pekikan dan jerih payah brader brader dubook press dan akak akak comel yang jaga cashier dekat dubook, aku berdiri dalam tu macam tugu tengok orang ramai berpusu pusu masuk cari buku Amran Fans. Aku nampak kad Tora Datang Lagi. Aku punyalah sibuk cakap dengan sepupu aku "wei belilah buku Tora datang lagi." "Kek mano haa?" "Err" aku kelu. Takpelah ada rezeki aku beli lah nanti.
Nilah namanya orang yang penat sampai senyum nampak macam tak ikhlas lepastu kena usir oleh bapak bapak sekuriti sebab takleh duduk menembeng tepi tu. Ek eleh.
Berbalik semasa di tingkat atas. Ada satu kejadian yang membuat aku menyesal nak mati. Aku tengah dok cari squad aku sambil tu jalan-jalan lalu booth bikin wilayah sekali tu jumpa kak Fazleena(siapa baca antologi Seksi Ovari haa, akak ni penulis antologi tulah) aku tak berapa pasti lah. Tu yang shy shy cat nak tegur. Masalah betul aku ni. Tapi bisik hati ku mengatakan dialah Kak Fazleena pujaan hati. Sebab dia pegang mini album Fazleena and the lasykar. Lepastu aku sampai rumah aku check instagram akak tu, ya Allah, betul haa. Mahu tak rasa nak nangis masa tu.
Haa, nilah jadinya. Takpelah. Takde rezeki rasanya. Apa boleh buat. Jadi, lepastu aku dan squad berpusu-pusu keluar pwtc pergi mencari Jalan Tuanku Abdul Rahman(jalan kaki ya adik adik) sampai sesat ke Jalan Ipoh. Memang betullah lebih teruk daripada rusa masuk kampung.
Akhirnya jumpa juga walaupun kalau kitorang jalan straight je dari pwtc dah boleh sampai lebih awal tapi itulah. Takpelah dapat juga aku bakar kalori. Bahahaha. Di samping itu, dapat juga aku tengok keadaan sekeliling. Macam macam orang aku dapat lihat. Yang dari iq tinggi klcc sampai pakai coli warna pink di luar walaupun dirinya Adam. Akhirnya jumpa juga tempat yang sepupu aku nak pergi. Aku dan tiga orang budak kecil ditinggalkan sementara kakak sepupu aku pergi borong barang di subway.
Lepas buang, tambah lah ceritanya! Reason makan di subway; adik aku sibuk kempunan makan subway padahal last last dia tak beli pun sebab duit dia habis. Aku pula takpelah. Dah sampai sini kan. Zzzz.
Lepastu kami teruskan perjalanan ke berjaya times square. Kali ni aku yang gedik nak beli barang di sana. Naik monorel lah jawabnya. Fuh nasib baik tak penuh.
Dan semasa kami di berjaya times square,
Look what I've found! Nampak comel dan rasanya dua kali ganda comel! SubhanAllah!!! Popsicles paling sedap abad ini. Hahaha(gayat sebab baru first time makan popsicle)
Aku beli perisa grape dan rasanya serupa kau makan anggur yang kau letak dalam freezer keraskan.
Walaupun tak dibenarkan makan di stesen monorel, kami tetap berdegil sampai ditegur oleh pak polisi. Nasib baik dia baik hati. Haha. Masa perjalanan ingin ke KL sentral untuk balik ke Seremban, masyaAllah teramatlah ramai manusia. Kitorang smpai bersesak sesak dalam monorel. Dan lebih malang lagi, aku terpaksa bergesel dengan lelaki entah siapa. Oleh kerana ada beberapa makhluk tak bertimbang rasa menolak nolak aku kedalam. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ Dahlah tangan dia berpeluh peluh. Eeeee. Memang rasanya itulah pengalaman paling aku tak nak lalui lagi kecuali kalau aku dah kahwin, haa, suami aku lindung takpolah.(berangan je tahu)
Kami selamat tiba di Seremban pada pukul 10:30. Alhamdulillah.
Fatain.
Saturday, 2 May 2015
Dan kau pun terduduk
Hebat sungguh kau berkata
Walau jahil di mata orang
Kau tetap sibuk berkata
Berdemonstrasi
Berhujah
Mahu tegakkan keamanan
Kononnya
Tapi lihat apa kau buat
Kau hancurkan
Kau punahkan
Keamanan yang kau cari
Peace for all
Hapak lu
Bila kau sedar
Yang semua di hadapan kau manusia juga
Dan kau pun terduduk.
Although you lied
He still loves you
Although you lied
He still loves you
Although you don't perform 24434
He still loves you
Although you swear upon something else
He still loves you
Although you look like an ugly duckling
He still loves you
Although you beg to someone else
He still loves you
Although you cry for someone else
He is with you
Everytime
Because
He still loves you
Although you lied.
Wednesday, 15 April 2015
On a long vacation
Jadi, berakhirlah sudah era aku bekerja sebagai kuli di sebuah syarikat buku dan alat tulis terkenal.
Sekarang aku telah menjadi suri rumah terhormat. Haha. Mesti korang fikir sejak bila aku kahwin? Jangan salah faham. Aku masih bujang. Lol. Aku tak pakai terma penganggur dan tanam anggur sebab kedengaran macam tak classy. Maka, aku gunalah perkataan suri campur perkataan rumah. Memanglah agak bosan bila duduk rumah dan menambahkan berat badan yang sememangnya sudah berat ini. Selain rajin menolong mengemas rumah(lah sangat) dapatlah aku fokus makan limau mandarin. Sebab kalau tertelan biji tak boleh keluarkan. Haha ini hanyalah iklan. Sebenarnya, aku sedang fokus belajar memandu. Maklumlah, supaya senang pada masa hadapan. Aku pun masih menunggu panggilan daripada universiti-universiti yang telah dipohon. Keputusan spm aku pun biasa-biasa je. Takdelah cemerlang kebabom bom bom meletup. Haha. Alhamdulillah, cemerlang biasa sahaja. Pengajaran buat adik-adik, belajar rajin-rajin tau! Ko-ku jangan dilupa! Hehe. Tapi kalau hasilnya tak memberangsangkan, jangan sedih atau frust menonggeng. Ini hanyalah permulaan. Kita hanya mampu berusaha dan Allah yang akan tetapkan. Tapi kalau takde usaha, memanglah hasilnya sikit(macam akak ni hehe) dan masa tu jangan pula kita merungut dan menyalahkan Tuhan. (⌒▽⌒)
Sekarang ni, aku hanya mampu tunggu , lihat dan bertawakal kepada Allah.
Buat masa sekarang aku masih on a long vacation. Angka 18 pun sudah mula merangkak mendekati diri. Sweet 17 pula sudah bersiap packing barang untuk ucap selamat tinggal. Hanya tunggu untuk berangkat pergi sahaja. Harap diri ini cukup bersedia mengucapkan welcome to my life kepada 18. Zzz.
Fatain
Saturday, 4 April 2015
Stupid
Jangan menangis wahai kasih
Biarkan gundah gulana mu pergi
Ah kesal aku melihatmu
Tolol sungguh pemikiranku
Biar aku tak kaya
Asal aku tak jadi macam dia
Biar aku tak kacak
Asal aku tak pernah buat mu kocak
Biar hidup serupa musafir
Asal aku pandai sifir
Tambah tolak darab bahagi
Perasaan aku tetap lagi
Pada Tuhan
Maaf kasih
Kau yang tolol sebenarnya
Biarkan wajah jelita mu
Dirobek dicincang diinjak
Oleh rasa
Tak tahu malu.
Fatain
Lahar
Kata-kata ibarat pedang
Sekali terhiris berbekas lukanya
Bukan pada fizik
Pada hati yang gundah gulana
Pada jiwa yang meronta
Pada otak yang serabut
Dan luka itu bisa buat sesiapa pun mati
Mati hati
Mati jiwa
Mati otak
Mangsa dan pemangsa pun tak dapat beza
Api melahar turun
Dalam fikiran cuma satu
Bunuh
Itu saja.
Fatain
Thursday, 2 April 2015
Remember
When you look up at the sky
The beautiful rainbow maybe gone
The fluffy clouds will not be as fluffy as the cotton candy you used to hate
The raindrops may turn to snow
The temperature may turn as cold as your soul
The blue sky may turn grey
Just like how you feel
You are afraid of failure
Scared of your own self
Look at the sky; again
Maybe it turns grey every time you turn your face
Maybe the clouds go away when they see you crying
Maybe the rainbow is playing hide and seek
Maybe the temperature disagrees with you
But
But
Remember one thing,
The grass will embrace you to keep you warm
The stream will sing a lullaby for you
The trees will protect you
The gravity will pull you back when you are lost
Maybe you can't reach the sky
You can always have the green grass.
Subscribe to:
Comments (Atom)







